Saturday, July 25, 2009

Selamat Pengantin Baru Na...

SELAMAT PENGANTIN BARU NA..

Saya dan Na berkenalan dari tingkatan satu di Sek Men Sains Hulu Selangor atau pendeknya semashur. Selama 10 tahun lamanya kami kenal dan kini dia sudah selamat bergelar seorang isteri.

Betapa saya bersyukur kerana dapat hadir mewakili riang-riang shareholder pada hari bersejarah beliau. Nur Nafisah Shaharuddin atau panggilan mesra beliau Nina selamat diijabkabulkan jam 11.30 pagi hari ini 25 Julai 2009.

Tersenyum saya melihat beliau berpakaian serba kuning(warna kegemaran,hehe...) bertudung anggun sedondon. Majlis di kampung beliau yang ala kadar tetapi bermakna. Sesampai saja saya hulurkan salam pd ibu dan ayah Na sebelum sendiri berjumpa beliau. Seloroh nakal saya memanggil dia Puan.

Hadiah yg riang-riang shareholder dapatkan bersama saya hulurkan. Mesti dia tersenyum melihat apa yg kami beli. Sepastinya ia berguna utk menyediakan hidangan bila berada di dapur menjalankan tanggungjawab menyedia makanan suami.

Semoga berbahagia Na. Kami doakan yang baik-baik belaka.

FITRAH PERKAHWINAN


Perkahwinan ialah satu ikatan yg suci.Ia bukan untuk dimain-main. Malah kerana itulah setiap langkah menuju ke gerbang perkahwinan mesti mempunyai langkah-langkah yg betul. Memilih calon isteri/suami,merisik,tanda,tunang dan akhirnya nikah.


Perlunya adab dalam menuju ke ijabkabul. Bukan main suka-suka. Membina rumahtangga yang ada berkah dan mawaddah memerlukan kesediaan yang mantap dari segi rohaniah,ilmiah dan kewangannya.

Saya faham ramai yg kata wang tidak boleh beli kebahagiaan,tetapi ketahuilah teman,perkara yang sering menjadi punca pergaduhan ialah kewangan. Siapa kata cinta tak perlu makan? Kerana itu perlunya kesepakatan. Jika adanya kesediaan dalam berbincang walau apa jua hal pun termasuklah kewangan, maka InsyaAllah segala masalah ada penyelesaiannya.


Itu baru satu isu belum isu lain lagi dalam perkahwinan. Yang penting adanya restu ibubapa dari kedua-dua pihak dan persediaan yang lengkap dari perlbagai segi. Namun,jika anda mencari kesempurnaan dalam pasangan anda maka saya nasihatkan usahlah berkahwin.

Kerana tiada siapapun di dunia ini yang sempurna.

DOA



Pada hari yg penuh berkat ini,kami doakan kebahagiaan dan segala yang baik-baik untuk teman kami,Puan Nur Nafisah Shaharuddin. Semoga menjadi isteri yang solehah dan melahirkan zuriat yang soleh dan solehah jua. Amin...

Juga kepada riang-riang shareholder yg bakal menyusul untuk bergelar isteri saya doakan agar jodoh kalian merupakan jodoh yg soleh,bertanggungjawab dan kekal ke gerbang ijabkabul. Amin...

No comments: