Monday, July 27, 2009

Cuti yang tak semena-mena.

YANG TERBAIK

Saya di rumah sekarang. Sesuatu yang tidak pernah saya rancang atau mahu rancang. Tetapi Dia sudah berkata 'Kun!'(jadilah!) maka segala yang ditakdirkan pun terjadi.

UITM ditutup selama seminggu akibat kes H1N1 yang meningkat.

Nikmat cuti kali ini merupakan satu anugerah. Sungguhpun saya lebih gemar bercuti selepas bersungguh-sungguh menyiapkan kerja/perkara penting,cuti yang tidak semena-mena ini bermakna.

Saya dapat menghadiri majlis walimah sahabat saya. Juga dapat menyelesaikan hal di Pusat Kesihatan UITM iaitu meminta surat guarantee letter supaya perkhidamatan kesihatan di PPUM dapat diteruskan secara percuma atas status student.


Dan merehatkan badan akibat tekanan hal-hal remeh pendaftaran kursus bahasa ke-3,iaitu bahasa Jepun yg 2 hari saya tidur tak nyenyak memikirkan jadual dan kelas mana yang patut saya tumpang. Syukran Alhamdulillah Ya Allah.

Dalam apa jua hal pun, hanya Kau sebaik-baik penolong dan tempat berlindung... amin.

PENAWAR??

Sekali lagi saya bertarung kesan HCQ pada badan saya. Sungguh bukan saya sengaja membuat alasan apabila migraine saya menyerang setelah mengambil HCQ. Ia bukan ubat yg sesuai untuk saya. Namun doktor di PPUM masih mahu saya mengambilnya kerana steroid bukanlah alternative sesuai untuk SLE terutama apabila ia diambil untuk tempoh yang lama.



7 tahun saya menelan prednisolone setiap hari. 7 tahun sudah saya menghidap SLE. Ia satu tempoh yang penuh suka dan duka. Entah bagaimana saya mahu mengharunginya tanpa Dia. Hanya Dia saja tempat saya mengadu dan bergantung sepenuhnya. Allah yang Maha Mengasihani hamba-hambaNya.

Beberapa hari lalu,di blog My SLE, Norly ada poskan entry baru yang memberi harapan. Dadah baru bernama Benlysta yang diusahakan oleh Glaxo Smith Klein(GSK) dan Human Genome Science(HGS) sedang mengalami tempoh percubaan tahap 2. Atau Phase 2 drug developement.

http://www.lupus.org/webmodules/webarticlesnet/templates/new_empty.aspx?articleid=2657&zoneid=99 -link

Saya mengucap syukur yang panjang. Ia bukanlah jaminan penawar namun sekurang-kurangnya saya dapat kurangkan pergantungan saya pada prednisolone. Saya juga berharap penemuan baru ini merupakan jawapan kepada doa-doa saya.


Semoga BENLYSTA dapat melalui Phase 3 Drug Developement dan berjaya disenarai sebagai dadah baru yang lebih efisien dalam merawat SLE. Doa hari-hari saya pd Dia agar mengizinkan penawar kepada penyakit SLE dapat diselesaikan Phase 3 dan akhirnya didaftarkan sebagai drugs yang mampu membantu pesakit SLE menghadapi hidup hari-hari.Amin...


KASIHAN BELUM CUKUP


Maaf jika entry semakin berkurang kerana saya sedang melalui fasa yang penting dalam hidup saya. Tahun ke-3 kursus Farmasi memerlukan perhatian lebih malah fokus yang luarbiasa hebatnya dari saya. Dengan SLE,saya mesti berusaha extra kuat demi mengingati semua fakta dan melipatgandakan usaha.



Teringat saya pada sebuah kenangan ketika di salah sebuah pejabat JPA. Pegawai tersebut kasihan kepada saya kerana saya terpaksa tukar universiti dan memohon agar dilanjutkan jua biasiswa JPA.Ya,memang saya seperti org melukut di tepi gantang. Siapalah saya kerana bukannya anak orang berada apatah lagi bergantung seratus peratus kepada keputusan SPM dan Matrik demi mendpatkan peluang melanjutkan pengajian di universiti.


"Jangan kasihankan saya. Saya tidak mahu kasihan itu. Cuma berikan saya peluang. Peluang utk meneruskan pengajian walau dengan penyakit ini."

Dan puji-pujian buat Allah yang Maha Mengasihani dan Menyayangi. Saya diberi tempat di UITM atas pengajian yang sama dan juga lanjutan biasiswa JPA.Semoga Allah membalas jasa pegawai tersebut atas sikap belas kasihan beliau.

Rasulullah saw. bersabda, “Man laa yarhaminnaasa laa yarhamhullaah”

Barang siapa tidak menyayangi manusia, Allah tidak akan menyayanginya.

(H.R. Tarmidzi).

2 comments:

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

seronoknya..anum cuti..ayong suka bc crita org kuat dlm megharungi hidup dia..sekurg2nya bg semagat pada hidup ayong..kt tak rasa yg kt sorg yg bermasalh tp ad org yg lebih besar masalhnya..semoga anum kuat..bnyak2 berdoa..semuanya ditgn Allah..kt ampu berusaha..dan berdoa

anumz sarah said...

Salam kak,

Alhamdulillah juga dpt cuti seminggu ni. Bnyk perkara dpt selesai.Terima kasih kak atas komen dan kata-kata penguat semangat. InsyaAllh,skrg ni mmg kena double,triple usaha le... Thn 3 mmg mencabar subjeknya...
Terima kasih kak atas kata2 semangat. Semoga akak juga beroleh kejayaan dan kebahagiaan...amin..