Wednesday, December 10, 2008

Aidiladha- Antara kampung dan bandar

Korban





(senyum !!)

Saya baru balik dari kampung. Badan masih penat2 dek mengerjakan gulai kawah hasil korban seekor lembu. Sempat juga saya kuatkan diri menaip blog usai merayau di alam maya mengupdate info di blog kegemaran saifulislam.com dan blog2 ukhwah yang lain.


(bahagian dapur rumah kampung saya)



Aidiladha kali ini banyak bezanya kerana buat pertama kali saya menjadi ahli 'gotong royong' dapur sepenuh masa diketuai wan(panggilan orang Pahang bermaksud nenek) bernama Membunga Che Awang.(comelkan nama wan saya? hehe..)







(ini wan dan mak long saya,di sebelah dapur menunggu gulai dan ketupat)



Majlisnya 2 hari saja bermula pada petang menyembelih lembu dan esoknya majlis makan2. Saya bertaraf 'prebet' mengikut arahan senior2 saya bermula pangkat wan,mama,makcik saudara dan sewaktu dengannya.





(ini kerisik,sangat penting dlm masakan melayu)











Bermulalah pelbagai peristiwa. Saya seronok diajar kepentingan masakan melayu dan keistimewaannya. Tak kurang ilmu2 dapur dan mengendalikan majlis keramaian cara kampung.


Jika di bandar suasananya berbeza. Detail2 kecil seperti warna napkin atau alas meja berwarna-warni boleh buat tuan rumah pening kepala.Tidak di kampung. Sempoi dan bersahaja. Suasana dapur riuh dek gurau senda dan usikan. Kadang2 ada yang bermaksud dalam dan ada yg gurauan semata.


Telinga ini mesti pandai2 menangkap maksud gurauan dan kata2. Jika di bandar kebanyakannya amah atau bibik ada. Suruh saja,tuan rumah pantau. Ketahuilah saya sudah mengadakan hampir 5 majlis raya aidilfitri di Shah Alam dan memang sy akui kali ini sy dicabar keikhlasan menyediakan masakan dan proses awal hingga akhir dgn tangan sendiri!

(Sedang menumbangkan lembu)




Maaf teman sbb itu blog tidak berupdate. Saya yang dibesarkan di bandar secara complete menjalani kursus didikan kampung selama 5 hari. Sedang menuntut ilmu di kampung tercinta!



kampung dan bandar





Saya akui agak berat utk pulang ke kampung kali ini memandangkan cousin2 saya ramai sudah mempunyai suami dan isteri. Maka secara sahnya tinggal la saya yang seusia tetapi single( and very proud to admit) tiada teman bergurau senda.



(di Pahang,hujan tak henti2 2 hari,mujur pada hari raya berhenti dan majlis lancar.Alhamdulillah..)

Jika dulu bolehla bercanda dengan sepupu-sepupu sebaya bercerita sambil menjadi orang dapur bawah supervise mama dan makcik2 saudara. Kini saya dan adik bergurau kecil sesama dan diusik sepupu adakah sudah berpunya atau perancangan bernikah dah ada? Aduh malas betul saya dgn soalan retorik seolah2 hidup ini tak lain cuma ada rumah dan tangga!!


Namun inilah suasana kampung. Usikanya manja dan kadang2 mencubit rasa. Jika tidak berkenan di hati pangkat senior (terutamanya wan) akan ditegur dengan niat ikatan kekeluargaan perlu dijaga. Tak kurang nasihat mentua pada menantu.



Keras teguran wan, menantu baik2 sikit jangan sampai jadi hantu!!


memerhati
(bismillah...)



Selama 5 hari juga saya menjadi pemerhati yang setia. Diam saya memerhati tangan tangkas kaum perempuan menggulai. Diam saya memerhati bagaimana yang di pihak lelaki memasang khemah,menumbang lembu dan beramai2 menjalani proses korban di pagi Aidiladha.











(sup tulang specil wan)




Perlukah saya coretkan tentang istilah korban buat umat Islam? Tentang Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Ismail? Tentang bagaimana Nabi Ibrahim diperintah Allah agar anaknya dikorbankan? Tentang bagaimana 100 ekor kibas menjadi gantinya nabi Ismail a.s.?


Saya bukan ustaz atau mengambil jurusan dakwah atau sarjana pengajian sejarah Islam. Jadi adalah lebih baik dan afdal saya serahkan intipati keagamaan pada yang lebih arif dan yang mangaji ilmu sedalam2nya. Sungguh! Saya akui saya tidak layak!





(saya tak reti anyam ketupat...uu...)









Jadi izinkan saya berkongsi pengalaman 5 hari bagaimana kampung dan bandar membantu saya mengenali budaya orang melayu,pengaruh Islam dan pemikiran moden bandar. 3 elemen yang bertembung,sudah cukup membuat saya berminat mengkaji apakah identiti masyarakat khususnya terhadap 3 elemen ini?


Bila Islam,pemikiran bandar dan budaya kampung bertembung


Betul isu sebelum ini ialah sekularisme. Pisahnya prinsip keagamaan dari kehidupan. Kini pertembungan yang perlbagai. Bagaimana pula? Bila budaya jadi fahaman dan agama ditafsir jadi satu budaya?Lalu dunia tanpa sempadan(new frontier a.k.a globalization. cewah!!) mahu turut serta dalam pertembungan yang sudah cukup kacau tadi?

Jika adunan kek boleh jadi kek tidak naik atau rasanya pelik walaupun rupanya cantik. Itu kek. Tapi sosio budaya?? Sayalah mangsa pertembungan. Mana nak ikut? Takkan nak jadi lembu dicucuk hidung,tarik saja tali ikutlah dia. Saya mesti ada prinsip. Tanpa prinsip atau pegangan sia2 saja ada akal.



Generasi baru umat Islam Melayu. Term yang muncul tiba2 dlm otak namun saya pasti kurang tepat. Kami generasi keempat hasil perkahwinan Cina-Melayu. Moyang saya berbangsa cina lebih tepat Cina Thailand dibela oleh orang Melayu Kelantan dan merupakan orang Islam. Tapi saya lahir di Pahang. Hm... confused?


Ah sudah.... macamana ni? Saya selesa dgn term orang Islam bersaudara. Tepat. Tidak ada beza2 bangsa. Xde beza2 kenegerian. Saya tidak faham mengapa berbeza mesti perkara yang tidak baik. Bukankah perbezaan itu kekuatan? Melengkapkan kekurangan yang lain?


Persoalannya di sini, jati diri seorang pelajar perempuan beragama Islam rakyat Malaysia apakah yang ingin saya jadi?



Aduh bila pertembungan dalaman diri bertemu dgn elemen luaran di bandar,cabaranya kuat sekali! Belum lagi dicabar dek pemikiran bebas(free thinking) masyarakat barat!

Mau biru mata hitamku!

menutup bicara

Mata saya terkelat2 kerana kepenatan. Pelajaran di kampung tidak akan saya lupakan. Malah buku Stephen R. Covey,pemikir psikology masih sempat saya hadamkan setiap malam di kampung.



Saya bangga terhadap kecintaan terhadap budaya Melayu dan semangat kemasyarakatan kampung. Saya bangga dgn pemikiran moden dan sikap terbuka dlm globalisasi. Saya juga bangga kerana agama Islam ialah nikmat terbesar yang Allah beri.



Dari seorang sahabat saya yang saya hormati:

Islam itu berjalan dengan lemah lembut. Ia menolak di sini dan menahan di sana.

Entry ini sy coretkan dgn agak sederhana kali ini. Kerana kembara saya belum berakhir.

Saya ingin bertembung dengan masyarakat di Sarawak pula! Doakan agar kembara saya berterusan penuh keredhaan hingga destinasi akhirat memanggil kita semua pergi!!



1 comment:

anjut said...

selamatt hari raya aidiladha!!!wakaka!best nyer makan daging korban!huhu.kat sini tym raya pun ada exam..tp x ber, tu kira pengorbanan jugak la kan?hehehe!