Sebuah kehilangan. Mengajar erti kehidupan. Besar maknanya. Nyata ia menyedarkan sebuah kelesuan emosi menghadap dugaan hari2.
Kechik sudah tiada buat selama-lamanya. Aneh kan? Sy juga menangis hampir 2 hari. Sedih. Walhal ia hanyalah seekor kucing. Namun pengajarannya bernilai.
Ia mengajar makna menghargai kasih sayang. Tidak pernah sy sangka,si Kechik yg berbulu hitam kelabu ini,sering menyibuk di meja makan (w/u sbnrnya Mama dh bagi dia 2 ekor ikan), suka 'menegur' kami dgn bunyi mengiau yg unik(dia boleh sebut Mama tau!) malah sangaaaaaaaaat nakal (selalu koyak suratkhabar...adei...) meninggalkan kesan rindu yg bersangatan.
Beliau memang lain dr Oden. Oden seekor kucing yg matang,pandai bermanja dan lemah lembut. A very gentle cat. Sgt berlawanan dgn si Kechik yg mmg suka mengigit ketika bergurau ala2 alleycat. Tetapi bila Kechik tiada, Oden pula yg semakin 'bising'. Brgkali cara Oden menyatakan kesedihan akibat hilang teman bermain....
Nyata...kasih sayang itu anugerah ternilai melepasi batas yg tidak dapat dijangkau manusia dan dikongsi semua makhluk. Amat aneh a/p binatang juga tahu menghargainya berbanding 'ibubapa' pembuang bayi.
Sayang seribu kali sayang....
MENGHARUNGI NOVEMBER
Maafkan sy rakan2 bloggers. Brgkali sy sering lewat membalas sapaan kamu. Juga sering membiar komen tiada berjawab. Maafkan sy sekali lagi.
November memberi beberapa peristiwa yg penuh akviti memakan hampir semua tenaga dan emosi. Dgn berakhirnya peperiksaan semester 7 ,maka bermulalah aktiviti sy mengumpul data research.
Alhamdulillah. Skrg tumpuan sy tidak berbelah bahagi. Seawal semester dulu, sy mengalami beberapa suprises dlm hidup.
1. Sy berpindah duduk di rumah sewa. First experience woo....
2. Semester yg mempunyai banyak paper berat-semuanya 3.0 unit.
3. Privacy study space sy hilang krn sy study di ruang tamu. Meja belajar berada di laluan utk ke dapur. Terbaik lah!
4. SLE sy menyerang dgn teruk sepnajang bulan5-6 dan baru benar2 sihat setelah Hari Raya Aidilfitri. Recuperation period saaaangat lama setelah umur meningkat ni... adoi....
5. Sepanjang bulan Ramadhan setiap Selasa,pack brg utk ke PPUM hari Rabu utk kumpul data. Penatnya jgn cakaplah. Fatigue memanjang.
6. Praktikal hospital selama 4 hari berturut2 selama 3 minggu. Plus presentation, writing research. PUUURRRRRFECT!
Kesimpulan: No pain no gain!
MENGEJAR AKHIRAT
Dalam keadaan sakit fizikal dan emosi yg sangat lelah (I really experience emotional drain...lelahnya tidak terkata....) sy cekalkan hati,kuatkan minda mengharungi dugaan semester 7. Dan Alhamdulillah,Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Takkan Dia biarkan hamba-Nya teraniaya.Sy berjaya melalui semester 7 ini. Hanya Allah sahaja yg benar2 memahami pertarungan hidup dan mati sy. Namun kerana segala dugaan inilah baru sy mengerti betapa pentingnya mencari makna dalam sebuah kehidupan.
Sy sedang mengejar akhirat. Bersungguh-sungguh kalau sy mampu. Sy mahu melepaskan dunia ini. Tidak satu pun dugaan di atas yg tidak sy cintai. Sy sgt cintai apa sj yg berlaku dalam perjuangan sy mengejar keredhaan Ilahi.
Jalan mujahadah itu pahit.Kerana syurga itu manis.
3 comments:
salam anum..ape khabr?..sihat?lama akk tak jengah blog anum..akak pun sekarng x brapa sihat asyik batu je..
Salam kak yong,
Alhamdulillah... makin sihat. Skrg tgh cuba habiskan research pula. And berdebar2 menunggu keputusan. Akak pnya asthma mcmana? Batuk2? Teruk ke batuknya? Selalu atau jarang2x? Anum sendiri dh lama tak menulis. Bnyk perkara yg berlaku sampai anum sendiri tak dpt nak handle. Sdg cuba. InsyaAllah anum dpt handle dgn lebih baik bila dh biasa.
Akak ada jumpa doktor atau check up mana2 tak? Elok buat rwtn susulan.
k.yong cam biasa la anum..masih batuk dan kadg selsema..k.yong skrg ni x tau la antibodi lemah..masih makan ubat.k.yong dh pg check up..tp Dr ckp x de pape.cm kn jg mkn
Post a Comment