Wednesday, November 3, 2010

ESCAPISME-Exclusively November.

ESCAPISME-1

Escapisme 1-Bahagia dan mencintai pekerjaan.Nota penting:Hidup bukan didefinisi dgn satu perspektif ya!
Sepanjang malam asyik menatap skrin komputer menyiapkan writing thesis tahun akhir. Saya sebenarnya mengambil langkah satu persatu semester ini. Kesan serangan psikologi dan physical SLE bulan 5 lalu mengambil masa 3 bulan untuk betul-betul sembuh. Alhamdulillah, masuk September lepas, usai Hari Raya Aidilfitri 2010,barulah saya benar-benar sihat.

Diasak kesibukan praktikal selama 3 minggu setiap Isnin hingga Khamis di hospital HTAR dan HSB sepanjang akhir September dan awal Oktober memberi satu impak saja. Sy mengalami sedikit flank pain akibat berdiri lama dan stress menyiapkan semua kerja dan laporan. Alhamdulillah,creatinine clerance (ujian utk fungsi buah pinggang) masih berada dalam range selamat.

Kini sudah November. Sy sendiri bagai tak percaya yg saya sudah pun selesai menduduki 3 kertas peperiksaan semester pertama tahun akhir.

Subhanallah..Maha Suci Allah yg tiada lansung sebarang kekurangan. Dia Maha Besar. Serba cukup dan tidak mengharap pada ciptaan. Tiada Tuhan selain Dia yang layak disembah.

SEBUAH KEJUJURAN

Bukanlah tidak ada tekanan. Sangat banyak stress memandangkan semester ini research sy tidak berapa lancar. Namun ia bukan alasan utk tidak buat yg terbaik.

Jujurnya sy banyak menumpukan perhatian pd subjek pengajian. Maklum,jika tidak lulus sebarang kertas,akan menyulitkan saya untuk graduate tepat pada masanya. Sebolehnya sy mahu lulus dan habis prorgam ijzah sarjana farmasi tepat April/May 2011.

Priorities. MENGUTAMAKAN YG UTAMA- ini adalah prinsip sy semester ini. Tidak sedikit dugaan,diskusi,perdebatan dan ujian yg sy lalui. Dalam keadaan separuh nak pengsan akibat keletihan melampau(ini memang gejala SLE,x boleh nak diketepikan dah...) dan kemahuan sy berjuang utk terus hidup.
Sy pilih berjuang utk terus hidup. Alasanya? Kerana sy tiada alasan utk tidak hidup. Makanya walau bagaimana pun ujian yang melanda hatta menyebabkan sy menangis teresak-esak pun, sy serah saja air mata dan segala rasa pada Dia.

Sy percaya sepenuhnya, Allah tidak akan mensia-siakan saya. Sebagai hamba,sy percaya dugaan ini ada hikmahnya dan sudah menjadi satu kemestian untuk saya redha dan sabar menghadapinya. Dan Alhamdulillah,kini sy sudah di tahun akhir.

InsyaAllah,semoga selepas ini segalanya dipermudahkan dan saya dapat bergelar seorang graduan yg berkualiti tepat pada masanya. Ameen.

ESCAPISME-2

Escapisme 2- paras stress bahaya sila keluar daripada rutin.

Kadang-kadang penat juga menatap skrin menyiapkan kerja,menghafal jutaan fakta pada nota-nota yg penuh medical jargon dan terkurung dalam bilik berteman meja dan kerusi study.

Jika Oden tidak kacau sy,sayalah yg akan kacau dia. Itupun Oden pasti boring dan akan menyorok di tempat yg sukar sy jumpa,meneruskan tidurnya tanpa gangguan.

Escapisme amat diperlukan ketika stress level meningkat pada paras bahaya. Makanya saya akan berjoging sekeliling Taman Tasik Shah Alam atau berenang di kolam tertutup UITM Shaha Alam.Terima kasihlah UITM Shah Alam kerana mengadakan kolam tertutup. Senang hati sy nak berenang .

Dan escapisme 1 dan 2 sudah sebati dgn jiwa. Sama ada sy tenggelam, larut dalam kebahagiaan dgn urusan kerja, assignment,mencintai kerja saya atau lari sebentar kepada perkara yg bukan rutin. Mana-mana pun, escapisme 1 atau 2, dekat dengan jiwa.

p/s: Kawan sy pernah bertanya: U want to be define by ur work for ur entire life? Me: No. I know life is much more than that. ---Hmmm....Semoga sy tidak obses dgn kerja. Adoi.....

2 comments:

Misz Naziha said...

Good Luck Sarah. Akak pun dulu mcm tu. Kene SLE ms tinggal satu je sem lg blaja. Tp org2 yg kene SLE ni slalunye dia bukan jd lagi lemah. Dia jadi bertambah2 KUAT dan DEGIL. Kuat n degil untuk buktikan pada diri sendiri dan org sekeliling yg wlapun kita ada kekurangan dr segi fizikal dan kesihatan tapi kita BOLEH BERJAYA SEPERTI ORG LAIN! Malah kadang2 kita boleh lebey berjaya dr org normal. Aftr SLE, akak bukan takat boleh habiskn pengajian tp siap keje part time ms last sem hny sbb rs xsuka duk diam2 bila xde keje. Ms sakit tu jalan or nk bangun dr baring pun xboleh. rs mcm org cacat. Tp bila dh sihat balik, akak jd MENGGILA nk buat sume bnd. Rs mcm dh mati idup balik. So, GOOD LUCK TO U! We can DO IT!

anumz sarah said...

Salam kak Naziha,

Maaf anum lama tak ke blog. Br skrg sempat jenguk lepas satu kerja ke sat kerja perlu diselesaikan. Terima kasih anum ucapkan pd akak.

Tak sangka dr kenal di facebook,terus ke blog. Semoga ada berkahnya. Terima kasih atas nasihat,sokongan dan perkongsian pengalaman akak. Anum juga banyak belajar dr pengalaman pesakit lain dan mana tahu ia bakal menjadi ilmu yg boleh digunakan di klinikal nanti. ^^

Nampaknya kak Naziha seorg yg optimis. Alhamdulillah. Semoga akak dpt kongsi pengalaman agar pesakit lain juga dpt belajar dr akak.

salam.=)