Sunday, October 24, 2010

Harapan.

SAYA RINDU KAWAN-KAWAN SAYA.
Saya jatuh rindu pd housemates saya yg selalu menghiburkan dgn lawak dan celoteh mereka. Alhamdulillah...mereka semua baik-baik belaka. Sering sy ingatkan yg sy juga bukanlah sempurna mana lalu dalam berhubungan dgn sesama manusia kena ada give and take.

Konsep independent and inter-dependant hasil bacaan dari buku 7 Habits by Stephen R. Covey, sering sy amalkan. Lumrah berhubungan sesama manusia. Sering juga sy berbalik kpd hadis yg berbunyi:


Hadith Ibn Umar Radhiyallahu ‘anhuma, “Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar di atas kesakitan yang timbul akibat pergaulan itu, adalah lebih baik daripada seorang mukin yang tidak bercampur gaul dengan orang ramai dan tidak sabar di atas kesakitan akibat pergaulan itu” (Al-Tirmidhi 2507, Ibn Majah 4032)

PERSIAPAN FINAL(PLAY HARD,WORK HARDER & IBADAH HARDEST)

Namun disebabkan preparation final year dan research writing,sy buat keputusan untuk berjuang di rumah. Atas faktor kesihatan dan kedamaian hati saya mahu semester tahun akhir ini biarlah semua perkara yang baik-baik saja berlaku.

Harapan sy agar dapat berjaya dunia dan akhirat. Agar sy gembira dalam perjuangan serta mempunyai niat yg betul untuk berjaya dalam hidup. Juga semoga kesihatan sy berada dalam keadaan optimum.

Bila kenang semula,sudah 8 tahun saya menjadi pesakit SLE,melalui pelbagai kesukaran dan perubahan-perubahan yg besar dalam hidup ini. Sy sendiri tidak percaya bahawa yg saya sudah pun berada dalam tahun akhir pengajian walhal awal perjalanan pengajian saya penuh onak dan duri.

Jatuh bangun saya hanya Allah yg tahu.Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sya mahu terus kukuh percaya Allah mempunyai hikmah tersendiri dalam memberi ujian terhadap hambaNya.

Allah mahu sy terus sabar kerana Allah bersama-sama dgn orang yg sabar. Sungguh, tiada yang lebih baik dari ini.

MENJAGA HATI-TAKWA ITU.....

Suatu hari, Saidina Umar Al-Khattab pernah bertanya kepada Ka’ab bin Malik:“Wahai Ka’ab, apakah makna taqwa?”

“Apakah kau pernah melalu satu jalan penuh dengan duri wahai Umar?”

“Ya,”

“Maka apakah yang kau lakukan?”

“Aku sinsing kain jubahku, dan berjalan dengan berhati-hati, agar jubahku tidak tercarik dek duri, dan kakiku tidak perpijak dengannya”

“Itulah taqwa”

Berhati-hati dalam menjaga hati. Sy pernah tergelincir,terjatuh, resah dan ketakutan. Siapalah saya tanpa Dia? Hanya Dia yg mampu memberi kedamaian abadi dalam hati. Harapan saya semoga sy dapat mengukuhkan kekuatan cinta Ilahi.

Selagi hayat dikandung badan,akan sy mencuba habis-habisan mengejar kebahagiaan yg diredhai. Semoga Allah menetapkan iman di hati.

p/s: dunia itu di tapak tangan dan akhirat kekal dalam hati. Ameen...

1 comment:

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

x sangka anum dh final year kan?kejap je rasa..