Wednesday, September 29, 2010

Love,life and everything in between. Only for You,Allah.

TAHNIAH TEMAN...

"Num, aku dh deliver petang tadi. Semua OK. ^^"

Mesej dari inbox telefon dibaca.

Hati saya dilimpahi rasa yang tidak dapat digambarkan. Sahabat saya sudah bergelar seorang ibu! Subhanallah.... Anugerah yang terbesar buat pasangan yang sudah berkahwin ialah mempunyai anak-anak sebagai penyeri rumah tangga.
Dan kawan saya ini sudah mendapat anugerah tersebut. Saya turut merasa gembira dan merasai tempias kesyukuran. Allah Maha Besar.Allah Maha Besar.Allah Maha Besar. =)

LOVE,LIFE & EVERYTHING IN BETWEEN
Saya baru selesai kerja clerkcase di hospital. Kehidupan saya kini tersekat antara keperluan rutin harian dan keperluan kerja. Ditambah pula SLE buat perangai sejak akhir-akhir ini/ Barangkali stress tahun akhir.

Namun inilah kehidupan.Ini bidang yang saya pilih. Walau diuji sekuat mana,saya mesti bersabar. Biarlah air mata tumpah berkali-kali. Hakikatnya saya ini manusia biasa yang merasa sakit,sedih serta mengharap seperti manusia yang lainya.

Kehidupan ini tidak sunyi dengan ujian. Ya,sesiapa pun kita di muka bumi ini,kita ini hanyalah HAMBA.
Apa jua aktiviti kita ini sebagai khalifah di muka bumi pasti akan disoal. Maka seboleh-bolehnya saya mahu hidup dengan baik.

Dari Ibnu Umar bahwa seorang lelaki mendatangi Nabi saw dan berkata,”Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling diicintai Allah ? dan amal apakah yang paling dicintai Allah swt?”

Rasulullah saw menjawab,

”Orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat buat manusia dan amal yang paling dicintai Allah adalah kebahagiaan yang engkau masukkan kedalam diri seorang muslim atau engkau menghilangkan suatu kesulitan atau engkau melunasi utang atau menghilangkan kelaparan.

Dan sesungguhnya aku berjalan bersama seorang saudaraku untuk (menuaikan) suatu kebutuhan lebih aku sukai daripada aku beritikaf di masjid ini—yaitu Masjid Madinah—selama satu bulan.

Dan barangsiapa yang menghentikan amarahnya maka Allah akan menutupi kekurangannya dan barangsiapa menahan amarahnya padahal dirinya sanggup untuk melakukannya maka Allah akan memenuhi hatinya dengan harapan pada hari kiamat.

Dan barangsiapa yang berjalan bersama saudaranya untuk (menunaikan) suatu keperluan sehingga tertunaikan (keperluan) itu maka Allah akan meneguhkan kakinya pada hari tidak bergemingnya kaki-kaki (hari perhitungan).” (HR. Thabrani)

p/s: Berharap dpt jumpa Maher Zain.;)


Sunday, September 26, 2010

Biarkan saja September!

JANGAN MENGHUKUM DIRI SELAGI TIDAK MENCUBA BERKALI-KALI!

Ujian hidup ini perlbagai bentuknya.

Andai berani kaya,mesti berani takwa,
Andai sihat jangan pula sombong melata,

Jika miskin,jangan mudah menangisi nasib,
Jika sakit, usah terlalu sesal dan pedih.

Kita ini ada Tuannya,
Pulang kita tetap pada Pencipta.

Jika lupa sila ingatkan,
Pada yang ingat,cuba kekalkan.

September
Kamu dipenuhi warna pelangi,
Dan kanvas saya hanyalah yang dikatakan sebuah kehidupan.


September
Kamu akan pergi?
Atau sayakah yg sebenarnya lupa,
Masa susah dan senang itu tidak kekal duduknya.

Ah,hidup...
Biarkan saja September!

Wednesday, September 22, 2010

CINTA-awak sanggup tolak saya?




KERANA MU,AKU BERSABAR

"Biar buat kerja lambat asalkan jgn buat kerja cepat tapi salah."Cepat saja dia melancarkan serangan mulutnya itu.

Aduh... sy benar2 terasa. Sy akui saya cepat dalam menyiapkan kerja. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu kerja melambak kerana saya tahu kesihatan saya ini cepat pasang surutnya. Sejak mula praktikal di hospital saya cuba sedaya upaya memberi komitmen menyiapkan semua tugasan dengan baik.
Walaupun sekembali dari hospital kepala sy diserang migraine. Bukan sekali perkara ini berlaku. Berkali-kali hingga sy sendiri sudah boleh mengesan dengan tepat bila demam dan pening yg bakal menyerang.

Rutin hospital bermula dengan bangun jam 5.30 pagi,bersiap utk ke hospital,naik bas jam 6.30, mula bertugas jam 8 hingga berakhir jam 5 petang sudah cukup menyeksakan fizikal saya. Dan waktu senggang yg ada sy amat perlukan untuk berehat.
Saya ini pesakit SLE. Penat saya bukan penat biasa. Penat saya mampu menyakitkan. Kerana itu sebolehnya sy mahu segera menyiapkan tugasan jika ada masa di hospital. Di rumah sewa,sy mahu mengulangkaji dan berehat secukupnya.

Ini sebahagian dugaan saya. Cuba menjadi team player yg baik walau kdg2 ahli sekerja sy banyak yg tidak faham keadaan sy malah tidak membantu pun. Sy dianggap lembap,bodoh dan menyusahkan.

Tiada bantuan. Cuma kata-kata yg menyakitkan. Namun,demi matlamat utk menghabiskan pengajian sy diamkan saja. Kebiadapan rakan setugas sy balas dengan diam. Cukuplah Allah memahami saya. Saya mengumpul redha dalam keadaan diuji bersangatan.

ADA YANG LEBIH SUSAH

Bermula jam 8,kami sudah memasuki wad untuk menyemak file pesakit. Kes saya kali ini ialah pesakit colorectal cancer. Atau kanser usus besar. Kebanyakan pesakit terdiri daripada lelaki.

Kami memasuki wad pesakit perempuan di tingkat 3 pula. Meneruskan pembacaan file pesakit demi mencari kes utk Cytotoxic Drug Monitoring. Untuk colorectal patients,pesakit perempuan agak sukar ditemui.

Kebanyakan file yang dibaca ialah pesakit kanser payudara. Dan sy terhenti agak lama di salah satu katil pesakit. Saya memandang tepat wajah beliau. Mukanya pucat malah sudah memakai scarf kepala tanda alopecia(rambut gugur).Mengikut filenya, kanser payudara sudah berada di Duke D stage.

Di sebelah beliau terdapat sebuah kerusi malas di mana sy lihat seorang lelaki pertengahan umur sedang berehat. Wajahnya menampakkan tanggungan kesusahan yang tidak mampu dikatakan. Sy dapat agak yg pakcik ini merupakan suami kepada pesakit saya.

SANGGUPKAH KAMU?

Sy terus menyemak file pesakit lagi. Dinyatakan suaminya berhenti kerja demi menjaga beliau. Sy terpempan. Rawatan pesakit kanser bukan murah. Sy perhatikan semula pesakit saya. Beliau kelihatan sangat lemah selepas chemotherapy. Suaminya kadang2 menyuapkan air selain bertanya keperluan beliau di sisi katil.

Sy tahan air mata. Di hospital yang serba sederhana ini sy menemui cinta suami isteri yang tinggi nilainya.

Remaja di luar sana, jika sedang ghairah mencari cinta. Sy ingin berkongsi soalan ini. Andainya semasa sihat dan senang ini sentiasa bersama,sanggupkah pasangan anda dalam susah dan sakit juga masih sentiasa bersama?

Sedalam mana cinta monyet itu? Sanggupkah awak tolak kerusi roda saya?

Wednesday, September 15, 2010

HEALING.(hopefully...)

TIDAK MUNGKIN 2 CINTA BERKUMPUL DALAM 1 HATI

Sejak sy pindah ke rumah sewa,privacy saya sedikit terganggu. Termasuk rutin belajar dan performance. Kepenatan badan yg melampau(fatigue) memang sudah sy jangkakan. SLE masih tiada belas kasihan pada saya.
Entah mana silapnya,sy juga tidak tahu. Hinggakan sy tidak mampu berdiri lama terutama waktu petang,setelah sepanjang hari di kuliah. Sepanjang bulan Ramadhan,lemah badan bersangatan. Sy gagahkan juga balik ke rumah kerana hanya rumah sahaja yang mampu menjadi 'wad' saya.

Sy banyak beroperasi di rumah. Mujur dekat,jika tidak sy sendiri check in masuk hospital. Memang sy betul2 rasa tidak sihat.Sukar...adakalanya menangis bersendirian memikirkan andai sy belajar di tempat jauh,pasti sy tidak mampu menamatkan pengajian. Mungkin SLE sy semakin teruk menyerang organ penting.

Saya tidak mahu dialisis!! Apatah lagi kidney transplant.

Kenapa Tuhan bagi saya sakit? Sy yakin Dia tidak akan mengabaikan saya. Saya yakin ada banyak hikmah di sebalik segala peristiwa. Saya tahu kerana saya ini hamba-Nya. Siapa pun saya,saya layak diuji.

peneman setia saya-Oden. =) Sayang,terima kasih kerana selalu membuat saya ketawa dan tersenyum....
p/s: Hey self,listen-Tahukah kamu kenapa sy masih mahu tetap belajar? Kerana sy mahu jadi orang berguna. Mahu jadi manusia yang mampu berdikari dan menyumbang kepada orang lain. Saya sudah berjanji pada diri, selama hayat saya saya tidak akan menyusahkan atau menjadi beban pada orang lain.NOKTAH!

MY LATEST FAVOURITE,HEALING-by SAMI YUSUF.



Sunday, September 12, 2010

HAPPY EID MUBARAK =)


me and friends,gambar family x upload lagi. uuu....sorry.

SELAMAT HARI RAYA KPD SEMUA AHLI KELUARGA,RAKAN BLOGGERS,RAKAN SEPERJUANGAN, SAHABAT BARU DAN LAMA, DAN SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA.

MAAF ZAHIR DAN BATIN.=)

Friday, September 3, 2010

ان شاء الله

LET ME PICK UP THE PIECES





note to self: dunia di tapak tgn,akhirat dalam hati!