Monday, April 26, 2010

DIAM ITU LEBIH BERMAKNA

Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr ’sakit’ mendengarnya.

Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri.

Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.

Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah?

Baginda menjawab: Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu.

Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.” [ Hadith riwayat Abu Dawud]


-satu petikan yg diambil dari artikel 'Diam dengan Nama Allah' dari laman web saifulislam.com.

MENGHIBUR HATI

Selalunya sy mampu memujuk hati utk menerima segala ujian dgn pasrah dan menumpukan pada jalan penyelesaian bukan menumpukan pd masalah.

Kerana sy faham,manusia itu makhluk yg akan terkhilaf,tidak sempurna. Maka mengaplikasikan 'lupakan kejahatan orang pd kita dan lupakan kebaikan kita pd org' selalunya membuahkan hasil yg menenangkan jiwa dan minda.

Kali ini saja, is memecah empangan sabar yg terbina dan barangkali Allah menitipkan ujian besar kali ini agar sy dapat membina empangan sabar yg lebih besar menuju redha.

Dan atas nama manusia biasa, sy pilih utk berdiam dan menghiburkan hati dgn membaca buku-buku Dr Aidh,serta mengikut Mama ke pusat Islam yg terletak bersebelahan Majid Besar Shah Alam untuk mendengar ceramah agama. Penceramahnya juga bukan calang-calang.

Terhibur hati apabila ustaz Zulkarnain yg selalu muncul di astro Oasis mengupas buku oleh Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani yang bertajuk Menjadi Kekasih Allah. Kuliah berlanusng jam 9 hingga 11.30 pagi itu cukup bermakna utk menghibur hati dan mengisi ruang diri yg sudah lama sy tinggalkan.Ceramah mengupas buku La Tahzan oleh Ustaz Dasuki banyak membantu menceriakan hati.

Alhamdulillah.... hijrah sy dari puncak alam membuahkan pengisian bermakna. Dan sy akui sy masih juga rindu pd suasana puncak alam terutama teman serumah. Sy akur. Ketentuan Dia membawa kepada penghijrahan dan juga perubahan yg diperlukan. Siapa kita utk menyoal ketentuanNya?

DIAM ITU MENDAMAIKAN

If you can't fix it don't try to make it worst.

Bagai tikus membaiki labu,kadang2 kita rasa perlunya tindakan itu/ini.Namun sebenarnya dalam sesetengah hal, perkara yg terbaik ialah 'just leave it'. Sy tidak tahu tahap kebenarannya prinsip ini tetapi 'just leave it' tidaklah bermakna anda tidak kisah buat selamanya.

Cuma buat masa sekarang, ia tiada jawapan. Mungkin untuk satu tempoh yg sesuai atau matang jawapan itu akan muncul sendiri.Biarkan ia datang dgn sendirinya.Dan diam itu lebih baik dari memanjangkan perbalahan.

p/s: Semoga final ini dapat ditempuhi dgn baik. Amin...

Thursday, April 22, 2010

FINDING THE BRIGHT SIDE OF LIFE.

MERAWAT SEKEPING DAGING BERNAMA HATI
Seperti manusia yg lainnya saya diuji dgn beberapa dugaan yang maha mencabar kesabaran yg cuba dipertahankan. Kali ini ia melerai benteng daya ketahanan. Sungguh merasa tidak cukup kuat menghadap ujian bertimpa-timpa.

Akibatnya emosi sangat terganggu dan mampu memberi kesan pada tumpuan persediaan menghadapi peperiksaan. Ujian pengajian kali ini menyebabkan sy membuat keputusan drastik untuk pulang ke rumah dan mengasingkan diri sebentar.

Kadang-kadang jalan terbaik untuk menghadapi ujian ialah beruzlah atau mengasingkan diri. Syukur pd Allah kerana mengurniakan rakan-rakan dan ahli rumah yang memahami. Mereka menyokong saya malah turut memberikan kata-kata sokongan dan pujukan supaya bersabar.

Semoga Allah memberkati kalian, ladies of A2402 house. Kamu adalah rakan-rakan yg terbaik kurniaan Tuhan yg mewarnai kanvas hidup saya. Dan sangat tidak adil jika saya meminta lebih dari sepatutnya daripada yg sudah sedia ada.

Barangkali ini ujian yg memerlukan sy seorang diri menghadapinya. Dan barangkali ia juga sebagai latihan persediaan untuk menghadapi ujian kehidupan yg serba mencabar di kemudian hari.
OPTIMIS,REALIS- JANGAN BERPUTUS ASA DGN RAHMAT TUHAN

Melihat air separuh terisi memang mudah dengan kata-kata. Untuk mengaplikasinya dalam kehidupan itu yang memerlukan konsisten kekuatan iman.

Memujuk diri dengan menilai semula kesilapan,kelemahan dan mencari ruang perubahan. Itu strategi saya sekarang. Malah sy cuba mengaplikasi suatu yang saya pelajari daripada membaca buku The Secret dan menonton videonya.

Ia bertajuk; THE GRATITUDE ROCK
The gratitude rock mengisahkan seorg lelaki yg mengutip sebiji batu dan sentiasa membawanya ke mana sahaja di dalam poketnya. Beliau berazam setiap kali beliau menyentuh atau melihat batu itu beliau akan memikirkan apa sahaja perkara untuk disyukuri.

Jadi beliau memanggil batu tersebut sebagai the gratitude rock. Pada suati hari batu itu terjatuh di hadapan seorg kenalan beliau dari Afrika yang mempunyai anak yang sakit. Lalu kenalan tersebit mengaplikasikan The Gratitude Rock dan selepas 3 bulan anaknya kembali sihat dan beliau turut berkongsi pengalaman itu dgn org ramai di Afrika.

Saya terlupa untuk melihat gelas separuh terisi.Melihat sisi kehidupan dgn penuh makna kesyukuran. Ujian kali ini mengajar diri utk menghargai.Dalam keaadaan yg menduga sebenarnya wujudnya peluang dan hikmahnya tersendiri.

Subhanallah... Orang Islam itu dalam apa jua keadaan ia tetap terbaik. Sabar disertai usaha dan harapan itu lebih bermakna jika hanya sabar tetapi terus meratapi nasib diri.
REWRITING MY SCRIPT


Buku ialah penghibur kala sunyi,sedih dan gembira. Malah Al-Quran itu juga shifa-ubat utk kegelisahan,ketegangan dan kekecewaan.

Jika tiada tenang,tidak dapatlah otak berfikir untuk mencari penyelesaiannya. Itu prinsip baru saya. Diuji,menerima dan menumpukan perhatian pada jalan penyelesaian yang terbaik.
Masalah atau sy suka pada perkataan cabaran, tetap akan ada. Dan ia akan terus berada di situ tidak kiralah anda menangis,meratap,meraung mahupun minum utk melupakannya. Itu 'bunga-bunga kehidupan' bak shoutout seorg rakan kuliah di facebook dulu.

Terpulang kepada seseorg itu melihat cabaran hidupnya. Mahu terus menumpu pd masalah atau penyelesaiannya?

surah Al-Insyirah


1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

2. dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan Dalam melaksanakannya)?

4. dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

5. oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

6. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

7. kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),

8. dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini).



p/s: Doa ketabahan,kekuatan dan rahmat Tuhan buat adik safwan husaini, seorang blogger yang baru dikenali agar sabar,redha dan dilimpah hikmah dalam menghadap ketentuan Tuhan yg Maha Mengetahui.Amin....

Saturday, April 17, 2010

I can live with you and yes, I can live without you.

PART OF ME

Final is just around the corner. My dear blog, I have to keep my priority right am I? You understand me. And thank you for understanding me.


Part of me, just want to keep things at it's best state. Leaving without any unwanted circumstances. And the truth, I don't know how to say goodbye. Funny eh?

Growing up seems a bit harder now. Wish I know how to say what I really feel. But I can't. Cause I really don't understand what I'm feeling now.

Pardon me, dear bloggers. I realised that I haven't talk to 'me' for quite sometimes now. Keep on chasing dreams that is meaningless in the end. What is hope then? I don't really know too.

But Allah is always near,it's me who leave Him. Or lack to put an extra effort to get nearer to Him. Understanding His love,His gift and Hikmah. I have to go. For now. Maybe I see you sooner. Maybe I don't.

Cause I already told you. I don't know how to say goodbye.

Friday, April 16, 2010

FLY-Part of growing up.

RUTIN YG 'MEMBUNUH'
Tidak disangka rutin yg bertujuan utk menfokus kepada pengajian akhirnya 'membunuh' jiwa. Sengaja memilih utk tidak balik setiap minggu seperti sem lepas kerana menyangka dapat fokus lebih dan score lebih(kononnya) jika berada di puncak alam nan permai itu.
Brgkali suasananya terlalu permai? Atau sy yg salah langkah lupa menyeimbangkan tuntutan diri utk beriadah dan berehat juga?

Saya akui sy agak menekan keupayaan diri memberi yg terbaik utk research, presentation, menyiapkan asignment,study utk test dan focus dalam membina sebuah karier. Masa yg terlalu padat dgn mula mengenali dunia pekerjaan mengundang stress yg kuat amat. Akhirnya sy jadi menyampah pada research sendiri akibat tekanan supervisor yang terlalu tidak realis dlm memberi panduan research.

"Sy mahu awak cari sendiri dulu..."katanya.

Ya, sy tidak kisah jika saya hanya menumpu pada research sahaja. Sya punya tuntutan 5 subjek lain!! Kelas jam 8 pagi hingga 8 malam. 2 hari dalam seminggu menumpu pada praktikal hospital. Ditambah mini project ala research di hospital lagi.

Maklum sy undergraduate.Fokusnya pd tuntutan subjek peperiksaan yg menjadi syarat utama mendapat ijazah. Noktah!

Lalu terkumpulnya suasana negative yg menyebabkan diri sendiri hampir tekorban. Antara menghormati pensyarah untuk subjek nan satu itu atau mementingkan diri untuk fokus pada keseluruhan pengajian yang menjadi tuntutan pengijazahan saya?

BUKAN HATI KERING

Dalam nahas kapal terbang, kita dinasihatkan menyarungkan alat bantu pernafasan kepada diri sendiri kemudian baru membantu orang lain utk menyarungkan alat pernafasan tersebut.

Pokoknya diri sendiri mesti benar-benar sudah mantap baru dapat membantu org lain. Semester ini mengajar sy untuk benar-benar menjadi seorg pelajar yg mantap, realistik dalam optimis dan mementingkan diri sendiri bukanlah satu perkara yg salah.
Ia penting utk survival dalam dunia yg serba mencabar. Bagaimana untuk membahagiakan org lain jika diri sendiri tidak bahagia?

Tidak sy tidak mahu menjadi lilin yg membakar diri menerangi org lain lalu habisnya lilin itu tidak adalah cahaya lagi.Lilin bukan opsyen utk menjadi hebat dalam memberi.

Selagi hayat dikandung badan,berbekalkan kudrat yg masih kuat sy mahu menjadi cahaya itu sendiri. Menerangi diri dan org lain dgn ilmu berguna. Disertai akhlak yg memenuhi tuntutan agama.

Akhirnya sy buat keputusan, pulang memuhasabah diri. Menilai semula di mana letaknya fokus sebenar, tujuan usaha dan tujuan bercita-cita.

Semoga Allah memberikan bantuan-Nya. Amin.


p/s: realistik yg optimis=It's achievable.

Saturday, April 10, 2010

Musim-musim peperiksaan

TERASA SEPERTI SEKEJAP SAHAJA

Semester ini terasa sangat sekejap. Dan sejujurnya semester ini juga melelahkan. Dgn assignment,research,tuntutan kelas jam 8 pagi hingga 8 malam. Presentation demi presentation. Hingga beberapa perkara sy terlepas pandang lalu memberi banyak dugaan yg menuntut besar sebuah kesabaran.

Ujian kali ini terasa berat benar.Jika tidak kuat, tidak sabar, saya tidak tahulah apa akan terjadi. Musim peperiksaan kali ini memberi sejuta satu rasa yang serba menduga. Semoga ketemu kekuatan dan hikmahnya.

Ya,moga-moga.

p/s: Rakan-rakan UITM sekalian, SELAMAT MEMBUAT PERSEDIAAN DAN MENEMPUH FINAL!

Saturday, April 3, 2010

Si kura-kura filem.

SYURGA CINTA,KCB,AYAT2 CINTA,NUR KASIH?

Sepanjang perjalanan pergi balik dari Puncak Alam ke Batu Pahat,untuk menghadiri majlis kahwin rakan kuliah Ika,kami asyik menonton filem sahaja.Bermula dgn Jin Notti,Lembing Awang Pulang ke Dayang, Pisau Cukur, Rendang Tok Wan, Adnan Semp-it,Syurga Cinta dan berakhir dgn Papadom.

Saya jelaskan di sini. Saya tidak suka menonton di panggung malah SANGAT JARANG menonton filem di bilik mahupun rumah. Bukan kaki filem!Dan perjalanan yg bermula 8.45 pagi dan pulang jam 11 malam itu dipenuhi 'movies' yg menjadi pilihan rakan-rakan dalam bas. Sy ikut saja majoriti.

Yang menariknya ini pertama kali saya menonton Syurga Cinta. Tak sangka best juga ceritanya. Malah saya suka pada penampilan Heliza sebagai cikgu Syuhadah yang bergaya dan sesuai dgn syariat Islam.

Tertawan betul pada fesyen tudung dan baju dalam cerita tersebut.Selalunya asyik membelek Majalah Nur utk mencari tudung dan fesyen busana Muslimah terbaru. Kata Mama: kalau dah perempuan tu, perempuan jugalah....mesti nak melawa!*uuu...malu ni....^_^...

Lakonan beliau juga bagus dan jalan ceritanya boleh tahan. Jalan cerita cliche?Ya. Namun memuaskan hati.=)

KCB 1 & KCB 2 YANG BEST!


Saya gembira kerana dlm sibuk sempat juga saya tonton movies KCB 1 dan KCB 2. ^^ Bagi yang memiliki buku KCB 1 dan KCB 2,ketahuilah filemnya juga berbaloi utk ditonton.(Penulisnya juga turut menunjukkan bakat lakonan,Pak Abib sebagai Ustaz Mujab.=))

Tidak seperti AAC dulu,dimana bukunya bagus malah tersusun rapi maksud cinta sebenar yg disampaikan,tetapi movienya gagal mengangkat kehebatan maksud cinta tulisan Kang Abib itu.

Filem yg gagal menyampaikan maksud naskhah yg bagus mematikan mood menonton. KCB 1 dan KCB 2 ternyata berbeza. Bagi saya, seorg yg biasa-biasa,bukan pengkritik filem negara malah kerdil pengetahuan seni apatah lagi baru bertatih-tatih menyelam ilmu agama, ia filem yang cukup hebat. Subhanallah...

LEMBAP

Dan rakan-rakan sudah maklum sy seorg yg slow dalam mengetahui filem/drama terbaru. Dan sy hanya akan tonton setelah semua org habis tonton dan sudah pun review beratus-ratus kali dgn bercerita atau komen di depan saya.

Aduh... memang sy ini lembap sikit dlm bidang ni....Mungkin sy patut alert sikit,memandangkan Nur Kasih drama yg mendapat liputan luas itu hanya dapat saya tonton satu episod sahaja. Hampeh!

p/s: Selamat Pengantin Baru Ika.=)