Friday, January 8, 2010

Ruang Sabar Januari

ANOTHER 13 WEEKS TO GO...

Minggu pertama ini saja sudah menguji kekuatan fizikal dan mental.Semester 6,tahun 3. Lihat saja jadual di bawah. Cukup melemaskan org melihatnya. Belum lagi saya yang melaluinya.

Jika tidak dipecah ruyung manakan dapat sagunya? Penat... ya ditambah tuntutan mencari bahan kajian(research) utk membuat proposal lagi. Bergerutu punggung duduk 10 jam di dewan kuliah.

Namun puncak alam kelihatan mengundang kedatangan kali ini. Alhamdulillah sy sudah ketemu rentak pengajian yang sesuai dgn diri. Cuma sy berharap benar dpt mengamalkan 'Play Hard,Work Harder,Ibadah Hardest' dgn lebih mantap dan awal berbanding semester sebelumnya memandangkan hanya ada 14 minggu sahaja dlm semester 6 ini!

14 minggu!! Dengan hospital training 8 minggu beserta laporan dan assignment RET 530(retail subject) yang dtg menempel pada minggu pertama tanpa belas kasihan.

KONSEP SABAR DALAM QURANIC LAW OF ATTRACTION

Alhamdulillah,konsep sabar bnyk ditekankan dlm buku ini.Mujur sempat habis menghadamnya sebelum semester bermula. Jika tidak masakan TENANG jika tiada SABAR. Ada masanya hampir ditelan urusan duniawi yang tampak tidak habis-habis.Sebolehnya mahu mengumpul bahan research dgn secepat mungkin.InsyaAllah akan sy kongsikan research saya nanti setelah sy complete draf proposal pertama dan diluluskan Dr. Nahlah Elkudssiah selaku supervisor saya.

Rakan-rakan seperjuangan sekalian, tiada apa yang sy harapkan selain daripada berjaya dunia dan akhirat terutamanya. Bukan mudah menelaah dan menghafal jika tiada kefahaman mendalam tentang subjek dan ketahanan menghadapi dugaan hidup yg mencabar. Ditambah dunia unversiti yang 1001 ragam dan karenah.


Ruang Sabar... itu yang sy hadiahkan pada diri tatkala hampir tenggelam dek tujahan ujian pelbagai arah. Dan doa menggunung tinggi agar Allah menemukan sy dgn erti kejayaan sebenar agar sy benar-benar menjadi manusia yang bermanfaat kepada org lain...

p/s: Terima Kasih saudari Nolly dari blog My SLE kerana menghadiahkan buku Stroke of Insight. InsyaAllah akan sy jadikan bahan rujukan dlm kajian saya nanti. Doakan agar proposal dan kesinambungan kajian sy berjalan lancar ya? InsyaAllah....

8 comments:

Selamburb said...

biar betul!
kalo jadual camni memang berasap je gayanyer..
pe2 pun..
gd luck utk prktikal..
mcm2 dugaan bakal dihadapi..
bersedia hadapi ngan tabah..

fareast said...

jadual yang sememangnya mencabar ketahanan fizikal dan mental.

Cuma satu perkataan yang mampu saya tulis, sabar,

Allah berfirman: “Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar”. (Al-Baqarah: 153)

anumz sarah said...

Salam selamburb,

Hampir berasap... hehe.. Thank you selamburb. InsyaAllah akan mencuba sehabis baik utk praktikal kali ini. Berusaha!

anumz sarah said...

Salam akh fais,

Syukran atas komen dan lengkap dgn rujukan ayat Al-Quran lagi. Alhamdulillah....sungguh tepat sekali nasihat akh. Syukran sahabatku.

anjut said...

salam. haha!if i were to give u a present, i'll surely get a book for u!mmg anum ni banyak membaca. bagus betul!huhu!n ur monday seems occupied with kuliah. takkan la straight jer sampai kul 6?aishhh, kalau sy, mau monteng jer la nanti. huhu!apapun, gambate for this year!

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

salam..anum..lama akak x mnjenguk anum..mcm mn siht?masih ingt pad insan ini?hehehe ayat sntimental..sabar itu separuh drpd iman..tp kdg2 kalo kt x buat ape2 boring gak...

anumz sarah said...

Salam anjut,

haha... bagi hadiah buku kucing boleh ke? pastikan yg banyak gambar. Senang skit nak baca..hehe...

p/s: ponteng? Adoila... if boleh mmg nak,tapi apakan daya...komitment dan usaha mesti bersungguh2!Aja2!! fighting!^^

anumz sarah said...

Salam kak,

Mana boleh lupa kak yong ni... lama tak update akak ke mana?
p/s:nanti nak bersanding bagitau ye...hehe...^^