A writer is a good reader. A writing is a tale of wisdom. And wisdom comes from those who read and think....
Thursday, July 30, 2009
Lupus Diet?
Monday, July 27, 2009
Cuti yang tak semena-mena.
Saya di rumah sekarang. Sesuatu yang tidak pernah saya rancang atau mahu rancang. Tetapi Dia sudah berkata 'Kun!'(jadilah!) maka segala yang ditakdirkan pun terjadi.
UITM ditutup selama seminggu akibat kes H1N1 yang meningkat.
Nikmat cuti kali ini merupakan satu anugerah. Sungguhpun saya lebih gemar bercuti selepas bersungguh-sungguh menyiapkan kerja/perkara penting,cuti yang tidak semena-mena ini bermakna.
Saya dapat menghadiri majlis walimah sahabat saya. Juga dapat menyelesaikan hal di Pusat Kesihatan UITM iaitu meminta surat guarantee letter supaya perkhidamatan kesihatan di PPUM dapat diteruskan secara percuma atas status student.
Dan merehatkan badan akibat tekanan hal-hal remeh pendaftaran kursus bahasa ke-3,iaitu bahasa Jepun yg 2 hari saya tidur tak nyenyak memikirkan jadual dan kelas mana yang patut saya tumpang. Syukran Alhamdulillah Ya Allah.
Dalam apa jua hal pun, hanya Kau sebaik-baik penolong dan tempat berlindung... amin.
PENAWAR??
Sekali lagi saya bertarung kesan HCQ pada badan saya. Sungguh bukan saya sengaja membuat alasan apabila migraine saya menyerang setelah mengambil HCQ. Ia bukan ubat yg sesuai untuk saya. Namun doktor di PPUM masih mahu saya mengambilnya kerana steroid bukanlah alternative sesuai untuk SLE terutama apabila ia diambil untuk tempoh yang lama.
7 tahun saya menelan prednisolone setiap hari. 7 tahun sudah saya menghidap SLE. Ia satu tempoh yang penuh suka dan duka. Entah bagaimana saya mahu mengharunginya tanpa Dia. Hanya Dia saja tempat saya mengadu dan bergantung sepenuhnya. Allah yang Maha Mengasihani hamba-hambaNya.
Beberapa hari lalu,di blog My SLE, Norly ada poskan entry baru yang memberi harapan. Dadah baru bernama Benlysta yang diusahakan oleh Glaxo Smith Klein(GSK) dan Human Genome Science(HGS) sedang mengalami tempoh percubaan tahap 2. Atau Phase 2 drug developement.
http://www.lupus.org/webmodules/webarticlesnet/templates/new_empty.aspx?articleid=2657&zoneid=99 -link
Saya mengucap syukur yang panjang. Ia bukanlah jaminan penawar namun sekurang-kurangnya saya dapat kurangkan pergantungan saya pada prednisolone. Saya juga berharap penemuan baru ini merupakan jawapan kepada doa-doa saya.
Semoga BENLYSTA dapat melalui Phase 3 Drug Developement dan berjaya disenarai sebagai dadah baru yang lebih efisien dalam merawat SLE. Doa hari-hari saya pd Dia agar mengizinkan penawar kepada penyakit SLE dapat diselesaikan Phase 3 dan akhirnya didaftarkan sebagai drugs yang mampu membantu pesakit SLE menghadapi hidup hari-hari.Amin...
KASIHAN BELUM CUKUP
Maaf jika entry semakin berkurang kerana saya sedang melalui fasa yang penting dalam hidup saya. Tahun ke-3 kursus Farmasi memerlukan perhatian lebih malah fokus yang luarbiasa hebatnya dari saya. Dengan SLE,saya mesti berusaha extra kuat demi mengingati semua fakta dan melipatgandakan usaha.
Teringat saya pada sebuah kenangan ketika di salah sebuah pejabat JPA. Pegawai tersebut kasihan kepada saya kerana saya terpaksa tukar universiti dan memohon agar dilanjutkan jua biasiswa JPA.Ya,memang saya seperti org melukut di tepi gantang. Siapalah saya kerana bukannya anak orang berada apatah lagi bergantung seratus peratus kepada keputusan SPM dan Matrik demi mendpatkan peluang melanjutkan pengajian di universiti.
"Jangan kasihankan saya. Saya tidak mahu kasihan itu. Cuma berikan saya peluang. Peluang utk meneruskan pengajian walau dengan penyakit ini."
Dan puji-pujian buat Allah yang Maha Mengasihani dan Menyayangi. Saya diberi tempat di UITM atas pengajian yang sama dan juga lanjutan biasiswa JPA.Semoga Allah membalas jasa pegawai tersebut atas sikap belas kasihan beliau.
Rasulullah saw. bersabda, “Man laa yarhaminnaasa laa yarhamhullaah”
Barang siapa tidak menyayangi manusia, Allah tidak akan menyayanginya.
(H.R. Tarmidzi).
Saturday, July 25, 2009
Selamat Pengantin Baru Na...
Thursday, July 23, 2009
Surat-surat Perempuan Johor.
Membaca buku Surat-surat Perempuan Johor membuat saya berfikir akan jati diri seorang perempuan. Ia karya terbaik Faisal Tehrani yang menyentuh emansipasi dan kejituan jati diri perempuan-perempuan Islam Timur.
Bukan menjadi tempat letak saya utk mengulas secara sastera karya beliau,tetapi saya hanya layak berkongsi akan keterujaan membaca novel sarat cinta dan sarat sejarah ini. Selain menjadi panduan pada saya sendiri,generasi Islam Timur Malaysia yang ditelan sekularisme ia memberi satu harapan baru dalam menetapkan pegangan.
“Saya cuma pengarang surat.Surat-surat ini ialah kisah seorang watak mencari kebenaran sejarah.”
“Long,saya mahu berkongsi kebenaran yang saya tahu dengan semua,dengan umat Islam,dengan orang-orang Johor,khususnya perempuan Johor.Kerana daripada merekalah lahir generasi Johor yang baru,yang berani mempertikai penyelewengan, berani melihat semula sejarah dan membawa apa yang telah dipendam ke tengah.
ASMARADANA
Sesuatu yang menarik tentang novel sarat sejarah ini ialah penulis telah meletak asmara suami isteri pada tempat yg sopan dan dianjurkan Islam.Sesuatu yang jarang dalam novel-novel cintan cintun Malaya. Ia terselindung dengan malu yang sopan dan kadangkala nakal yg mengusik. Tak lebih dari itu.
Maklum tahu novel ataupun media televisyen mudah saja memapar adegan hubungan yg sepastinya bukan akidah kita. Penentangan terhadap budaya Inggeris dan hukum law dinyatakan terang-terangan melalui surat-surat oleh 2 perempuan Johor yg berbeza zaman tetapi nyata satu pegangan.
Ungku Hamidah dan Ungku Nur yang benar-benar memegang jati Islam dan Timur dalam diri keras menentang sekularisme dan apa saja dakyah barat yang merosak generasi perempuan-perempuan Melayu kita.Termasuklah dalam hubungan lelaki perempuan yang sepastinya sudah fitrah akan keinginan manusia utk disayang dan menyayangi.
MODEN KONONNYA
Modennya wanita di Malaysia kini hingga aurat itu bukan apa-apa mahupun sekadar keluar bersama lelaki dan perempuan di hujung malam hanyalah suatu perkara biasa. Siapa yang mengajar semua ini? Generasi dulukah? Kerana mereka menerima Inggeris itu lalu sewenang-wenangnya dakyah mereka kita terima dan dijadikan tatacara hidup seterusnya?
Dan saya mangsa sekularisme itu sendiri. Betapa saya kalut mengenang kenapa diri terasing tidak seperti teman-teman di sekolah menengah. Jati diri dipersoal andai saya ini begitu tempang dalam advanced sosialisme. Saya yg sering ditinggal kerana cuba berpegang pd agama itu sendiri dan hampir-hampir tumpas jika tiada yang mengingatkan.
Dunia remaja itu dunia yang ghairah. Penuh tekaan-tekaan dan pencarian yang kadang-kadang menyesatkan. Di tengah-tengah saya. Takutnya bukan main jika bukan ada usaha Mama yang mengisi jati dengan agama itu sendiri.
LETAK TEPI?
Makanya sy sering saja pelik,marahnya masyarakat pada gejala sosial tetapi masyarakat sendiri menerima sentimen barat lalu diagung-agungkan. Dan dek kerana negara Malaysia ini adanya pelbagai bangsa demi mencipta keharmonian haruskah agama diletak tepi? Jadi jika dek mahukan keadilan bangsa mana pergi hormatnya pada pemimpin dan agama yang utama iaitu Islam sendiri?
Islam itu sangat adil. Cari di mana ketidakadilannya dalam hal-hal pemerintahan negara. Semua dapat aman jika di bawah panji khilafah yang sebenarnya.Benar apa yg dinyatakan penulis dalam warkah lapan Ungku Hamidah;
”Sikit-sikit Islam sudah diletak ke tepi,nanti jatuh tebing terus tak berjumpa lagi,hanyut entah ke mana”
SAKIT TAPI BENAR
Semakin saya baca dan mendalaminya semakin saya rasa surat-surat ini bukan saja utk perempuan-perempuan generasi baru Johor. Ia ditujukan untuk semua,untuk generasi yang bakal memimpin mahupun sedang memimpin. Biarkan teguran itu mengingatkan. Sungguh sakit tetapi benar-benar belaka.
Kerana keimpinan negara bermula dari terpimpinnya pemimpin itu sendiri. Dan pemimpin yang benar-benar memiliki kepimpinan perlu punya akal,kejituan jati diri dan kebijaksanaan dunia dan akhirat.
Entah kenapa saya fikir jika surat layang fitnah itu mudah dibicara kenapa surat-surat kebenaran tidak begitu? Surat-surat perempuan Johor, hanya sejarah benar-benar belaka.
"Moga-moga satu hari nanti perempuan akan mendapat kebebasan yang benar di sisi Islam dalam menyatakan apa yang benar dan apa yang tidak.Moga-moga cucu cicit kita kelak akan berani menunjukkkan yang hak itu mengatasi yang batil.
novel Surat-surat Perempuan Johor,
karya Faisal Tehrani.
Sunday, July 19, 2009
Menghadap Takdir Diri- Sakit Pun O.K.
Tajuk buku ini menyebabkan saya terhenti sebentar mecari-cari buku karangan HAMDY bertajuk 'Rancang Hidup Rancang Wang'.
Saya dan Mima mengabadikan memori di PTAR 4 UITM Shah Alam.
Pic:Pelangi ialah karya ikhlas hasil sebuah persahabatan yang tulus... Ia mengenai sahabat penulis yang menghidap SLE sejak kecil.
Tuesday, July 14, 2009
Aktiviti-aktiviti di Puncak.^^
Hehe... Izzati terlebih semangat pula. Xpe2,berusaha!! Bahsya!!
Fakulti ku sayang...pergh...
JALAN-JALAN
Buat pertama kalinya saya melihat pelajar UITM 'keluar' menikmati keindahan alam. Di kampusShah Alam memang xkan ada pemandangan ini. Hehe...XP Jalan pulang ke rumah,tu yang hujung lepas roudabout tu... ceh xde marker pen merah la pulak...
Balqis(roomate),Izzati and Imah.(housemate) berposing dalam acara jalan2 at puncak. Tadi ada perjumpaan bagitau ada acara marathon di Puncak. Jadi water girl sudah...
Shahir and Izha berjoging...
MAKAN-MAKAN
Balqis waiting for her grill fish..
Well,makanan di sini baru nak update,which is Alhamdulillah sangat-sangat. I still remember the days we had to wait for 1 hour just for burger!! 3 kafe kecik, 2000 pelajar. Bayangkan ler...
Mima demonstrating how to eat like a sexy gal...hehe...
Ada jugak kafe 'up' sikit tapi... well the portion and taste doesn't match the price. We students love good food with a good price. Plus we depend on scholarship which NEED must come first!!
Me,blur after seing how 'cute' the portion was unmatched to the price.
REPORTING FROM TOP
Dalam masa 2 minggu baru stabil segala keperluan dan penyesuaian thdp tempat baru ini. Bukan mudah ya pindah tempat...^^. Namun segala-galanya sudah ok dan masa menumpukan perhatian kpd pelajaran. Cecewah!! Poyo lah pule...
Tahun ni jadi subject representative which mean berulang alik ke kedai photostate no 5,tingkat 3 di PSB. (Pusat Satelit B ye rakan-rakan...bukan pusat sehenti beramai-ramai...jangan suka2 hati je bagi nama...)Pharmacognosy pula tu... Oh Prof Weber ku sayang... ececeh...(perasan!!).
Pengngkutan dari Puncak Alam ke kampus Induk Shah Alam ada disediakan. Ini jadual2nya. Oh ya,saya sebenarnya masih dalam dilema utk memilih jadual kelas Bahasa Jepun. Aduh... Pening juga. Plus menukar appointment doktor PPUM yang tertangguh. Aduh....
Buat masa ini saya berharap sangat all well,ends well. For the rezeki and kemudahan yang semakin bertambah-tambah atas izinnya,Alhamdulillah.Pada beberapa perkara penting dan urgent ini,sy benar2 berharap Dia mudahkan segalanya. Oh Ya Allah,tolonglah saya menemui jadual kelas Bahasa Jepun yang sesuai....Uuu....
~TAMAT~
Thursday, July 9, 2009
Yang benar, Cinta.
Bilamana saya pernah jatuh dalam jurang gelap kegagalan satu-satunya harapan saya ialah Dia. Dia yang Maha Mengasihani dan Dia yang Maha Memberi Hikmah. Dia yang mendengar rintihan hamba-hambanya yang sombong tatkala senang tetapi merayu-rayu tanpa malu bila sekelumit ujian menimpa cuma.
Dan saya amat berharap diri yang bukan maksum ini jangan pernah melupakan Dia walau apa jua keadaannya. KekasihNya Baginda Rasul, Muhammad s.a.w bengkak-bengkak kaki kerana solat malam sedangkan sudah dijanji syurga Firdaus. Sangat menampar sedar iman yg rendah dalam diri.
Baginda yang maksum. Ya. Justeru jika sedar diri ini hamba yang jauh amat dari anugerah maksum itu mestilah lebih bengkak kaki solat malamnya.
"Salsabila!"
"Salsabila!"
"Ya?"
"Ini pesan Ummi, bukan rasa juga bukan kasihan. Sudahnya bagaimana?"
Saya senyap mengenang-ngenang. Mujab merupakan calon yang ampuh semua segi untuk menjadi seorang suami. Cuma...
" Salsabila?" Nada menggesa. Tertunggu-tunggu Aisyah.
" Maaf saja kakak, esok jawapannya. Ini malam ketiga istikharah. Dan ya, benar kata Ummi."
Dan gagang telefon diletak rapi sesudah jawapan diulang pada Ummi.
TEKAD DAN SABAR
Keputusan mesti dibuat dengan penuh tanggungjawab. Jangan ada ragu-ragu kerana ragu-ragu itu perangai syaitan. Abah menepuk-nepuk lembut bahu Salsabila yang masih sedih ketika gagal dalam satu subjek jurusan pilihannya.
Memang Ummi tidak pernah setuju aliran seni pilihan Salsabila kerana Ummi mahu dia mengikut jejak Aisyah dalam bidang Sains. Tapi Abah membantah. Kepandaian manusia berbeza-beza,hujah Abah. Setiap bidang juga mulia jika tujuannya belajar dan bekerja demi mendapatkan redha Tuhannya. Siapa kita menentukan rezeki di masa hadapan?
" Kamu sudah pun membuat keputusan memilih jurusan seni dan mesti bertanggungjawab terhadap pilihanmu. Jika diuji kepayahan dan dugaan pelajaran ketahuilah kegagalan sebenarnya mengajar lebih daripada kejayaan."
Jika turut rasa makanya saya seperti sudah mahu mengaku kalah. Dan bodohlah saya jika terus mengasihani diri tanpa mencari jalan untuk berjaya. Kejayaan sebenar bukannya bermakna tidak pernah gagal. Dan apalah makna sebuah kejayaan tanpa kegagalan?
Lalu,malam-malam dipenuhi tangis seusai sujud memohon keampunan tahu akan hinanya diri di hadapan Pencipta, tatkala sujud itu kaki lebih tinggi dari kepala manusia. Memohon dipermudahkan jalan. Berdoa diberikan kekuatan juga jawapan mencari kejayaan.
Tekad dan sabar menemani sepanjang perjuangan dan sesungguhnya Allah itu Maha Besar kerana sekarang dia menemui kejayaan yang adanya dunia dan lengkapnya akhirat. dan benarlah kejayaan itu benar-benar bermakna.
3 KEADAAN
Terdapat 3 keadaan mengikut kajian manusia sering ragu-ragu dan berada dalam dilema.
1. Memilih jurusan
2. Memilih pekerjaan
3.Memilih pasangan
Dr.Aidh Abdullah Qarni,La Tahzan.
Meletakkan buku yang menemani saat-saat duka.Malam larut dengan qira'at surah-surah Al-An'aam,disusuli surah Thaha dan ditutup dengan sunnah Baginda.Malam-malam yang seperti malam-malam biasanya.Mendengar siaran radio kegemaran sebelum melelapkan mata untuk mati sebentar.
Dan qira'at Sheikh Muhammad Ayyoub itu antara bacaan Al-Quran beberapa imam yang diminati. Entah mengapa malam ini begitu sayu dan mengelus-ngelus ruang hati pada malam ini. Membawa sebak.Dingin segar.
"Dan jika engkau menurut kebanyakan orang di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta."(Surah al-An'am: Ayat 116)
Bermaksud:"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku."(Surah Thaahaa:Ayat 39)
'Mana dia orang-orang yang saling kasih-mengasihi demi keagunganku? Pada hari ini mereka itu akan kuberi naungan, sedangkan pada hari ini tiada naungan kecuali naunganku.'
"Dik?"
"Em?"
" Kau tertidur dik. Penat barangkali. Tadi bacaan Al-Quran oleh Imam Syeikh Abdul Rahman As-Sudais. Beliau membaca surah Al-Waqiah." Aisyah membetul duduk di hujung katil.
Salsabila merenung dengan tanda tanya kemudiannya menarik nafas dalam-dalam. Memuji-muji Dia Maha Mengetahui dengan hamdalah.Esok Ummi mesti ditelefon.
NOKTAH
Sudah masanya. Saya membetul jam di tangan kanan dan mengangkat beg galas yang menjadi peneman setia hampir sedekad. Melihat-lihat tiket dan boarding pass yang sedia di tangan.
" Tidak, jangan merayu pada Mujab agar melupakan Salsabila. Sudah Mujab pinta dulukan?"
Saya terpempan. Ini bukan rayuan. Ini keputusan. Saya sudah pun tetap dengan keputusan ini berkat pesan arwah Abah. Ummi juga setuju walau cuba berhujah mengenangkan diri saya yang masih membujang lama.
Bukan feminisme kata saya. Saya berpegang juga pada makna kekuatan yang dikatakan Cinta. Tidak semata-mata perasaan dan tidak juga kasihan. Malah saya yakin bahawa Dia telah memberi jawapan pada solat-solat malam lalu. 3 malam istikharah pinta saya.
Malah Mujab juga setuju untuk pasrah pada apa jua bakal jawapannya. Kenapa kini Mujab boleh ragu-ragu?
"Dik.kakak menyokong mu dik walau apa jua keputusanmu. Dan kakak doakan dik agar kamu ketemu juga jodohmu nanti."
Satu pelukan panjang erat-erat saya berikan pada kakak. Aisyah yang memahami saya dan menyayangi saya. Deraian air mata Ummi dan kakak mengiringi awal perantauan di University of London nanti. Bumi bas merah 2 tingkat menjadi medan pertarungan pengajian sarjana selama 2 tahun mengisi segenap ruang hati.
Cinta ilmu menemani lalu tanpa sedar 2 tahun berlalu bagai hanya mimpi. Sungguh saya merasa segenap cinta ilmu yang tidak semata perasaan juga penuh rasa kebahagiaan.
AKHIR
"Kau di sini?"
Saya memandang susuk tubuh dikenali dengan senyuman. Kepulangan ke tanah air masih terlalu awal untuk diperkatakan. Saya ada sebab. Dan begitu juga hari ini. Tidak dirancang.
Bertemu Mujab di ruang memori universiti kami. Dan dia mengeluh desah.Saya bertukar rupa.
"Sudah tidak ada gunanya. Aku buta dengan perasaan dan akhirnya mengambil keputusan untuk tidak menunggumu."
Saya tunduk. Benarlah keputusan ini. Saya bersetuju dengannya.Dan saya berlalu dari ruang lif tanpa sebarang kata. Meninggalkan Mujab yang masih di ruang depan lif.
"Salsabila? "
Saya menoleh.
"Aku tidak pernah ada dalam hatimu bukan?" Kerut dahi saya mendengar. Mujab masih di ruang itu,masih menunggu.
"Ya." Berat saya menjawabnya. Dia masih berdiri dan kali ini lebih tenang berbanding dulu. Saya menarik nafas lega seolah beban besar sudah dilepas dari bahu. Dia senyum tenang dan mula melangkah ke dalam lif.
"Kirimkan kad kahwin mu nanti ya? InsyaAllah aku dan isteri ku akan datang."
"Pasti." Saya membalas dengan senyuman lebih lebar sebelum lif ditutup membawa kami ke destinasi berlainan. Di ruang parkir, saya menghidupkan enjin sebelum membelok keluar. Telefon berdering dan tertera nama Muaz Mursyid.
"Sudah dikirim kad kahwin kita?" Sekilas itu juga saya memandang ke arah lif tadi.
"Barangkali perlu ditambah satu lagi."
"Oh,benarkah?" Tanyanya ingin kepastian.
"Ya,Mursyid." Balas saya memandang redup ke arah jalan semula. Dan benarlah Allah sahaja yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.