Saturday, August 23, 2008

Iqra!

Karya Pak abib ketika cinta bertasbih sgt baik juga. Ia diceritakan dgn kesederhanaan wataknya yang tampak penuh kekurangan walaupun bergelar mahasiswa Al-Azhar. Kilauan ayat-ayat cinta tak terpancar di sini kerana wataknya amat berlawanan dgn Fahri.

Kesederhanaan inilah yang telah memikat hati. Aku rindukan semangat yang ditonjolkan Khairul Azzam,sgt teguh tidak agresif tetapi cukup tekad. Sukar menemukan watak begini.

Kenapa mengulas buku lagi? Entahlah,mungkin kerana aku amat gemarkan buku,sgt cintakan tulisan dan karangan org2 yang mencipta cerita berdasarkan sunnah dan Kalamullah.

Ajaib kerana kebanyakan cerita cinta penuh nafsu(perlu juga jika tidak macamana nak makan,minum dan meneruskan zuriat?) Nafsu perlu,kerana

Baginda Nabi juga pernah menyatakannya.(saya tidak layak mengulas lebih lanjut,ilmu saya masih sgt cetek,tak layak rasanya)

Justeru,saya masih mahu belajar. Merindukan ilmu dan kekasih Allah adalah kebahagiaan yang abadi.


Rasa tenang begini jarang dirasakan lantaran sibuk dgn urusan dunia yang penghujungnya maut yang pasti. Baik,aku benar2 hampir membazirkan masa cutiku dgn begitu saja. Sukar rasanya berjauhan dgn buku. Aku cintakan mu,buku.

Izinkan ku nukil sajak yg tak seberapa ini,

Sebuah ’buku’ berkata kepadaku,
Bacalah aku,
Kerana wahyu Rasulmu Muhammad bermula dgn itu,
Nescaya,’ aku’ mampu membimbingmu,
Dgn cerita tauladanku,
Kalam khas perantaraan Jibril dari Tuhanmu,
Amaran keras Al Malik,
Alam ghaib Al Khalik,
Sejarah asyik,

Bacalah aku!
Selitkan dgn sunnah Kekasih Ar-Rahmanmu,
Agar menjadi pengangan ad-din hidupmu,
Dan kau tidak sesat,
Dgn kancah dunia,
Yang lalai,
Lagi menghanyutkan,

Maka,
IQRA!

No comments: