Thursday, May 29, 2008

June...

sejujurnya,memiliki blog bukanlah satu perkara yang dirancang... Tak punya masa dengan jadual yang padat dan menggila di sekitar bulan June. Bulan Mei penuh (kalau boleh dianggap penuh) dengan aktiviti yang agak inactive. menonton tv.membaca karya-karya penulis kegemaran dan merehatkan tubuh yang sememangnya penat dihambat ujian saat-saat exam menjelma. Ujian kali ini menduga,mencabar emosi dan hampir membuat diri kecundang menghadapinya. Teringat kata-kata pujangga dan nasihat seorang penulis Inggeris, "Don't let your emotion run your life". Tersedar dan bangkit memohon pada Allah agar tidak menjadikan emosi sebagai panduan. Bangun menyemai cinta semula pada ilmu,meng'revise' kenapa dan tujuan sebenar di menara gading. Cinta... Cinta sebenar yang telah merajai ruang hati membuatkan diri kembali ke jalan Ilahi. Baik2,aku perlu belajar lagi,meneguhkan cinta dan bekarya dengan tujuan mencari keredhaanNya. Semoga aku tidak tersesat lagi...amin.

No comments: