Saturday, June 9, 2012

BUKAN ROBOT TAPI MANUSIA!

TOUGHER

Menguatkan diri menghadapi realiti merupakan satu latihan ketat yg azali sejak bergelar pesakit SLE. Semua keputusan,baik melibatkan kerjaya,hidup hatta cinta sekalipun perlu menitik beratkan betapa lemahnya fizikal sy ini.

 Ujian kesihatan yg memberi kesan kpd fizikal memberi saya beberapa pilihan utk terus kuat. Mental,emosi dan rohani. Ya, 3 elemen kuat membantu 1 elemen yang diuji. Sungguh Allah itu benar-benar Maha Pengasih dan Adil. Kuatnya kuasa minda benar-benar mampu membantu menghadapi hidup yg serba mencabar.

Sekarang menumpukan pd menguatkan emosi dan rohani pula. Memilih utk menjadi bujang sementelah rakan sekeliling mula naik pelamin bukan ujian calang-calang. Bohong hati tak terusik, juga sunyinya ujian menyendiri. Tetapi entah kenapa tenang juga menerima takdir ini. Barangkali sy sedang belajar kekuatan redhanya sekeping hati dan berusaha mencari bahagia dgn cinta nombor satu iaitu pada Ilahi. Juga barangkali Allah sedang melatih rohani utk bahagia walau teruji. Indah, bila diri dilatih realiti.

Cuma,sy akui alangkah penuhnya hidup ini jika mampu bekerja dan belajar dalam keadaan sihat. Impian menjelajah bumi asing, menyumbang pd persatuan ilmu dan memperbaiki diri dgn menghadiri majlis ilmu merupakan dambaan utama selain bekerja dgn bersungguh-sungguh. Sy sedang mempersiap diri utk menggapai impian dalam realiti kehidupan.

Alhamdulillah, hanya Dia tunjang kekuatan diri. Juga terima kasih kepada ibu,ayah,keluarga dan sahabat yg merupakan penyokong kuat serta sumber inspirasi. Ya, IsnyaAllah melepasi dugaan terbesar kali ini melatih emosi menerima qada dan qadar. Betapa menerima qada & qadar itu mudah disebut berbanding menghadapinya.