Tuesday, May 22, 2012

MENCARI REDHA CINTA

BUKAN TAK MAHU MENULIS LAGI

Pejam celik,pejam celik sudah masuk hampir 6 bulan menjalani kehidupan bekerja. Penat yg dialami bukan calang-calang kerana hospital tempat bekerja merupakan hospital besar yg mempunyai jumlah pesakit yg ramai.

Ditambah dengan beban kerja yang benar-benar mencabar. Badan diuji 100% maksimum sehingga 3 minggu ini badan saya mogok ingin berehat.

Hypergastric secretion. Cough and flu for 2 weeks. Baru-baru ni nausea and vomiting. Semua simptom menyatakan badan saya penat melampau dan inginkan rehat. Sedangkan dunia kerjaya bukan seperti belajar yang cutinya diperhati oleh pihak majikan dan dipantau ketat. Malah saya tidak berani cuti sangat kerana bimbang banyak perkara yang boleh dipelajari akan tertinggal dek sibuk mengejar cuti.

Juga,bimbang SLE akan buat hal tiba-tiba dan menuntut masa cuti yang panjang. Nah! 3 minggu berturut-turut saya kalah dengan tuntutan kesihatan yang turun mendadak akibat kelalaian mendalami dunia kerja. Benarlah kata orang,kesihatan itu satu nikmat yang tak terhingga. Barangkali Tuhan juga mahu menegur saya yang semakin alpa menyelesai tuntutan dunia lalu gagal seimbang dgn tuntutan akhirat.

Allah,maafkanlah hamba-Mu ini...

MENEGUR DIRI DAN MENJAGA HATI

Berurusan dgn manusia dalam alam pekerjaan sgt melelahkan kadang2. Sukar memujuk diri membuatkan sy terlepas pandang. Badan yg terlalu penat, sukar tidur malam dan sakit-sakit badan menerjah sekaligus membuatkan emosi mudah saja nak meletup.

Saya bukan Khadijah bt Khuwailid. Juga bukan Fatimah bt Muhammad. Jauh sekali diri saya ini dengan wanita-wanita hebat zaman Rasulullah. Tetapi ada hati nak mencontohi mereka sedang kerdil benar iman dibanding dgn wanita solehah era zaman Nabi.

Kecekalan mereka,kesabaran dan kekuatan mereka amat tinggi. Saya baru nak mendaki. Betapa sukarnya saya memujuk hati menerima takdir Ilahi. Cinta sy pd ilmu, pd sebuah kehidupan berkasih-sayang diuji begitu kuat sekali.

Diterjah ujian fizikal kesihatan dan emosi benar-benar melumpuhkan semangat seketika. Jika tiada Allah barangkali sy masih berlinang air mata. Tetapi bukankah keputusan sy agar mengorbankan cinta manusia demi cinta Ilahi yg hakiki?

Saya pujuk diri berkali-kali. Memohon agar Tuhan kasihankan saya, membantu sy melepaskan perasaan cinta duniawi agar kelak sy beroleh cinta hakiki. Agar Tuhan menunjukkan hikmah,menjaga diri dan membimbing perasaan fitrah berkasih-sayang agar lebih ikhlas dan kukuh suatu hari nanti.

Sungguh, saya jauh dari Rabiatul Adawiyah. Saya belum cukup kuat. Tetapi saya masih dan sentiasa bermohon untuk menjadi lebih kuat walau badai ujian melanda bertubi-tubi. Cuma sy minta sekali ini, maafkanlah sy Tuhan kerana rindu masih melekat di hati. Sungguh sy manusia biasa yg dilanda perasaan fitrah. Lepaskan sy dari beban rindu manusiawi agar sy redhai ujian terhebat kali ini.

Semoga Tuhan mengasihani diri dan menguatkan pengorbanan demi sebuah cinta hakiki.