Monday, August 8, 2011

I Believe. =)

KEPERCAYAAN,KEYAKINAN.

Baru saja selesai sesi ceramah di Yayasan Restu. Melalui video Solat Terindah oleh Ustaz Kamal, baru sy tahu yg ketika Al-Fatihah dibaca dalam solat,Allah berinteraksi dgn hamba-Nya. Dan solat itu separuh utk hamba-Nya dan separuh utk Allah. Harap-harap sy dpt jumpa video ustaz Kamal utk dikongsi.

p/s: Sy kongsikan video ni dulu ya? =)


Wednesday, August 3, 2011

Jadual Ramadhan.

PAGI DAN SETERUSNYA

Melatih diri tidur tepat jam 12 malam dan bangun 5 pagi bukan saja penting untuk Ramadhan malah bulan selepasnya,kerana bakal memulakan kerja di awal pagi. Waktu sahur dan waktu berbuka kali ini terasa sangat meriah kerana hampir semua ahli keluarga sy ada. Kecuali Along yg bertugas di Petronas Miri. Alhamdulillah beliau merancang cuti seminggu sebelum raya. ^^

Ramadhan,ialah bulan istimewa keluarga kami. Waktu kami benar2 dapat duduk makan bersama dan berinteraksi. Selalunya selesai buka puasa kami sama-sama ke Masjid Besar Shah Alam untuk terawih. Siang hari kami meneman Mama ke pusat Islam Yayasan Restu untuk ceramah dan tadarus Al-Quran. Sibuk di bulan Ramadhan lebih menenangkan berbanding bulan-bulan lain. Berkatnya bulan Ramadhan.

SLE DAN PUASA

Berpuasa memberi cabaran tersendiri buat saya. SLE akan hanya buat perangai jika saya tidak menjaga makan dan tidur. Tak dapat sy bayangkan bagaimana jika saya sudah bekerja di bulan Ramadhan. Maklum saya akan mula bekerja September ini selepas raya. Kesempatan masa yg ada sy mahu mengisi Ramadhan ini dgn baik.

Semalam migrain menyerang dgn teruk. Sy sudah maklum. Ini gejala biasa yg sy alami. Asalkan sy dapat tahan sehingga waktu berbuka itu sudah cukup baik. Dugaan sakit sy masih kecil berbanding orang lain di luar sana. Sy bersyukur Allah bagi peluang sy menjalani ibadah Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya. Ameen.

p/s: Banyak rancangan best waktu Ramadhan ni. Jejak Rasul TV3 di Rusia, Syahadah TV1, Palestin Oasis, Tanyalah Ustaz TV9. Dokumentari terbaik! =D