Pulang. Mengangkat beg ke bilik,menukar baju dan menggantung air teh ais bungkus yg sy beli di tombol pintu. Asar masuk dlm 1/2 jam lagi. Teh ais sgj sy biarkan sbb sy minta ais sikit tp rasanya macam berada di kutub ais.
'Pak cik,sy mintak ais kuranglah....'
(Di lab tadi sgt panas mungkin krn global warming? Nmpknya kena organise kotak khas utk paper A4 di bilik pula)
Monitor memanggil2.
'Sy sudah tukar blogskin ni beberapa kali. Sbnrnya perlu keluar dan explore ke html luar. Jgn asyik mencuba teknologi jumud' Hati menegur.
Maaf ya rakan-rakan. Sy sering ke blogskin tetapi tidak jumpa yg berkenan di hati. Lalu html ini kekal berlegar2 dgn blogskin skema dr blogspot.
'Minggu ini penuh ya?' tegur hati.
'Mm.' Balas 'saya' yg penat.
Dari Selasa disapa test,paginya ke hospital mangambil darah, rabu sepanjang hari dgn no. giliran 5011 di pusat perubatan Universiti Malaya(penuh gila!) dan jammed sewaktu masuk dan keluar. Baru dpt melawat yanie di DEMC ptgnya usai test Pharm Analysis.
Oh ya,hari ini dgn lab dan presentation pagi tadi. Oh,Mr Tommy kelihatan passionate bercakap mengenai nanotechnology yg menjadi kegemaran researchnya.
Tetapi kami terkontang-kanting dek pembelajaran bak Problem Base Learning(PBL) yg ditiru dari Universiti di Portugal .Bimbang buku serta bhn reference yg ditafsir mengikut otak student naif kami ini tidak menepati interpretasi seorg pensyarah komited spt kamu.
Esok,Jumaat menanti dgn 2 test yg menutup minggu padat ini.Tak pernah menanti hujung minggu sebegini 'angau'.
PENGORBANAN DAN KETENTUAN
Dulu ada sebuah buku bertajuk' Seekor Manusia dan Seorg Haiwan' di library SEMASHUR. Pernah berada di lantai library membaca 'Black Beauty' dan 'Pia' novel hadiah Sastera Utusan.
Di sekolah itu juga sy pernah menelaah beberapa lama hingga gemar makan dlm kelas dan sentiasa dihalau pengawas. Dan juga nasi goreng seringgit tp kenyang amat di kantin serba sederhana. Naif saja.
Juga pd sebuah kenangan tatkala sy redha akan ketentuan Tuhan yg menyebabkan hospital menjadi rumah ke-2. Pengalaman yg amat mematangkan dan jujur jika sy tidak alami ketentuanNya,sy bukanlah sy sekarang.
Ketentuan Tuhan mengajar sy satu perkara:
Bila mana kita merasakan sudah memberi segalanya,bekorban dgn usaha yg menjerihkan minda dan empunya jasad,lalu bangga menyatakan kejayaan sudah milik anda, benarkah?
Tidak. Untuk menjadi seseorg yg benar2 berjaya anda mesti kenal Pemilik ilmu itu siapa. Mesti akur dgn kuasa penentuanNya.Kita berusaha bersungguh-sungguh,Dia yg menentukannya.
Sdg Nabi Sulaiman terlupa akan perkataan InsyaAllah sudah dimurkai Tuhan. Kita?
FINDING PLACES
Dari buku 'DEWEY' kucing comel dari bandar Iowa,yg saya suka definisi kegembiraannya:
'Find your place. Be happy of what you have. Treat everyone well. Live a good life. It isn't about material things,it's about love. And you can never anticipate love'
pic: Oden!! Turunlah sayang!!Seperti Buku 'Lambaian Kaabah' karya Hamka,ulama serta canselor Universiti Gadjah Mada tu sy sematkan 'DEWEY' elok2 dlm koleksi.Terima kasih juga pd seorg sahabat atas kiriman hasil penulisan beliau ttg soal jwb Islam dan benarkah Nabi Isa disalib.
Terima kasih ya.(Sdg berfikir adakah library kecil ini perlukan ruang tambahan. Hmm...ye la tu..sdg berjimat cermat ni. Thn 2009 inflasi tinggi..)
Menghadap pemandangan luar tingkap bilik,sy terkenangkan berita suratkhabar beberapa hari lalu,Gaza dibedil lg Yahudi laknat. Juga pd Pasukan Mercy Malaysia terpaksa meninggalkan Gaza krn bekalan ubat2an dan mknn habis. Dan TV3 yg menyiarkan kekejaman Yahudi thdp umat Islam di sana.Laporan kesan bom fosforus yg menghakis ke daging muncul pula hari ini. Kejam!
Perjuangan saya tidak setanding kamu saudaraku! Benarlah kata-kata:
Jika tiada kasut lihatlah org yg tiada kaki!
9 comments:
salam
wah! Oden spt kucing yg suka merewang (jln²)! -berdasarka gmbr die explore atap umh org-
n.. die ada ekor yg kontot.. rasanya mcm pernah dgr dulu kalau kucing ekor kontot, nyawanya pendek (btol ke?) haha.. ternyata salah kan?
yup, stuju ngan ngan ayat 'Manusia dinilai sesuai dgn kadar nekadnya dlm mengusahakan sesuatu'.. mcm kisah burung pipit yg cuba sedaya upaya utk memadamkan api yg membakar Nabi Allah ibrahim..
hasil sesuatu usaha di tgn tuhan, yg penting kita usaha ^^ bonne chance utk test sok
Salam kembali,
yup,den ni mmg kaki rewang. ^^ Ekor dia panjang sbnrnye,tp bila dh eksiden kena potong. Tu yg kontot je tu. Thanx ya akh adam! =)
tringat zaman kolej dulu gantung air kat tombol pintu..ya hidup ini penuh dengan pencarian..untung jika sesiapa menjumpaii pencariannya..rugi jika dalam pencarian itu kita sesat..tp masih ad untung kerna ada jalan menuju kejayaan..anum tau x IPT mn yg tawarkan untuk buat PJJ degree..kt nk apply..selain dr OUM
mungkin cintaNya hadir dlm cinta dia?
haha..bkn setakat tombol pintu..hanger juge antara mangsa penderaan menampung plastik bungkus air (or air bungkus??) yg sarat pregnant :P
PPJ?UiTM ade menyediakn.sile ke kaunter hal ehwal akademik.trime kaseh XP~
Alhamdulillah, ente memang berbakat jadi motivator, artikel yang menyentuh hati. Good job.
Membaca,menulis,mengembara,interior,seni dan ilmu ialah 'places' yg selesa dgn diri yg dicipta.
Salam...
Hobi ini ada persamaan dengan saya. Bagus jika kena caranya.
Tentang templets blog, cuba search ourblogger kalau tak silap saya. Di sana ada templets yang menarik juga.
Apapun, entri yang santai dan bagus.
Salam sejahtera ke atas mu, saudara-saudariku.
To ayong-syukran atas komen enti. PJJ? Kursus apa yg ayong minat? setahu anum,apa yg Umy cdgkan tu ok. UITM ada PJJ utk pelbagai kursus.USM juga. Kbnykan kursus yg ditawarkan mostly utk pendidikan.
To Umy-air sejuk sgt...Oh ya ttg notes kecik amat itu,krn seorg yg x nk faham2. Dr matrik sampai skrg.Thanx sgt krn memahami.Ada juga insan sebegitu rupanya...aduh...
To Fareast-Syukran akh. Berkongsi ilmu sbb kdg2 yg paling kena motivasi ialah diri sendiri.Masih banyak amat yg kena belajar.
To Ibnu rashidi-Syukran atas idea itu. InsyaAllah sy akan menjenguknya.Hobi manfaatkan masa lapang. Hati sng bila dpt manfaat masa dgn perkara yg kita suka.
Cth:Umy yg suka memasak.Hihihi...
Utk semua-Syukran sgt. Ada apa2 cdgn/komen/pembetulan-sila inform. InsyaAllah diterima dgn senang hati demi kebaikan semua.^^Doa kesejahteraan buat pembaca.Amin.
kalo ad pendidikan kat uitm lg bagus..tp kalo x de kt nk wat IT..sush la surf dl intrnt..x brapa nk paham sgt..kt dh lm nk smbug bljar..nk wat PJJ..hhuhuhu
Niat yg baik. anum sokong ayong. Buat apapun bersungguh-sungguh! InsyaAllah,jika ayong persistent boleh berjaya. Dlm urusan sambung belajar,cousin anum yg sdg buat master sarankan tanya pd senior2 univ yg sdg buat postgrad dan cari maklumat cukup2. Dr segi lecturer,finance dan kursus tesebut. Anum doakan ayong berjaya. amin.
Post a Comment