Showing posts with label Palestin. Show all posts
Showing posts with label Palestin. Show all posts

Saturday, June 12, 2010

Air mata ini untuk siapa?






TAK SETANDING

Aku menangis.

bukan kerna kesepian,
tidak juga kesakitan,
bukan menyesal,
bahkan bukan jua ketakutan.
Aku menangis,

Kerana Engkau yg Maha Agung,
Mengasihani dgn seluas jagat raya milik-Mu,
Membenihkan mutiara iman berteras redha yg sebenarnya.
Aku menangis,

Tatkala Engkau mengajar erti redha yg sebenarnya,
Dalam kesusahan yg membawa kekalnya kekuatan sabar,

Aku menangis,

dalam payah dan senangku,
cuma kasih-Mu jua yg paling teragung,
setia menemani,
memayungi,
mengasihi,
mencintai.
Aku menangis,

kerna cinta-Mu itu,
sungguh sempurna,
mengundang haru,mengundang pilu,
pada hati yg merindu.

Aku menangis,

kerna akulah hamba,
yang mendamba.

sajak oleh-Hanum Maisarah,2.47 pagi,13 Jun 2010.

UNTUK SIAPA?

Jun ini begitu banyak peristiwa yg berkunjung dalam hidup saya.

Sesi majlis pernikahan di Masjid Besar Shah Alam yg indah mengundang air mata sy gugur. Indah benar khutbah nikah yg dibaca oleh ustaz berkenaan. Setelah selamat diijabkabulkan oleh ayah sepupu saya sendiri,kami meraikan keluarga pihak lelaki dgn jamuan ringan dalam suasana santai.

Jujur sy katakan,inilah kali pertama sy mendengar khutbah nikah yg mengharukan.

Peristiwa seterusnya mencabar kesihatan dan kesabaran. Sakit seluruh badan mengharungi 2 minggu yg padat amat aktiviti. Sy baru saja pulih dari sakit yg menyebabkan 'bedridden' sepanjang May.
Sejujurnya sy mengalami kepenatan fizikal namun lebih sihat berbanding bulan Mei lalu. Dengan aktiviti reunion,kerja membaiki rumah,mengemas rumah along dan membantu persiapan perkahwinan,sy benar-benar kepenatan.
Namun sy sihat. Alhamdulillah.... kerana sepanjang Mei lalu sy tidak mampu pun untuk bergerak dan mengalami depresi yg teramat sangat akibat SLE menyerang. Saya bersyukur.

Dan yg terbaru ialah wan(panggilan buat nenek sebelah mak) dimasukkan ICU kerana penyakit jantungnya menyerang. Wan masih tidak sedarkan diri,dan kami sekeluarga dilanda kebimbangan yg teramat.

Bulan June kali ini bewarna-warni. Dan sy masih dapat melihat warna pekatnya darah rakyat Palestin dalam bulan June ini.
Lantas saya menyoal kembali air mata ini untuk siapa?

Saturday, June 5, 2010

June berdarah-SOGNANDO PALESTINA

IMPIAN PALESTINE,RANDA GHAZY


Sebuah buku yg sy impi uk memilikinya.Aneh,sy bertemu buku ini di sebuah kedai di hospital ketika menunggu giliran mengambil ubat. Tetapi tak punya kewangan yg cukup utk membelinya..
Di mana-mana pun, sy tetap berharap menemui sebuah buku yg menjanjikan bahan santapan ilmiah yg berguna... Ya,InsyaAllah,akan sy jejakinya semula.


DOA SI KERDIL-BUAT MISI KEAMANAN FLOTILLA GAZA

Untuk saudaraku yg sedang berjuang,semoga Allah melindungi kamu semua, memberikan pertolongan dan bantuan-Nya. Semoga Allah memberikan kemenangan buat umat Islam,menganugerahkan kekuatan,kesabaran dan pertolongan yg penuh hikmah agar misi Palestine berjaya dgn selamatnya.

Buat anggota Flotila yg tekorban,kamu adalah bunga-bunga syahid, yg mekar dengan haruman syurga. Semoga Allah menempatkan kamu di kalangan hamba- hambaNya yang beriman dan beramal soleh serta mulia.

-Doa si kerdil dari tanah Malaysia.

Tuesday, December 1, 2009

Mari cari manfaatnya sungguhpun ia hiburan..

PENILAIAN simplylifesarah di AKHIR TAHUN


'December ke? Sudah masuk akhir tahun ni... '

Jari membawa cursor ke 'older post' blog simplylife. Meninjau-ninjau entry lama. Membaca semula entry Januari yg mengutuk serangan kejam Yahudi laknat ke atas org Islam Palestin.

Tajuknya Tahun yg baru dan kekejaman yg sama. Menghela nafas mengenang betapa sedihnya dan marahnya pd manusia laknat musuh Allah itu ketika menaip entry ini. Turut mengenangkan betapa kesedaran Muslim sejati realiti itu perlu wujud apabila sy meninjau semula entri SALAHUDDIN-Lambang Muslim Realiti.


Memuhasabah diri adakah akhir-akhir ini penulisan semakin mantap atau hilang fokus. Isinya manfaat atau tidak. Merapu banyak atau berguna. Terima kasih kepada yg sudi meninggalkan komen atau menjadi pembaca senyap. Komen membina di ruang komen atau shout box membenarkan sy menilai setiap penulisan.


Terima kasih rakan bloggers dan pembaca sekalian. Bersyukur sy pada Dia yg membenarkan ukhwah terjalin via blog dan disertai keberkatanNya juga.

LAYAN...

Beberapa hari ini kerap mengunjungi you tube kerana mahu menonton Ketika Cinta Bertasbih. Menyempatkan diri melayan beberapa buah lagu yang disarankan oleh rakan blogger melalui blog mereka.

Malah syabas sy ucapkan pd mar,fais dan anjut yang menulis entry nasyid terbaru oleh Maher Zain,Open your eyes.Sila cek link mereka di blog atau tekan pd hyperlink nama di atas.^^

Maher Zain,Sami Yusuf,Dawwud Wharnsby,Michael Heart,Raihan,Rabbani dan beberapa lagi nama yang memberi alternatif hiburan bermanfaat. Sy juga sering meninjau blog Jhazkitaro utk mendengar beberapa lagu dari 'blog doktor pengembara' yg selalu menghidangkan halwa telinga yang menarik.Lagu-lagu Balkan,Bosnia dan beberapa lagi lagu dari pertandingan Euro-Vision yg mengasyikkan.





Sebagai manusia biasa kita cemderung pd hiburannya. Fitrahnya begitu. Namun perlu ada garis panduan akan hiburan itu. Tidak melalaikan. Tidak membawa kepada terpesongnya akidah. Tidak lagha.

Bagai dalam nasyid kumpulan Raihan,Mari Berhibur.(Album:DemiMasa Munsyid: Raihanhttp://liriknasyid.com)

chorus:
Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah


Di sini kita berkumpul bersama
Menyanyikan lagu yang suci indah
Alunan pujian kepada Alloh
Alunan sholawat kepada Rosul
Di sini kita berkumpul bersama
Menyanyikan lagu yang suci indah
Alunan pujian kepada Alloh
Alunan sholawat kepada Rosul
Hiburkan hati yang masih gelisah
Obati hati yang terluka
Ikat kembali persahabatan dgn iman dan kasih sayang

chorus

Bersungguh kita dalam bekerja
Seperti hidup selamanya
Beramal sholeh sebaiknya
Seolah esok sudah tiada

KEPENATAN TP GEMBIRA
Sy puaskan hati melihat rak controlled medicine di belakang farmasi. Seboleh-bolehnya jika sy dpt tangkap gambar setiap botol dan buat buku skrap maka sy akan buat. Tapi sy akan disaman oleh manufacturer nanti.


Bukan mudah dpt melihat botol-botol ubat ini semula.Semester depan bakal menjalani 'hospital visit' selama sebulan. Sekurang-kurangnya retail training sebulan ini memberi sedikit info dan intro ubat-ubatan hospital.Memang akan ada beza ubat di hospital dan retail. Pokoknya sy mahu menggunakan kesempatan ini menelaah sebanyak mungkin dan memahami fungsi ubat-ubatan yg ada.

Ya Allah,berkatilah dan manfaatkanlah perjuangan belajarku...amin...

p/s: Mari jadi manusia yang bermanfaat pd org lain.

Wednesday, February 25, 2009

Hujung February Rigidity...

FLU

Diserang flu dan batuk-batuk 3 hari lalu mematikan mood utk memulakan pusingan kedua sem 4 di Fakulti Farmasi. Sy hilang tumpuan dlm kuliah dan bdn terasa lebih penat mcm biasa.

Telan mknn sekadar telan. Selera hilang ntah ke mana. Org sakit mcm2 la perangainya. Itu baru flu dan batuk yg ubatnya cuma sebiji sehari dan 3 kali 10ml Tussidex Forte(trade name cough syrup).
Sy mahukan ubat yg tidak mengantuk tetapi clarytine memberi kesan kepala berat bukan main ditambah kemungkinan tindakbalas cough syrup tadi.

Akhirnya mood rigid saja sepanjang 3 hari lalu dan usai malam tadi baru bdn terasa lebih sihat. Syukur Alhamdulillah!!
Dalam apa jua keadaan Allah tetap yg Paling Penyayang.... Syukran ya Rabb.

KAFFARAH DAN TAWAKAL

Org Islam itu dalam apa jua keadaan ia tetap terbaik.

Jika dalam kesusahan ia bersabar,Jika dlm kesenangan ia bersyukur.

sumber La Tahzan,Dr Aidh
Mujur sy sudah siapkan segala kerja utk first half time semester ini. Tinggal masa kedua.
(Ah sudah seperti main basketball pula. Sakuragi Hanamichi dan Rokawa! Sy rindu kamu berdua!!)


Bagaimana ini? Utk keluar dari rigidity yg menyinggah hidup barang 2-3 hari ini amat payah. Barangkali perlu diingat senarai important + urgent yg ditampal di depan meja belajar sudah sampai nombor 5 dgn subnumber 1,2 dan 3.

Mesej dari seorg rakan yg SLE beliau sudah di peringkat Nephritis Lupus menyebabkan sy terkedu sebentar. Sy masih di stage 1 dan boleh dikatakan tidak kronik sgt. Hanya kdgkala disinggah demam rheumatic dan saat sakit, Astagfirullahalazim(istigfar) diulang hingga dirajut dalam tidur.


Tetapi beliau sudah di thp dugaan sakit kronik yg irreversible. Tachycardia menyebabkan beliau masuk wad kali ke-3 dgn ambulans dari IMU terus ke bhgn kecemasan. Malah kidney yg berada di thp 4 akan menyebabkn sclerosing yg bermaksud hanya dialisis atau kidney transplant saja menjadi penyambung nyawa.


Pernahkah anda rasa bahawa malam ini Malaikat Maut bakal mengetuk tingkap dan berkata 'Kau sudah sampai masanya. Aku ke sini membawa mu kembali selama-lamanya.'
Pernah di saat itu. Dan ketahuilah sy besyukur yg amat sgt krn diingatkan mati. Kerana itulah yg hidup kini lebih tenang. Dan sy tetap mahu berusaha utk hidup. Perjuangan utk terus hidup seperti org2 di Hospital Shifaa' Gaza,Palestin diberi Allah ganjaran pahala.

Meneruskan perjuangan setelah diduga ketentuan Tuhan menyebabkan sabar menjadi hadiah yg terbaik. Allah bersama-sama dgn org sabar,saudaraku...


RINDU DIA

Semalam sujud doa dipanjatkan agar mati tidak dlm keadaan menyusahkan org lain. Subuh masa yg paling intimate digunakan melepas rindu pd Tuhan.


Bilamana rasa berjauhan disebabkan urusan dunia yg lagha', mudah saja menyimpang dan lupa yang Dia sentiasa menemani.Sy mahu terus INGAT. Palestin yg jauh mengingatkan hati. Menempelak diri yg dikacau lupa.Menampar minda agar SEDAR sentiasa.

Email dari teman di yahoo mail tidak dpt sy jawab. Juga bingung bila ditanya ttg perancangan masa depan. Sekurang-kurangnya sy tetap punya perancangan. Andai di Jabalieh pinggir Gaza sy pasti tidak keruan. Mana mungkin semangat juang setabah mereka!


Sy hidup SEKARANG. Entah esok lusa Maut menjemput bertemu Dia yg paling dirindui. Juga IMPIAN yg pernah dicintai sebelum Dia mengingatkan yg tanpa IZINNYA, impian hanyalah sebuah cita2 tidak kesampaian.


Itulah sy sudah beritahu. Tidak sanggup rasanya sy merindui sesuatu selain Dia. Bagaimana boleh digantikan cinta Tuhan sdgkan cinta manusia kecil amat tidak terbandingkan?


Seorg teman menulis mungkin cinta Dia hadir dlm cinta kerdil manusia. Sy senyap. Mengiakan tidak,menafikan pun tidak. Sy hormat kamu semua. Sy hormat pendapat kamu semua.Cuma PALESTIN memberi makna yg lebih dari semua!


P/S:Mari,kali ini aku mahu hapuskan rigidity. Oh Mac, 12 Rabiulawal ada dlm perancangan bulanan yg tergendala dek flu. Hujung bilik Kecik tidur nyenyak tanpa sedar gambar ditangkap. Hari ini. Ya hari ini mesti hapuskan rigidity!!

Wednesday, February 4, 2009

Soalan-soalan cinta?Saat-saat begini...

TEST
Hari ini ujian surfactant Dr. Javad Sameni. 4 esei dgn 10% bakal dikira. Persediaan yg melelahkan dan InsyaAllah cuba disempurnakan.

Malah,sejak Israel 'mengirim' bom ke Palestin,surat khabar semakin penuh isu politik timur tengah. Ujian mereka lebih berat. Mampukah jika sy yg ditimpa ujian sebegitu? Ada jawapankah utk ujian begini?

Membaca 'Open letter to Israelis' posted di VLL(http://www.verslalumiere.com/) membuat sy terfikir. Di dini,sy ditanya soalan yg membuatkan sy kaget sebentar. Aduh jawapan apakah yg sesuai??

Syukur Alhamdulillah.Mujur teringat sy pd soalan-soalan yg ditulis di blog http://www.saifulislam.com/. Rujuk situ sahajalah!

PEPERIKSAAN KUBUR


Bila difikirkan saya rasa sy lebih memilih kesukaran menjawab test surfactant Dr. Javad. Oh ya, juga sentiasa mengulangkaji untuk 'Peperiksaan Kubur' nanti.

Iman bakal menjawab soalan-soalan yg sememangnya sudah diketahui. Bak soalan bocor. Tp 'ulangkaji Iman' mesti istiqamah. Walau soalan sudah diketahui, andai iman di hati tidak selalu 'belajar bersungguh-sungguh' mesti x dapat jawab dgn tepat.

Benarlah,mesti menimba ilmu hingga ke liang lahad!

DITANYA

Suatu ketika sedang dlm sesi ulangkaji,sy ditanya seorg teman apakah pendapat ttg situasi percintaanya.
Tergamam seketika. Luahan ttg masalah membantut sesi ulangkaji kami. Sy yg mengejar masa tetap menghormati dgn mendgr penuh empati luahan beliau.

Sy hormat hubungan lelaki dan perempuan. Allah Maha Mengetahui hikmahnya. Maka sy akur dgn ketetapan yg fitrah manusia memerlukan cinta. Namun,sy sgt tidak berpengalaman. setakat mendgr penuh empati dan belajar dgn pengalaman org lain. Itu sj yg mampu dilakukan.


Akhirnya,kami berdiskusi apakah perhubungan itu wajar dipertahan. Bagi sy keputusan akhir terletak di tgn beliau. Perbincangan kami lebih memfokus pd consequences setiap decision yg diambil.Sesungguhnya saya tidak punya sebarang jawapan!

Teman,
You can never pick a stick without picking the other end of it!


Seperti setiap keputusan yg diambil,anda mesti bersedia menghadapi segala kemungkinan akibat keputusan itu.

Isn't life is all about choices?


SOALAN-SOALAN
Mujur ketika surfing dipertemu dgn 14 soalan dr Abu Saif di laman web bawah tajuk entry 'Sebelum Dibius Cinta'.

Sy pastekan utk teman-teman blog. Dan sy printkan utk sahabat kuliah.

Teringat saya akan satu peristiwa dulu. Hadiah hari jadi utk seorg sahabat yg sangat sy hormati dan sayangi. Sy hadiahkan buku 'Ayat-ayat Cinta' kerana sy sering saja membisu tatkala dia bertanya segala hal ttg ini.


Bukan tak mahu jawab tapi takut silap bicara. Aduh...maafkan sy teman...


SOALAN PEREMPUAN KEPADA PASANGANNYA:

1.Syukur Alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang. Mendekatimu sahaja sudah cukup mengundang loya. Entahlah berapa lama, mungkin sebulan dua, mungkin empat bulan atau lima. Ada kemungkinan bukan sahaja untuk kandungan kali pertama, malah yang depan-depan juga. Sabarkah engkau dengan kerenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu?

2.Semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulutku asyik mengeluh sakit sini dan sakit sana. Tidur sering tidak lena, aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka. Bukan aku sengaja tetapi segala yang kurasa di setiap inci tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa. Sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?

3.Semasa mengandung, upayaku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa. Aku lemah, sering juga hambar tiada penariknya. Sehebat-hebat mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu. Masihkah aku buah hatimu?


4.Semasa kita mula berumahtangga, pasti hidup kita indah bagai di Syurga. Tambah pula dengan kurniaan cahaya mata pertama. Namun ketika cahaya mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang. Pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah. Dalam suasana yang banyak tekanan di rumahtangga kita, apakah engkau masih mampu ceria? Sabar dengan kerenah anak-anak dan ibu mereka, terus tersenyum menawarkan bahagia?


5.Selepas beberapa tahun berumahtangga, aku belum merahimkan cahaya mata impian kita, saudara mara dan teman memperlimu dan menuduh engkau bukan seorang jantan. Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat. Di kala engkau diasak keluarga dan teman, masihkah aku ada tempat di lubuk cintamu?

6.Andai selepas beberapa tahun berumahtangga, aku diputuskan pemeriksaan perubatan bahawa diri ini mandul dan tidak mampu merahimkan cahaya mata impian kita, apakah aku masih kekasih hatimu?


7.Jika aku ditakdirkan Allah diuji dengan barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya, kimoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah kauhadiahkan kepadaku, masihkah engkau mencintaiku?



SOALAN LELAKI KEPADA PASANGANNYA:

1.Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika itu pulang dengan kerut dahi, kurang sense of humor, dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius. Sabarkah engkau dengan perubahanku itu nanti? Kuatkah cintamu kepadaku?

2.Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu. Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku. Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu? Terjejaskah cinta kita di hatimu?


3.Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh dari mencapai sempurna keperluan. Keluarga dan teman mencemuhmu kerana ‘menanggung’ aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus. Aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya? Masihkah aku kekasih hatimu?


4. Aku menjadi seorang lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku, namun sabarkah engkau dengan diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?

5.Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan massa, dan aku terpaksa selalu ke sini sana untuk bekerja. sabarkah engkau dengan suasana itu, dan aku masih cinta hatimu?

6.Jika aku disahkan doktor tidak mampu memberikan kita zuriat, rumahtangga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumahtangga kita?


7.Sekiranya rumahtangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau stroke yang melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suami, kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah kauhadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan banyak tanggungjawabku sebagai suami?

Thursday, January 29, 2009

SALAHUDIN AYUBI-Lambang Muslim Realiti

"Kita berperang ikut cara Rasulullah dan mereka berperang ikut cara syaitan!"
kata Sultan Salahudin bin Ayubi.


SEJARAH

"Berilah jawapan sama ada tuan menerima ataupun menolak tawaran kami"
desak wakil tentera Salib itu.

"Kira-kira 80 tahun yang lalu,tentera Salib mengepung kota Jerusalem.Tentera Islam dan org awam bertahan di kota ini. Boleh ceritakan apa yg terjadi selepas itu?" Tanya Sultan Salahudin bin Ayubi pula.

Wakil perunding tentera Salib itu terdiam.

Ini adalah sedutan bab 21,Jerusalem di ambang kejatuhan. Ketika ini Raja Balian dan raja Bitrik menyerah kalah lalu menghantar wakil utk berdamai. Namun tak satu pun tawaran itu diendahkan oleh Sultan Salahudin bin Ayubi.

Apabila raja Balian dtg sendiri utk berunding,Kota Jerusalem ditawan oleh Sultan Salahudin bin Ayubi tanpa sebarang pertumpahan darah.Beliau yg bermusyawarah menerima rundingan Raja Balian.

Namun pertahanan Kota Jerusalem perlu diperkukuhkan dulu.Kejatuhan kota Jerusalem memberi tamparan paling hebat kepada orang Kristian terutamanya negara-negara Eropah krn mrk punca tercetusnya peperangan ini.Mereka pasti ingin membalas dendam.


Perang Salib:
Bermula a/p seorg pendeta Perancis bernama Butrus(Pierre) yg baru pulang dr kunjungannya ke Baitul Maqdis bercita-cita menyatukan org Kristian bg menawan Baitul Maqdis drpd kekuasaan Islam.
Dlm perjalanan pulang ke Perancis,Pierre singgah di Rom lalu menemui Baba Urban 11. Kedua2nya berjaya mengobarkan semangat bencikan Islam sehingga raja2 Eropah bersatu menyediakan angkatan tentera bg menawan Baitul Maqdis.


KINGDOM OF HEAVEN


Otak kanan sy jenuh menggambarkan setiap perang dari bab 1 hingga bab 24. Seperti yg digambarkan oleh penulis Abdul Latip Talib, Salahudin bin Ayubi seorg yg gemar berbincang soal jihad.

Namun beliau bukanlah melulu,jihad tanpa strategi atau ilmu. Beliau seorg yg dilihat sbg realistik digabung dgn amalan agama Islam yg kukuh lalu menjadi lambang Muslim Realiti.


Melalui catatan Ibnu Shaddad(ahli sejarah Islam):

"Krn terbakar dgn smgt memerangi tentera salib,jihad menjadi tajuk perbincangan yg paling digemarinya."

Beliau sentiasa berusaha mencari jalan bg menguatkan pasukan tentera serta berbincang dgn sesiapa yg menyuarakan pendapatnya mengenai persediaan perang itu.Dlm menjayakan usaha jihad ,beliau meninggalkan rumah kediaman dan keluarga serta memilih kehidupan dlm khemah tentera.


"Di medan perang Salahudin kelihatan seperti seorg ibu yg kehilangan anaknya."


Menurut catatan Lane Poole


"Bunga kesatriaan sudah diambil oleh Salahudin Ayubi."
Raja Baitul Maqdis,Reignald of Chatillon,Joscelin of Courlenay,Humphrey of Toron, Masters of Temple and Hospital dn ramai lg pembesar2 lain sudah ditawan.Para kesatriaan lain berada di bawah tawanan tentera Islam.

Entah kenapa sy jadi semakin kagum dgn beliau. Sy yg membaca jadi gerun dgn strategi perang yg sentiasa diteladani dari Baginda Rasul.Saya seperti berada sama di situ merasainya.


Mudah saja saya berasa sangat marah kpd tentera Salib yg biadap dan tatkala membaca catatan Lawrence Brown yg keji itu.

Cemas hati apabila beliau ditimpa sakit dan sembuh setelah solat hajat & bernazar 3 perkara.

Menyelami jiwa Salahudin Ayubi seperti menyaksikan sendiri jatuh bangunnya seorg mukmin sejati.Jiwa pahlawan yg tenang dan tidak kenal erti penat.

Bagaimana ini berlaku?

Buku ini terasa hebat krn orang sebenarnya hebat.Dan tiada satu pun catatan yg menunjukkan beliau ditelan rasa bangga atau lupa akibat pujian. Tidak seperti Birnis yg cukup suka dgn pujian dan tenggelam dlm kebodohan akibat keangkuhan.


Kingdom of heaven yg ditonton adalah 'saksi kecil' kekejaman terhadap umat Islam yg diperangi oleh Salahudin bin Ayubi dgn cara yg dimuliakan di sisi Allah.

Ah betapa kecilnya filem itu dibanding catatan sejarah mu!



ETIKA PERANG ISLAM

Bacaan menjadi lebih mengagumkan bila tawanan wanita dan kanak-kanak dilepaskan. Salahudin Ayubi hanya meminta tebusan 10 dinar bg lelaki, 5 dinar bg perempuan dan 1 dinar bg kanak-kanak lelaki/perempuan.


'Ironinya tentera Salib merampas Jerusalem dgn kekerasan dn membunuh semua tentera Islam yg menyerah.Mrk juga menganiaya kanak2 dn memperkosa wanita-wanita Islam lalu membunuhnya.

Mereka lambung anak-anak kecil kami bagai brg mainan.Mrk lambung anak2 kecil kami dgn tombak ataupun pedang sehingga tubuh anak2 yg tidak berdosa itu berkecai. '

Walhal ketika Salahudin bin Ayubi menakluk Jerusalem,persis membaca Rasulullah s.a.w menawan Kota Mekah dr org jahil Quraisy.Tenang tanpa pertumpahan darah.

Jumaat 27 Rejab 583 Hijrah(Israk Mikraj) menjadi saksi Salahudin bin Ayubi dan pasukan tenteranya memasuki Jerusalem.


Takbir bergema.Salib diganti dgn bendera Islam berkibar megah.Pesanan diberi agar tiada wanita atau kanak2 teraniaya. Tentera Islam itu sendiri akan dihukum jika tidak mematuhi etika perang Islam.


Bandingkan dgn Zionis yg menyerang Palestin skrg. Butakah mata,hati dan akal kita?

MAHU MENULIS LAGI

Jika diizinkan Allah sy ingin menulis lg tentang Salahudin yg zuhud dan takwa. Pergi tanpa sbrg harta w/u sebuah rumah. Nyata beliau sudah memiliki istana kekal di syurga.


Jika tidak diingat ini ialah ulasan semata pasti sy tampalkan setiap muka surat di blog tercinta. Biar anda tahu siapa Salahudin bin Ayubi. Biar kita sedar yg sejarah membuktikan Islam pernah dan boleh berjaya.

Biar saya dan anda sedar,betapa kita perlu menjadi Muslim Realiti yg sentiasa ingat musuh takkan pernah lupa dan musuh wajib diperangi. Jangan pernah lupa tgn anda,dn tgn sy pernah menaip kekejaman rejim Yahudi.

"Benar Rasulullah pernah berdoa 3 perkara.Pertama,umat Islam tidak dihapuskan dr muka bumi dan Tuhan menerimanya.

Kedua, umat Islam tidak mati kelaparan dan doa itu dimakbulkan Tuhan.
Doa yg ketiga pula supaya umat Islam tidak berpecah belah. tetapi doa itu tidak dimakbulkan Tuhan." Bahaudin menyampuk.

"Mengapa Tuhan tidak memakbulkan doa nabi spy umatnya tidak berpecah belah?" tanya Panglima Muluk.

"Allah hendak menguji siapa di antara umat Islam yg kuat imannya" jwb Sultan Salahudin bin Ayubi.

-TAMAT-

"Sesiapa yang menguasai Palestin,dia menguasai dunia."
Salahudin bin Ayubi

Tuesday, January 27, 2009

Hamba dtg berjalan....


HAMBA DATANG BERJALAN

Email dari kenalan dibaca. Alhamdulillah,nasihat beliau akan sy simpan dan sampaikn.

Dipertemukan dgn pelbagai ragam manusia di dunia maya mahupun dunia sebenar membuatkan sy berhati-hati akan soal persahabatan. Alhamdulillah, setakat ini sy cuba menjadi sahabat yg baik w/u siapa sgtlah sy ini.


Sdg berusaha membaiki hati dan akal. Ingatan tulus kiriman beliau yg sy ambil terus dari email.


"Selangkah hamba mendekati Allah, Allah mendekatinya sedepa. Dan jika hamba datang kepada Allah dengan berjalan, maka Allah datang padanya dengan berlari".


Sahabat ialah yg mengingatkan tatkala aku lupa.

PLAY HARD,WORK HARDER and IBADAH HARDEST.


I have never been the believer of natural talent only. Dan yg paling sy tak pernah percaya ialah tanpa usaha anda boleh berjaya membuatkan org itu layak digelar hebat.

(Mari kita sama-sama menjelaskan dan mendgr penjelasan. Always first seek to understand then to be understood.)

Dalam dunia akademik,sukan,keagamaan,pergaulan,kekeluargaan dan apa2 jenis cabang yg membentuk kehidupan jika anda tidak mencapai balance dlm semua hal ini,anda belum hebat.

Sy menghormati seorg ibu yg mengimbangi kerjaya dan tetap berjaya membesarkan anak-anak dengan didikan sempurna dr segi agama dan akademiknya serta dapat menghormati suami. Tidak kisahlah ibu itu surirumah,tukang sapu mahupun dekan fakulti di Universiti.

Sy menghormati seorg professor yg berjaya dalam researchnya,suami yg bertanggungjawab, mengiringi hokum fiqh Islam dalam lecture medicalnya dan tahu anaknya sedang berada di mana,dgn siapa sedang buat apa.


Ini contoh segelintir baru. Yg benar2 mengisi erti kejayaan yg diberkati.Yg mengikhlaskan hati meneguk setitis ilmu dr lautan Ilahi.Makin berisi makin tunduk bak padi.


Lantas kejayaan sy simpulkan sbg pengorbanan dan usaha dgn penuh rasa kehambaan untuk MEMINJAM kejayaan yg pemilik sebenarnya Tuhan.

Maka,jika anda sudah pun menemui keseimbangan, BERSYUKURLAH bhw Allah MENGIZINKAN anda dengan kejayaan dgn penuh keberkatan.


Tidak semestinya kita mencari kejayaan keredhaan akan mengiringnya,
jika kita cari keredhaan InsyaAllah kejayaan akan mengiringinya


JIKA PANDAI MACAMANA PUN.....

Gathering family mmg acara rasmi setiap tahun.Dan pasti ada anak-anak sepupu sy yang boleh dikategorikan dalam superman,power rangers,upin ipin dan hagemaru.

Jika seorg mengejar,yg sorang lg memanjat darab dgn 5 yg berebut mainan hanya ada satu tu, boleh jadi anda bakal menyaksikan ’drama airmata’ apabila maknya atau paknya mula campur tangan. Keluarga besar kami sudah masak bila sesi pengajaran bermula.

Namun,kami faham. Untuk mendidik anak menjadi manusia bertanggungjawab,tahu hukum hakam,hormat org tua dan benar-benar berjaya memerlukan ’drama air mata’ yg mencabar institusi keibubapaan.

Zaman semakin mencabar. Anak-anak semakin mudah mendpt ’didikan’/pengaruh dari pelbagai punca. Kami yg sedang meniti kedewasaan melihat dan belajar betapa sekularisme, kehidupan tidak berpaksikan agama boleh menghancurkan institusi kekeluargaan.


Sy yg menghidang makanan,dirapati anak sepupu yg baru usai drama air mata. Masih tergiang-ngiang nasihat mamanya baru sebentar tadi.


'Aduhai sayang,jika kamu bijak pandai macamana pun, jika 'kurang ajar' tidak ke mana...'

Itu baru ibu bapa. Dengan Tuhan?

(maaf sy terpaksa kasar sedikit dgn penulisan kali ini. Mohon maaf sangat jika ada pembaca yg kurang senang dgn perkataan di atas.)

IRINGAN DUNIA DGN AKHIRAT

Semalam majlis diadakan utk keluarga dn teman rapat saya. Terima kasih kpd keluarga,kak Ira dan Cik Seli, Izyani, Apiez,Adi dan Iman. Insan-insan yg membantu dr persiapan.Terima kasih juga kpd semua yg sudi hadir,Syidie dan Pai yg terkejut dgn kek hari lahir mereka.(idea yani)

Dan Alhamdulillah,majlis lancar dgn izin Allah.

Yg paling sy hargai ialah doa yg dibacakan oleh teman sebelum kek dipotong. Untk seluruh muslimin dan muslimat kami mohon kesejahteraan mereka.

Untuk saudara kami di Gaza Palestin kami pohonkan perlindungan dan pertolongan Allah agar sentiasa selamat dan diberi kekuatan.
Doa serta puji-pujian kepada Allah mengiringi majlis ukhwah. Kami juga mahu INGAT pd saudara seagama yg diuji maha hebat di sana. Biar terisi majlis kecil kami yg tak seberapa ini.

Tidak sanggup andai majlis ini tidak diiringi keredhaan Tuhan. Biarpun kecil, andai tiada mawaddah biarlah tidak berlansung. Biar tiada lagu2 sumbang atau bicara kosong.

Kita muslim. Islam menggalakkan ukhwah.Dan keberkatan itu dicari walau di mana. Islam tidak syumul. Kita punya cara tersendiri melaksanakan majlis,malah lebih bermakna dgn adanya redha Allah. (pic: Kek hampir hancur..maklum semua lapar...)

Dlm suatu kelas halaqah Ustaz Darsuki beliau memberikan nasihat yg pernah diberikan oleh gurunya yang buta bernama Syeikh Ali di Al-Azhar suatu ketika dahulu.

'Jika kamu mengejar dunia kamu akan termengah-mengah.Jika kamu mengejar akhirat dunia akan tunduk kepadamu’.

MENEGUR DIRI

”Seeloknya kamu hantar makanan yg nk digoreng itu awal-awal ya Sarah” tegur Kak Ira pd sy.

Sy diam mengangguk. Mengakui akan kelemahan diri kerana tidak awal mengambil mknn sejuk beku itu dari teman yg ingin sponsor sebelum majlis. Sudahnya lambat terhidang. Mujur menu lain sudah siap. Kak Ira,bibik sy bijak mengatur majlis. Sy menuntut ilmu dr beliau dlm hal2 domestik ni.

Teguran amat bermakna buat saya. Kritikan,teguran,nasihat dari keluarga,guru2, pensyarah dan teman sy semat dalam hati. Jgn silap dibuat dua kali.

Pujian melemahkan diri. Kita mudah ditelan bangga,rasa cukup yg melampau hingga terus lupa diri. Surah pertama Al-Alaq dari ayat 6-19. Menceritakan manusia menjadi jahat karena merasa cukup.(dr Al-Quran dan terjemahnya)

Benarlah,mesti tahu menegur diri. Kelak ‘ditegur’ di akhirat kan sudah terlambat?


P/S: Khas utk wina,sy selitkan extra gambar. Kami menunggu enti,Mai dan sahabat yg lain utk pulang agar ada majlis yg lebih diredhai lagi...Amin.


Tuesday, January 20, 2009

'Life Chess'-checkmate??




Test lepas cuti?Report eksperimen surfactant,notes lengkap PHR 473,lecture akhir Prof Zaki, Kelas jepun awal pagi,oh ya ubat dh makan ke belum??





Ketentuan


Saya kesibukan sepanjang minggu pengajian. Maafkan sy teman2 blog seperjuangan serta pengunjung sekalian.


Sy bukan superman utk membuat 10 kerja dlm satu masa. Dgn SLE sy perlu lebih berhati-hati melaksanakan kerja seharian. Kekuatan fizikal sy sgt terhad.

Sy memberitahu hanya kenyataan. Bukan simpati bukan perhatian. Sy ada Allah yg menemani. Kita semua ada Allah yg menemani. Cukup.Dan ketentuanNya menjadikan saya ialah saya ini skrg. Sy bersyukur dan redha. Semoga kalian juga berada dlm keadaan bersyukur dan redha. Amin.

Takdir,usaha dan tawakal

Sampai sj di rumah semalam, sy meluru ke bilik. Julia,cousin sy sampai dr Penang. Dia punya interview di Putrajaya utk scholarship NSF utk masternya. Kami bertukar salam dan bertanya khabar.Melihat keadaan kami skrg,begitu lama masa sudah berlalu. Kami punya jalan hidup masing2. Mengejar impian masing-masing.



Sudah berlalu masa di mana kami berdua berkumpul bercerita ttg cita-cita kami. Hidup yg kami berdua lalui sbg remaja sudah hilang dari raut wajah yg semakin diasak pengalaman dan realiti kehidupan.


Tangis dan tawa kami. Adik sy juga sudah selesai SPM dan bakal menjalani kehidupan bergelar mahasiswi.(InsyaAllah). Subhanallah,betapa kami sudah dewasa!



Liku-liku kehidupan mencorak kita kerana sepanjang liku-liku itu kita perlu membuat choices. Ya,benar takdir Allah itu pasti. Lalu apa guna akal dan hati?


Allah tidak menjadikan kita utk kecewa,gagal atau bersedih. Kita yg memilihnya. Dan sy tahu kesukaran memilih sesuatu yg betul dari sesuatu yg kita suka. Perit ttp jika tiada keperitan bukan hiduplah namanya.Kerana apabila ketentuan takdir Allah tiba,keredhaan memainkan peranan yg besar.


Lalu itulah gunanya usaha dan tawakal.

Bak Gaza yg dibedil 22 hari oleh Israel laknat. Sy membaca bagaimana usaha seorg ahli perniagaan Palestin yg memakan usia hampir 20 tahun musnah sekelip mata.


Dia hanya mampu melihat rumah,kedai dan hotel yg dulunya bangunan menjadi runtuhan batu berdebu. Tangis tidak mampu mengubah apa-apa. Mahu pun putus asa.



Berat mata memandang,berat lg bahu memikul? Ya,betul. Jadi siapa kita utk merungut tentang kehidupan yg tidak begitu sempurna?


Menangis,bersedih perlu. Krn kita manusia. dan berhentilah,bangun semula. Kerana itu kita perlu jatuh,untuk bangun semula. Kalah ketika Perang Uhud tidak membuatkan Rasulullah dan sahabat depressed. Ia mengajar ttg erti istiqamah,keredhaan dan keupayaan utk bangkit semula.

Saya terhenti.Mengenang semula usia yg bakal menjejak 22 tahun. Maksudnya maut semakin dekat,umur semakin kurang. Confused? Pikir2 le sendiri...(Nk kata lu pikir sendiri,Nabil minta royalti dr saya pula nanti...)

Kesibukan yang effective


Hari ini teman menelifon utk menolong beliau dlm surgical dressing.Sy bertanya sebab keluarga tidak membantu?

Takut darah balas teman tadi. Sy tersenyum kecil dan menyatakan persetujuan. Besar hati dpt membantu. Bukan tidak mahu buat di klinik tetapi jika tiap-tiap hari ke klinik mahu berpuluh bayaran hanya utk membersih luka surgery.


Usai membantu beliau,sy ucapkan selamat tinggal kpd sepupu dan adik ke kampung kami Pahang. Adik dihantar utk menemani wan yg bakal operation katarak di Hopital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

Sebelum adik pulang sy sudah belajar cara-cara membuat kek batik special ciptaan adik utk majlis 26/01. Berguru dgn adik sendiri boleh jadi kelakar. Bila resepi asal berbeza mula kita bertanya. Nasib baik tidak dijawab 'biarlah rahsia' oleh adik saya. Hihi... macam-macam le adik sy sorang ni.


Untuk satu hari yg penuh kesibukan. Sy bersyukur krn tiada masa pun untuk dibuang. Kesibukan membuat kita menghargai masa. Selagi mampu berjuang sy akan usaha walau dgn cara sendiri!

Glass half full
2 hari lalu sy mendengar penuh gembira apabila Syafiq,rakan sekuliah membentang penglibatan mereka dlm MERCY. Keletihan,ketahanan dan kegigihan tergambar di muka beliau.

Wajah kepenatan itu penuh dgn 'no 1 smile'(anugerah senyuman plg menawan dimenangi beliau).



Sy mendgr empati bila program mercy kebanyakannya emergency based programme. Semuanya on the spot. Gruelling dan strenuous.Perlu top dr segi fizikal dan psychology.Namun ini pilihan hati beliau. Tahniah atas usaha yg tidak pernah henti! Go Mercy UITM!!

Jauh sudut hati,sy juga mahu membantu. Mana yang mampu dgn tulang 4 kerat ini. InsyaAllah, setiap perkara dlm hidup sy perlu dilihat dgn glass half full concept.


Jika sy tidak mampu menjadi askar di medan perang wajar menjadi yg menolong di khemah sakit. Jika tidak mampu utk ke medan perang lalu menyumbang dlm boikot atau 'menghayun pedang' pena di kertas atau blog. Setiap masalah pun ada penyelesaianya. Namun mesti ada usaha.


Persoalannya, Nak ke Tak Nak?

Demi masa

Meluangkan waktu bersama keluarga dan rakan-rakan yg gemar berbincang ttg ilmu atau usrah ialah perkara yg membahagiakan. Sy org bujang,bujang senang kata sesetgh orang.

Teh hijau antioksidan,buku-buku kegemaran atau gabungan buku dan teh tarik kurang manis antara perkara yg menyebabkan blood pressure boleh turun. Masa senang.

Dateline assignment yg rapat,test berselang-seli,laporan yg detail dan kelas ganti terus dari 2-6 ptg tanpa henti. Masa sibuk yg menyebabkan seseorg sentiasa alert atau mengatur jadual padat 'gila',

Tapi inilah kehidupan. Sy mencintai setiap aspek masa. Kecepatan atau kelambatan. Kita yg menentukan. Justeru kena ada rasa mensyukuri dan menghargai. Sy berdoa agar sy sentiasa disibukkan dgn pekerjaan yg membawa manfaat pd agama,bangsa dan negara.

Mahu terus hidup dgn memberi. Memberi yg terbaik.

Alhamdulillah setakat ini 'life chess' saya diatur dengan baik. Dan ujian Allah sentiasa ada dlm 'life chess' setiap insan.Terima,redha dan atur semula.


Allah akan tetap menguji krn kita semua amat layak diuji. Jangan anggap solat lengkap 5 waktu,akhlak dijaga,tutur diperhati dan Al-Quran difahami kita sudah 'pass' ujian utk bergelar hambaNya yang beriman.



Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami beriman”, sedang mereka tidak diuji?

[Al-Ankabut 29: 2]

Pengalaman mengajar kita kematangan dlm pilihan hidup. Mengajar kita erti sebenar dlm menjadi khalifah di muka bumi. Besar 'jawatan' Allah beri. Maka dgn mudahnya kita juga boleh memilih menjadi khalifah yg bagaimana. Besar kepala? Ikhlas? Suka-suka hati?


Dan bila kriteria 'khalifah' dipenuhi adakah kita sudah cukup layak sama-sama berdiri dan duduk dgn Salahudin Ayubi, Imam Hanafi atau orang-orang di Gaza Palestin?


Utk ini tepuk dada,tanya iman.

Saturday, January 17, 2009

Menjenguk Cinta

menjenguk cinta

Dalam pada sibuk meneliti nota kuliah hari-hari,saya berjanji pd diri akan menulis sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Dan yg paling sy suka ialah janji pd diri utk lebih menyeimbangi masa agar semua asas diri tidak terabai. Ini kerana sy lupa untuk 'merai' diri semester lepas lalu sy kecundang ke arah stress.

Kali ini saya akan menjenguk cinta saya selalu. Oh buku... andai sy pandai mengungkap puisi bak Hassan Al-Bana pasti sy mampu meletakkan kata-kata yg tepat dgn keadaan. Tetapi sy masih kurang dari Imam itu. Sgt kurang yg pastinya.

Seperti penulis Beatrix Potter,
'There is something delicious about writing the first few lines of a story. You can never guess where it takes you...'

Dan sy untuk buku,
'There is something beautiful about reading and understanding,reading a good book is as though having a great time with your good friend.'

Salahudin Ayubi dan Aku Terima Nikahnya

Tempat yg paling dibanggakan dunia,
adalah yg mempunyai penerangan,
dan sebaik-baik teman duduk sepanjang masa
adalah buku

-Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni

Sejujurnya sy sedang dilanda 'tsunami' nota dan tuntutan test surfactant selasa ni. Asalnya hendak keluar mencari hadiah untk MPG(mlm pra graduan) farmasi tapi sy terlencong ke kedai buku kecil di PKNS. Mcm mana boleh terlepas ke sini pula?



Sy sudah tahu akan wujudnya buku ATN sejak lama,cuma sy menafikan sekejap niat sy utk membaca buku ini. Kecenderungan sy lebih kpd siri adventure atau sejarah. Sy memerhati lama dalam gerai buku serba sederhana.



'Macam kenal je buku biru muda ni...Macam..ha'ah ye la...Buku Aku Terima Nikahnya dr Ustaz Hasrizal. Er...dh tiba masa ke saya membacanya? Hmm....

Sy mencapai buku biru muda. Entah kuasa apa yg membuat saya mengambil dan membacanya. Sy bukan anti-cinta, tapi diri sy merasa cukup dgn apa yg Allah kurniakan sekarang.
Alhamdulillah segala segi sy cukup. Keluarga,keperluan diri dan tujuan hidup.


Membuka buku biru muda itu dan membaca sehelai dua muka. Sy tersenyum krn isi penulisannya bagai dlm blog di Saifulislam.com. Sy sedar yg sy akan memerlukannya 'nanti'.


Hati masih merasa tidak puas. Seolah-olah pertemuan ini tidak cukup. Mata melilau-lilau mencari buku manakah yg sedang memanggil-manggil.

Sy pernah mendgr di radio IKIM ttg pnterjemahan Catatan Ibnu Battuta. Dan sy sudah betul kepingin membca isi catatan Pengembara Agung Islam, Ibnu Battuta. (Marco polo? Dia tidak mengakui kebesaran Tuhan,malas nak baca...)

Dan co-translatornya ialah seorg yg sgt sukakan buku dan pernah berkata," Jika anda rajin membaca,apabila anda memasuki sebuah gedung buku terasa seperti ada buku-buku yg memanggil anda."

Sy 'terpanggil' oleh sebuah buku yg berada betul-betul di kiri saya,di atas kotak. Sy tenung buku itu. 'Anta memanggil?'

Lantas sy tunduk mencapai,tertera tajuk 'SALAHUDIN AYUBI'.

Sy tahu nama ini tetapi tidak mengenalinya. Buku itu betul-betuk tinggal satu. Bagai sudah 'jodoh' sy letakkan atas meja bayaran.Tetapi sy ambil semula dan menelitinya kembali.

Jelas tertera:

SALAHUDIN AYUBI
Penakluk Jerusalem

"Sesiapa yang menguasai Palestin,dia menguasai dunia"
Salahudin bin Ayubi


Dan sy melangkah keluar,berasa puas dgn 'pertemuan' hari ini.

Bakal

Sy sebenarnya ingin menulis tentang Santai Seni,satu program kesenian anjuran Fakulti Farmasi sy. (yeah,farmasi rock!!). Malam yg gemilang dgn kebudayaan gamelan,nasyid, nyanyian rakyat dan seni tari.


Seni bagai satu cabang dlm diri yg sukar dipisahkan. Hampir bagai irama dan lagu. Namun sy tak ketemui kekuatan di sebalik kesedihan yg melanda saudara di Palestin sana.

Mana mungkin sy menulis dgn rasa gembira dan tenang jika sy tidak INGAT pd mereka. Sy mahu terus INGAT.

InsyaAllah jika sy ketemui kekuatan bakal sy ceritakan betapa seni penting dan bagaimana Al-Farabi mencipta 'al-kanon' iaitu asal-usul piano hari ini dan menulis 'Kitab al-musiqa al -kabir'(The great book of Music)'.

Sebelum itu, saya mahu mengenali SALAHUDIN AYUBI,penakluk Jerusalem!!

p/s: Sekolah UN di Palestin dibom lagi oleh Yahudi Laknat. Sedang memikirkan slogan kempen ' I DON'T LIKE McDONALDS'. Ok ke?Baru2 ini mama dpt tahu dr E-News,Mc Donalds dan Bedtime Story cerita Adam Sandler jelas menyatakan yg dia akan menggunakan hasil keuntungan cerita utk derma pd Israel. Mesti boikot ni. Sy tak mahu dikatakan "Oh,kamulah yg 'membantu membunuh' Palestin..."