Personally I admire his effort and felt relief as I am actually quite scared to start working . You see, I am not the creme de la creme in pharmacy faculty. Just a typical plain jane who have to strive smart and hard to get my degree in Pharmacy course. Plus with SLE it double the effort in everything. So for my friends I post this entry to share about the blog and hopefully we could empower our career as pharmacist. InsyaAllah..=)
A writer is a good reader. A writing is a tale of wisdom. And wisdom comes from those who read and think....
Wednesday, July 6, 2011
Blog untuk ahli farmasi.
Personally I admire his effort and felt relief as I am actually quite scared to start working . You see, I am not the creme de la creme in pharmacy faculty. Just a typical plain jane who have to strive smart and hard to get my degree in Pharmacy course. Plus with SLE it double the effort in everything. So for my friends I post this entry to share about the blog and hopefully we could empower our career as pharmacist. InsyaAllah..=)
Monday, May 9, 2011
the final: It's achieavable.
Walau dalam misi menyelesaikan sesuatu,segala ranjau berduri,panas terik matahari,diuji sakit tidak terubat dan keadaan menguji kesabaran sebuah iman yg masih dikira bertatih-tatih. Saya,mencintai semua ini.
Dugaan mencari ilmu,merupakan satu jalan pendakian jatuh,bangun,daki,terjatuh lagi dan kini masih mendaki. Cuma puncak yg baru pula. Setiap halangan menuju ke puncak. Sy terima,walau tidak terkira air mata yg menangisi episod perjuangan ilmu ini. Entah berapa kali sy jatuh tersungkur dan bangun lagi.
Yang pasti,hanya Allah menjadi teman menangis,mengadu,sujud,syukur,kasih dan segala yg sy perlukan. Hanya Dia. Dan antara cinta-cinta yg pernah sy alami,hanya Dia yg sentiasa kekal dan menemani. Agungnya kasih Allah! Subhanallah!
Sayalah yg lalai mengingat Dia. Saya juga hambaNya yg menangis kemudian ketawa tanpa malu. Saya,sebetulnya hanyalah Hamba. Betapa kerdilnya kita jika dibanding rahmat Tuhan Yang Maha Besar.
BUKAN AKHIR
Ini bukan tanda akhirnya sebuah perjalanan. Ia cuma petanda akan bermulanya sebuah perjalanan baru yg lebih mencabar dan penuh pengajaran.Sy mahu terus belajar,dan belajar dan belajar hingga ke liang lahad. Kerana adanya kasih sayang Allah pd manusia yg kasihkan ilmu. Kerana itu sy mahu terus belajar. Sungguh berharap agar sy dapat merasa kasihNya dalm perjuangan ilmu. Semoga sy terus yakin dan berusaha.
"Life is no straight and easy corridor along which we travel free and unhampered, but a maze of passages, through which we must seek our way, lost and confused, now and again checked in a blind alley. But always, if we have faith, a door will open for us, not perhaps one that we ourselves would ever have thought of, but one that will ultimately prove good for us."
p/s: Sy mendoakan kejayaan untuk semua rakan2 seperjuangan. Semoga berjaya dunia dan akhirat. Ameen.^^
Wednesday, November 3, 2010
ESCAPISME-Exclusively November.

Sunday, August 29, 2010
HAMBA YG TERUJI
Tahun akhir,semester 7 memberi impak yang sgt besar. Terutama tekanan dari segi pengajian dan proses berulang-alik dari rumah sewa ke kolej. Kesihatan sedikit menurun akibat tekanan yang semakin meningkat.
Sangat penat dan menyakitkan badan apabila setiap Selasa sy perlu memandu pulang ke rumah. Tepat jam 8 pagi, hari Rabu memandu pula ke PPUM untuk mengedarkan questionnaire kepada responden sehingga jam 2 petang.Dan jam 4 perlu balik semula ke puncak alam untuk pergi ke kelas esok harinya.
Subjek Pharmacokinetics,CVS,Infectious,Pharmaceutics dan International Business juga mempunyai tekanan tersendiri.
Saya sudah tidak punya hati lagi meneruskan kajian di HUKM kerana masa yang suntuk dan tuntutan pengajian yang stress semester ini. Minta maaf Dr. Norella,buat masa ini responden sy tertumpu di PPUM.Terima kasih atas tunjuk ajar doktor selama ini,ia merupakan pengalaman terbaik dan terindah yang pernah sy alami.Terima kasih sekali lagi.
I HATE WHINING
Last whole May, SLE gave me a serious attack. Well,the truth is I usually have attacks every semester. And the lucky thing is,it occurs every semester break. But last May,was the worst. It was unimaginable pain at every muscles and it shattered my spirit a bit,since I always take care of myself quite well before. Fear came and it somehow haunt me for a while.
I am afraid of another attacks and of course my biggest wish is please don't let my vital organs affected.... I can't bear the pain anymore... Plus it is an emotional downturn to be a helpless individual. I need to be able to survive and feed my own. I don't want to be a burden to anyone.It's hard.... cause I don't usually whine about all the pain,struggle,hardship and chaos when SLE shift it's gear to attack and ruin my entire life. But still,I'm a human being.
When something chronic with unimaginable pain happen to you,it somehow become a private battle. It's you and the disease. No one else.
But the nasty thing is, the disease will give it share of control in your life instead of you alone.And at that time,whether you love it or hate it,people around you will be involve.Watching the one you love most have to struggle with you,is my number one weakness. Cause when I love,I only know how to give.
Even in the worst circumstances,I still don't know how to take or receive.Pity....
ALLAH,PLEASE GIVE ME STRENGTH...
Thursday, July 8, 2010
Not just simplylife.
Sepatutnya sangat sibuk dengan assignment minggu pertama final year. Sangat sibuk sebenarnya. Malah rutin asrama sudah tidak wujud sama sekali. Kali ini menghuni rumah sewa bersama My Girls.
Terima kasih kepada Mar krn berjaya mendapatkan rumah yg sesuai di Puncak Alam dalam masa yg sangat sekejap. Jujur sy katakan agak sukar menyesuaikan diri untuk beberapa hari ini. Masuk hujung minggu baru saja sudah menemui rutin yg sesuai dengan pertukaran tempat penginapan.
Malah semester 7 kali ini pun tidak kalah sibuknya malah lebih daripada semester 6. Menghabiskan research dan subjek baru Pharmacokinetics yg mencabar kekuatan mental dan fizikal. Perjalanan seawal 7.30 pagi dari rumah sewa ke fakulti. Sejujurnya pengalaman baru ini mengujakan dan sesuatu yang baru. Ia mencabar,dan sy menyukainya.
MENGDEFINISI DIRI: SAYA SEORANG HAMBA-NYA.
Sejak membaca Langit Ilahi,konsep menjadi seorang hamba berjaya disampaikan dengan baik dan muda difahami. Konsep hidup itu ibadah juga merupakan satu bahanbacaan yang baik. Cuma sy rasa sedikit sedih kerana masih tidak dapat membeli buku yang ditulis oleh Ustaz Pahrol Muhd Juoi. Sy sangat menyukai karya beliau...Malah menyedarkan.
Bagi saya,tahun ini sy hadiahkan diri keberanian dan keyakinan untuk mengharungi hidup yang serba mencabar. Segala perkara yg tak dijangkakan boleh berlaku. Ya, ketentuan Ilahi itu qada' dan qadar.Maka sebagai manusia, mesti menerima,menghadapinya dengan sebaik mungkin dan jangan putus asa dengan rahmat Tuhan.
Saturday, May 1, 2010
RAINING MAY-come away with me....
It's not them why I refuse, it's me. I am easily tired,close to chronic fatigue even for the normal activities everyday.
my fav songwriter-singer;Norah JonesIt is a 'normal' situation for SLE people like me. So I choose to spend time resting all the time. For this hectic semester 6, I keep pushing myself close to exhaustion. Thanks to my super ego and obsession to do my best in everything,I end up packing my bag spending study days at home.

I choose to 'heal' at home, physically,mentally and emotionally. And thank you so much Mum and Dad for being the best supporter ever in the best and worst time of my life. I love both of you so much,and may Allah bless you all the time.
RAINING MAY
Plus it's hard for me to explain everytime why I can't do this or that. You get funny expression cause from other person's view I look fit on the surface. Maybe too fit due to steroids side effects.You get tired try to explain that what ever decision you make it is based on your health while you perfectly look well to them.Only my family esspecially mum and dad knew exactly why I do what I have to do.
They are the ones with me when I'm healthy and when I am at the emergency department down due to SLE attacks. Reminding me of my health state,my medications and all the DON'T list.It's hard sometimes... to make people understand if they don;t want to understand.

So I choose not to explain. Keep it quiet and live my life well. It's raining May, and I already have my umbrella.=)
SLE,ME,LIFE,STUDY
My research have been well accepted by 2 co-supervisor at the chosen hospitals,PPUKM and PPUM. Alhamdulillah, thank you Allah the most Merciful.
It's the data collection I'm feeling a bit worried about. 222 SLE patients for PPUM and 289 people for PPUKM. Imagine the amount of respondent and statistical test I need to do.
This time, I keep the BALANCE with my watchful inner eye. This time, I want to score but I want to be SINCERELY HAPPY while scoring.And HEALTHY too. I'm praying hard and smart that all my papers pass with flying colours and research are done well to earn honours in my B.Pharm.
Face it, kejayaan tidak bermakna jika kita tidak tahu TUJUAN kejayaan itu apa.
p/s: Belajar untuk mencari REDHA Allah. Letakkan dunia itu di tapak tangan dan Akhirat genggam kuat-kuat dalam hati.=)
Saturday, April 10, 2010
Musim-musim peperiksaan
Ujian kali ini terasa berat benar.Jika tidak kuat, tidak sabar, saya tidak tahulah apa akan terjadi. Musim peperiksaan kali ini memberi sejuta satu rasa yang serba menduga. Semoga ketemu kekuatan dan hikmahnya.
Ya,moga-moga.
p/s: Rakan-rakan UITM sekalian, SELAMAT MEMBUAT PERSEDIAAN DAN MENEMPUH FINAL!
Wednesday, March 17, 2010
Menunggu anda di Subang Parade. Jemput datang ya...=)

Persediaan Health Screening sudah sampai kemuncaknya semalam. Kami memulakan training simulasi dengan memberi perkhidmatan health screening yang merangkumi bacaan tekanan darah (Blood Pressure),Glukosa dalam darah(Blood Glucose) dan Kolesterol dalam darah(Blood Cholestrol).
Sesi mesyuarat terus diadakan demi mengkaji kekurangan dan mencari alternatif untuk membaiki kondisi health screening agar memudahkan orang ramai.
Diadakan di Subang Parade di hadapan Fitness First, jam 11 pagi hingga 11 malam.Ada pameran,ceramah oleh MAKNA.Dan semua test ini hanya untuk RM 10. Sesi kaunseling disediakan dan anda bakal mendapat goodie bag percuma.Jadi jemput-jemputlah datang ya?
p/s: Sy kepingin berjumpa Kang Abib di pesta buku 20 Mac ini,namun demi kerja harus sy korbankan. Kempunan....
Friday, February 26, 2010
Pilih aku utk merindu.
Tetapi akhirnya lain pula yg jadi. Menjenguk hampir ribuan senarai ubat di Master Copy Pricing list,mula jam 9 malam hingga 11 lebih baru saya selesai key in data. Ditambah pengiraan setiap unit ubat memandangkan sistem di Inpatient department menggunakan Unit Dose bukan Unit of use.
Maksudnya setiap patient di wad dibekalkan dengan 2 biji panadol untk 3 kali makan sehari jika preskripsi doktor mahukan begitu. Unit of use pula dalam sistem bulk,boleh saja bekalkan 1 strip panadol,kan senang kerja.Namun demi mengurangkan medicational error,unit of dose lebih effektif.
BERSANDAR PADA KEHAKIMAN DIA
Jika tidak dibekalkan sunnah baginda,bisa saja saya lakukan kerja sambil lewa. Tetapi Kekasih Allah itu sudah berpesan dalam kuliah terakhir baginda sebelum wafat.
Maka,kerja sesukar mana pun, jika niatnya betul,InsyaAllah dapat dilakukan sengan bersungguh-sungguh. Kerana yang menilai bukan manusia,tetapi Dia yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui.
Kepenatan menjengah setiap ruang badan. Hingga saya perlu tidur dahulu selepas maghrib akibat kepenatan sepanjang hari yang melampau. Hujung malam baru dapat bangun semula,selesaikan bacaan Al-Quran,solat Isya'dan menyambung semula kerja hingga Subuh.
Dan kerinduan bermunajat menjengah diri. Malah rindu semakin menjadi-jadi.Semoga Allah izinkan saya ketemu keseimbangan dalam melaksanakan tanggungjawab di dunia dan akhirat.
Amin.
SALAM MAULIDUR RASUL RAKAN BLOGGERS!! ^^
Sunday, February 21, 2010
Impikan Sumayyah
Seminggu ini seperti bukan cuti pun. Sabtu dan ahad dipenuhi undangan kahwin rakan dan aktiviti mengeratkan hubungan. Isnin hingga Jumaat pula diserbu assignment berjela dan literature review research.

Ini pertama kali sy berasa penat ketika bercuti. Terkenang yg sy dan rakan sekuliah menjelajah hospital UKM demi mendapatkan prosedur kajian yang betul. Allah itu Maha Pemurah... Kami dapat bertemu dengan Prof Datin Norella Kong yang merupakan seorg doktor berwibawa dan sentiasa menjalankan kajian mengenai penyakit SLE.
Hamdalah berdengung di ruang hati.Syukran Ya Allah. Bukan mudah dapat bertemu idola bidang pengkajian seperti beliau. Betapa gembiranya hati hanya Allah saja yang tahu. Beliau turut mahu membantu dan memberikan standard protokol research yang perlu dihantar nanti.
Usai pertemuan dgn beliau,datang pula senarai tugas kerja yang baru. Menulis literature review dan proposal research. Dan syukur Alhamdulillah juga sy bertemu tajuk research yang sesuai dan hanya ada satu minggu untuk menyelesaikan protokol sebelum proses permohonan membuat kajian di hospital terpilih dijalankan.
Terbeban juga diri sebenarnya.... Mengenang kudrat pejuang Islam di medan perang dan semangat seorang wanita bernama Sumayyah,sy tidak jadi mengeluh. Ini baru 'perang' pen dan kertas!
Sajak: Puisi juga sudah terukir.
Semalam,
bersendirian mengharungi sepi kota
Sambil terkenang kembali
memori pilihan
Namun,
kenyataanya Adam tetap sunyi tanpa Hawa,
Tergigit hati dengan realiti,
Tersentuh naluri dengan fitrah yg terpenuhi.
Kagum,kaget dan semuanya bercampur baur.
Harus bagaimana diri mencari erti kebahagiaan sejati?
Wajar ditipu diri, atau...
Berani menghadapi pilihan sendiri?
Kelak,
Kelak pasti ditemui ketentuan Dia,
Kerana bukanlah mahu menuntut nafsu semata,
Sudah janji yg segalanya sudah diserah pada Dia,
Puisi juga sudah terukir,
Aku percaya pada Tuhanku yang mencipta langit dan bumi,
Menguasai alam nan semesta,
Telah Dia ciptakan jodoh untukku,
Yg menanti sama seperti aku menanti dia,
Penuh kesucian,keimanan dan ketakwaan,
InsyaAllah,
Dengan Izinnya kami bertemu,
Di bawah naungan redha Nya
Kami bersatu.
hanum maisarah,1.05 pagi,Puncak Alam
Wednesday, February 10, 2010
Lupakan aku Februari!
Memaksa diri dalam penat melampau untuk memuhasabah diri. Setiap saat yg ada bagai emas tak ternilai,kerana sudah maklum akan jadual padat esoknya.Begitulah rutin kini. 5 hari setiap minggu yang sarat.
Walau penat tak terlarat,sempatkan juga bacaan Al-Quran atau solat sunat 2 rakaat. Kata Mama, Allah itu tetap pertama dalam segala hal pun. Memujuk dengan cerita sabar hasil kelas tazkirahnya di Pusat Islam Shah Alam.
Mengganti gelisah dgn tenang. Pinjamkan tenang dan cintaMu ya Rabb. Yang telah aku hilangkan dengan urusan duniawi yg remeh dan melalaikan. Pinjamkan semula kemanisan sujud dan ruku’ dalam solat 5 waktu yg terkdg aku terkejar-kejar mengerjakannya.
Pinjamkan cintaMu itu agar ruang hatiku tidak dipenuhi cinta yang lainnya.
Febuari,
Janji bertemu di ruang KLIA yang tidak bertamu,
Segala tentang kita Dia saja yg lebih tahu,
Aku,kamu hanyalah sebuah omongan tatkala senja,
Biarkan saja malam datang pada kita.
Lupakan aku Februari!
Lupakan kisah khayalan,segala dongengan.
Kerana aku punya sebuah cinta pasti.
Antara Dia dan aku,
tidak pernah ada kamu.
Beritakan angin, tegaknya pohon zaitun di tanah gersang Anbia,
begitulah tegaknya sebuah cinta hamba.
Akhirnya tetap pada yang Maha Pencipta.
Lahir dan matinya.
Usah bertanya lagi.
Lupakan aku,Februari!
FEBRUARI YANG BERKUNJUNG
Maafkan saya rakan bloggers. Sy tahu blog agak bersawang. Namun sy tak nafikan dengan 2 hari seminggu bilik kosong tepat jam 7 pagi hingga 7 ptg nanti,proposal research yg perlu disempurnakan,kelas 9 jam berderet ditambah mengurus keperluan diri sehari-hari menyebabkan sy perlu amat pada PRIORITISING.
Syukur, pening migrain yg hinggap hanya kadang kala saja. Itupun akibat tension dan fizikal badan yg diuji sakit. Apabila dibanding ujian saudara seagama di Palestin,mereka pasti tersengih menyindir. Apalah sangat diri yg diuji x seberapa tetapi menggelabahnya bukan main
Itulah kebarangkalian jwpn mereka pd ujian sy yg kecil lg kerdil.Ketika itu juga, sy akan malu sendiri. Malu pada Dia yg masih Maha pengasih setiap saat setiap hari.Kerdil mengenang diri yg kdg2 hilang sabar diuji masalah remeh .Andainya mampu,pasti sy tekan butang ' pause' pada segala kecelaruan emosi tatkala diuji bermcm2 ragam manusia dan kejadian.
Perancangan yg tak menjadi,karenah rakan sekerja ditambah beban kerja yg berderet datang bagai gerabak keretapi yg tiada penghujung.Lepas satu pergi,satu lagi muncul.
Semester 6 ini menguji kekuatan mental,jiwa dan fizikal. Jujur sy katakan andai tiada Dia,entah bagaimanalah mahu meningkat sabar kepada redha.Subhanallah..subhanallah...subhanallah...
Februari ini, planner saya sudah dipenuhi dengan pelbagai pen bewarna. InsyaAllah... ya InsyaAllah akan sy selesaikan segala kerja dgn sempurna. Mohon izin dariNya.amin.
p/s: baru dapat cuti seminggu. ^^
Saturday, January 30, 2010
Bukan Tin Bukan Ubi.
Questionnaire merupakan alat research yg paling sukar sebenarnya. Kerana ia bukan kerja makmal yang penuh dgn kuasa memanipulasi.
Membuat soalan yg mampu membuktikan hipotesis anda benar atau salah amat sukar kerana soalan ialah manifestasi kepada statistik atau 'ukuran' ekspresi manusia. Qualitative dan Quantitative.Maka sy berusaha sedaya upaya mendapatkan Validated Questionnaires dari Jurnal Kajian yang telah diterbitkan.
Dan kekurangan kajian saya perlu diteliti satu persatu agar saya 'berpijak di tanah'dalam membuktikan sesuatu hipotesis.
Ya,optimis yang research sy mampu membawa kebaikan dan membuktikan hipotesis saya itu benar. Namun realistik dalam pembuktian yang soalan research saya tidak mampu membuktikan segalanya dgn tepat.

Benarlah Allah itu Maha Besar dan Maha Kaya,sepandai mana manusia itu,seorg hamba tetap tertakluk di bawah Kebesaran KekuasaanNya.Subhanallah...Subhanallah...Allahuakbar!
SUDAH JANJI PADA DIRI
Apabila diskusi mengenai Pharmaceutical Care,perkara yg paling dititik beratkan ialah kesahihan dan ketepatan maklumat dan diskusi saya.
Mencebur bidang khidmat kesihatan mempunyai cabaran tersendiri. Berganding bahu dengan doktor,nurse,dietician,ahli farmasi lain serta berjumpa pesakit memberi dimensi perkhidmatan kesihatan yang berbeza.
Setiap kata ialah penanda aras ilmu anda. Setiap patah perkataan itu melambangkan betapa seriusnya anda terhadap kerjaya anda. Malah kata-kata itu lambang peribadi yang kritikal dalam bidang kerjaya.
Maka,sy tidak mahu sebarang kata keluar dari dari ini. Segalanya mesti PASTI. Paling tidak pun jika tidak tahu seeloknya bertanya pd yang tahu. Mesti TAHU,MAHU dan MAMPU.
Justeru janji saya pada diri,tidak mahu menjadi sperti tin yang bising tetapi kosong ilmunya,ataupun ubi yang diam berisi tidak tahu menyampai ilmu apatah lagi mengaplikasinya.

Di hospital ini sy belajar utk 'mentadbir' diri. Di sini tiada cikgu atau sesiapa pun yg menegur mahupun membetulkan diri. Pandai-pandailah membawa diri. Menjaga diri agar kerja telus dan sedar yang Dia memerhati. Betapa dewasa ini dipenuhi tanggungjawab yg mencabar dalam dan luar diri.
DALAM SIBUK ITU SEKEPING HATI INI MERINDUMU
Setiap hari Isnin hingga Jumaat semester 6 dipenuhi jadual kelas menggila dan pergi jam 8 pagi balik jam 8 malam pula. Macam bekerja cuma tidak dapat gaji.

Dapat assignment,dapat discussion,case study dan comment pensyarah. Penat? Sy tidak mahu menggunakan perkataan itu. Kerana sy rasa agak bahagia dgn kesibukan ini.Kesibukan yang bermakna dan terurus berbeza dari kesibukan yang dibuat-buat atau haru biru.
Mengurus kesibukan membuat diri berasa penting sementelah setiap kerja yg dilakukan pasti Allah menghitung kebajikannya. Sy bahagia. Cuma sy mahu lebih gembira melakukan kerja secara profesional dan mencapai keseimbangan dunia aikhirat.
Tidak mahu terlalu mengejar dunia yg serba mengasyikkan lalu tenggelam dgn 'kebahagian urusan dunia'yg tidak pasti balasan Akhiratnya apa.Apabila sy dispens ubat sy tahu Allah memerhatikan sy meletakkan ubat dlm bin pesakit dan pesakit mendpt ubat dan dos yg betul. Redha Allah dan hikmahnya ada.

Namun sy tak nafikan kdg2 sy sibuk terlupa Allah yg sentiasa ada utk sy. Kerana sy rindukan juga saat-saat bahagia ketika sy dapat bersama Dia dlm sujud malam atau awal pagi yg bening. Masa saya dan Dia yg begitu pincang membuat kekosongan hinggap dan melalaikan.
Saya rindu pd ketenangan dlm sujud dan ruku' itu. Aih..... tugas tetap tugas. Solat tetap solat. Khusyuk pula? Istiqamah? Kemanisan beribadah? Begitulah dewasa ini. Sy mencari keseimbangan baru dlm tugasan yg semakin mencabar dan menekan dari pelbagai arah,
p/s:Temukanlah aku dgn redhaMu dlm setiap saat hidupku... Ya Allah....Bantulah hambaMu.....
Friday, January 22, 2010
Bukan sekadar dispensing.
Pertamanya saya sgt gembira dgn prosedur 'Bedside Dispensing' yg membolehkan ahli farmasi klinikal melawat pesakit yang akan discharge dari wad dan melakukan sesi kaunseling ubat-ubatan. Ia satu prosedur yg membolehkan semua perkhidmatan kesihatan menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Ahli Farmasi dgn kaunseling ubat-ubatan,Dietician dgn kaunseling pemakanan dan Doktor yg merupakan Diagnose Maestro.Begitulah kira-kiranya pd pengamatan kerdil sy sepanjang 2 hari praktikal di Hospital Selayang. InsyaAllah sy akan bertugas pula di bahagian paling penting Farmasi iaitu Stor ubat-ubatan.
STOR ITU NADI JABATAN FARMASI
Nama saja stor tetapi ketahuilah jika tiada tempat bernama stor ubat-ubatan pasti kesemua aktiviti hospital itu lumpuh. Seperti peti ais yg mampu menyimpan pelbagai bahan masakan seperti itulah pentingnya stor ubat-ubatan kepada Jabatan Farmasi.
Tampak mudah dan kecil saja namanya tetapi di sinilah ubat CDR(cytotoxic drug) yg penting utk cancer treatment,Insulin pesakit Diabetes dan segala produk ubat-ubatan yg didapti di tgn pesakit hospital tersimpan. Itu belum lagi Dangerous Drug stor yg menyimpan dadah merbahaya dan sering disalah guna seperti morfin.

Ia menguji betapa bertanggungjwabnya ahli farmasi terhadap barang yg diterima,disimpan dan dibekalkan ke seluruh hospital. 3 perkara penting ujar Profesor Mansor,pensyarah Klinikal Farmasi kami;
ALTER EGO
Namun ada satu perkara yg ingin sy tekankan di sini.Bagi sesiapa yg ingin mendalami bidang kesihatan sy ucapkan semoga berjaya dgn cemerlang dan dapat memberi khidmat terbaik demi Redha Allah.
Tetapi jika wang dan gelaran yang anda kejar,maka sy anjurkan agar menilai semula di mana letaknya integriti dan tujuan hidup diri.
Kerana di hospital ini terutama hospital kerajaan workload nya sgt banyak dan kdg2 menduga.Pesakit dari pelbagai bangsa,agama dan sejuta satu ragam manusia. Sedikit kesilapan dan alpa memberi impak yg besar kepada perkhidmatan kesihatan.Malah kaunseling pesakit ini bukannya seperti kaunseling orang sihat.
Kita perlu sudah sedia maklum yg pesakit terdiri dari pelbagai umur. Mak cik,pak cik,adik, bayi,ibu dan segala jenis manusia yg boleh didapati dlm semua peringkat umur. Kemampuan mereka memahami penjelasan kaunseling kita. Jika yg berumur ada yg tidak berapa dengar malah ada juga yg sukar faham.Kadang-kadang ada yg membantah,berdegil mahu dgn herba atau sekadar senyap sunyi tanpa sebarang kata.

Itulah hakikatnya. Hospital bagai sebuah lagi 'Universiti Kehidupan' yang bakal mengajar segala perkara yg tiada dlm buku teks sains perubatan mahupun index MIMS farmasi.Di sinilah perlunya SABAR & EMPATI DLM MEMBERI PERKHIDMATAN.

Belum dikira akan keperluan fitrah diri.Kesibukan yg melampau boleh saja menelan personaliti diri lalu tenggelam tanpa keseimbangan dalam diri.Berjaya dlm kerjaya tidak semestinya boleh berjaya membina keluarga bahagia. Pokoknya setiap cabaran ada penyelesaiannya.
Pernah sy terbaca dlm manjalah Nur yg mewanwancara seorg ahli Farmasi yg bertugas di pusat kesihatan Islam. Beliau berkata Mahu,Tahu dan Mampu.
Adakah anda benar-benar TAHU apa yg anda lakukan?
Adakah anda benar-benar MAMPU melakukannya?
Tepuk Dada,Tanyalah Hati.
Saturday, January 16, 2010
Si pengkaji ini kerdil.
Nekad sy mahu ke pejabat pslem yg berdekatan dgn Pusat Perubatan Universiti Malaya. Target sy mesti mendapatkan buku dan maklumat daripada persatuan ini.
Sudah acapkali sy mahu pergi ke sana,tetapi ketika itu ada saja pelbagai kekangan. Terutama sekali dari segi masa.Tetapi,kali ini demi mendapatkan maklumat research undergraduate,sy tetapkan matlamat dan melaksanakannya.
- Pertama-tamanya agak sukar membeli buku mengesai SLE di kedai buku Malaysia,kerana ia mahal.
- Kedua biasiswa sy cukup-cukup saja untuk semester 6 ini memandangkan kami perlu membeli buku yang setiap satunya beharga RM 50 ke atas. Malah buku Drug Info saja menelan RM 223 paling kurang.Itu pun setelah negotiation oleh wakil kelas kami.
- Ketiga,saya mahu mendengar sendiri segala maklumat dan luahan ahli persatuan SLE yang senior yg telah menghidap penyakit SLE selama 20-30 tahun.

Ia satu perjumpaan yg berbaloi-baloi. Bak iklan celcom my spy lah katakan. Sy diketemukan dgn tunjang masalah pesakit SLE di Malaysia. InsyaAllah,dgn maklumat ini dapatlah sy bincang dgn supervisor dan menganjurkan tajuk proposal undergraduate research sy nanti. Ya,InsyaAllah...
PATIENTS-DOCTOR RELATIONSHIP
Malaysia kekurangan pakar Rheumatologi yang dpt merawat pesakit autoimmune seperti SLE. Malah boleh dikira dengan sebelah tangan saja yang berkhidmat di hospital kerajaan atau Pusat Perubatan.Ia masalah yang besar. Kerana di kalangan doktor SLE adalah satu penyakit yang memerlukan monitoring khas. Persoalan yang dapat sy teliti ketika berbincang dgn PSLEM ialah:
Nisbah doctor:patients=Patients monitoring yang tidak lengkap.
Ini bukan berpunca daripada doktor. Ia masalah nisbah doktor:pesakit yang terlalu tinggi. Bayangkan terdapat 2000 lebih pesakit(ini yg berdaftar dgn pslem sahaja) di semenanjung Malaysia dan hanya 10 mungkin kurang daripada itu pakar Rheumatologi.
Bayangkan di Sabah terdapat 1 saja pakar Rheumatologi dan beliau terpaksa berulang-alik sekali sebulan ke Sarawak demi menemui pesakit yang berada di Sandakan.

Patients compliance/kepatuhan pesakit terhadap ubat-ubatan SLE.
Ya,prednisolone mempunyai kesan yang amat tidak baik terutama kepada tulang pesakit. Juga penambahan berat badan dan moon face jika diambil dlm kuantiti yg banyak. Malah pesakit yang hanya mild/SLE mereka di peringkat 1, kelihatan seperti tiada penyakit mudah saja tidak patuh pada pengambilan ubat-ubatan.Terutama kanak-kanak. Ada juga patients yg lebih senang mengambil Chinese Medicine/berubat kpg yang juga kadang2 mempunyai steroid.
Lalu apabila sudah peringkat Nephritis Lupus atau Cerebral Lupus,ia merupakan satu stage yang lebih merbahaya kerana ubat-ubatannya lebih mahal dan mempunyai kesan yang lebih teruk daripada prednisolone.Bayangkan Cellcept utk pesakit Lupus Nephritis saja RM 430 satu strip! Sebulan berbelanja RM 1000 hanya utk 1 ubat saja.

Kaunseling pesakit mengenai ubat-ubatan dan cara hidup.
Sesi kaunseling ini penting. Ini kerana SLE ialah penyakit seumur hidup. Malah pesakit berhak mendapat reason/sebab yg munasabah mengapa mesti mengambil ubat-ubat tertentu. Di sini sy dpt lihat peranan ahli farmasi yang dpt megurangkan beban doktor. Cuma perlu diingat ahli farmasi ini mestilah tahu mendalam akan pengetahuan klinikal dan mempunyai kefahaman tinggi thdp penyakit itu sendiri.
Bukan salah doktor tidak memberitahu pesakit akan kesan-kesan ubat atau tidak dapt kaunseling pesakit. Sudah diberitahu akan masalah statistik pesakit dgn doktor yang yang terlalu tinggi.Di sini NGO seperti PSLEM juga memainkan peranan dgn aktif dgn sesi kaunseling dan mengedar brosur.Diet yang sesuai dan supplement yg sesuai boleh dikongsi melalui sesi kaunseling anjuran PSLEM.
MASIH LAGI KERDILJournal yg sy dapati di google scholar mengenai SLE research sgt banyak. Namun sy perlukan spesifikasi. Maklum sy ini hanya undergraduate student. Research sy mengambil masa hanya setahun.
"Simple but significant."Ini hasil perbincangan sy dengan Dr. Amir Ali Zain pakar rheumatologi di PPUM. Sy seorg patients dan juga student. Mungkin ada hikmah Allah menetapkan ketentuan ini.
Sejujurnya sy masih sangat-sangat kerdil berbanding segala research yg sy baca dalam dan luar negara. Betapa sy tertarik pada National Databank for Rheumatic Disease. Sy masih lagi dlm pencarian akan tajuk research sy yg paling sesuai. Simple,ya tetapi bermanfaat utk pesakit dan healthcare provider.
p/s: Doakan saya ya?^^

