A writer is a good reader. A writing is a tale of wisdom. And wisdom comes from those who read and think....
Saturday, November 10, 2012
Letting it all go.
Friday, March 11, 2011
Tidak semudah Bumi Cinta.
pic source:perantau89@blogspot.comOst Surga Untukmu meneman malam. Sudah lama tidak benar-benar menghayati sebuah lagu. Juga sudah lama sy tidak menghabiskan sebuah novel. Koleksi terbaru Bumi Cinta karya Habiburahman El-Shirazy sempat dihadamkan sebelum minggu klinikal bermula.
Karya beliau kali ini mempunyai beberapa topik yang menarik. Mengambil Rusia sebagai pentas utama yang menyajikan ujian yang berat amat kepada watak utama yang diberi nama Ayyas. Indah dan sy sendiri agak kecewa pada diri kerana terburu-buru sedikit menghabiskannya.
Bumi Cinta ada magisnya tersendiri berbanding AAC dan KCB. Isinya sangat international kerana ia benar-benar melibatkan perbincangan perbandingan agama yang memerlukan penumpuan tinggi ketika membaca.
Jujur. Novel ini menekankan integriti jati diri seorang muslim/muslimah di tengah-tengah masyarakat yang bertunjangkan nafsu,bukan Tuhan. Dan saya mendapat banyak informasi yang berguna dalam membaca Bumi Cinta.
MEMILIH CINTA?
Usai habis membaca novel,sy kembali pada realiti.Menyusun sijil untuk temuduga SPA April ini serta menulis beberapa perancangan dalam jurnal. Berfikir-fikir apakah sy mahu mengambil master dalam bidang farmasi selepas PRP. Meneliti beberapa pilihan dalam kerjaya.Aneh,beberapa rakan mengusik tentang soal jodoh dan perkahwinan di facebook. Tidak kurang beberapa soalan nakal dari orang-orang sekeliling. Sebenarnya,saya tidak mampu memahami cinta.
Apa yang saya mampu ialah berdoa dan memohon agar jauh dari cinta nafsu. Itu yang paling saya takut. Apakah sudah cukup ilmu dan kekuatan menghadapi badai dalam rumahtangga? Dalam keadaan saya yang sakit lagi kurang sempurna,mampukah saya menghadapi semua ini?
Sakit saya bukan pilihan. Ia ujian dari Tuhan. Tetapi untuk medirikan rumah tangga itu pilihan. Dengan siapa mahu dinikahi itu pilihan. Namun dalam posisi diri saya ini, saya tidak rasa sy layak memilih.
Dalam novel Bumi Cinta, Ayyas berhadapan dengan beberapa pilihan jodoh yg pelbagai. Juga dalam novel AAC dan KCB. Semuanya sempurna. Itu novel. Semuanya hampir sempurna. Cantik,berpendidikan, solehah, baik, pandai memasak, sihat dan the list goes on.
Namun, saya ini realiti. Hidup ini realiti. Dugaan ini realiti.Saya tidak mahu pilihan itu memakan diri.
DUGAAN SOLO
Dugaan membujang juga bukan sedikit. Fitnah, gosip, salah sangka dan segala label negatif mampu menguji iman di hati.
Apa yang saya ada, hanya kepercayaan pada Dia bahawa setiap ujian ada hikmahnya. Hentikan,ini bukan tulisan meminta kasihan. Ia tulisan realism.
Saya hanya mampu berdoa dan berharap yang baik-baik. Semoga Allah memakbulkan doa saya.
Monday, December 20, 2010
Biarpun hanya mimpi.
Tuesday, October 5, 2010
Raikan seadanya-Oktober
ROUGH OCTOBER

Alhamdulillah,kesihatan sy sedikit stabil. Terima kasih atas doa-doa kamu sahabat. Tidak sempat update blog,malah sangat sibuk memandangkan tahun akhir ini perlu berulang-alik ke hospital untuk praktikal.
Namun dalam segala kesibukan ini saya bahagia. Ada ketika penat melampau singgah. Dan sy perlu memujuk diri untuk berehat. Inilah sy sekarang. Sentiasa berjuang. Dan sy harap dapat melaluinya dgn penuh redha dan sabar. Amin.
SIMPAN CINTA PERASAAN ITU
Nekad saya andai jejak Rabiatul Adawiyah menjadi takdir,maka sy redha. Semoga ada hikmah-Nya. Harapan sy,semoga menemui kebahagiaan sy sendiri.
Maafkan sy yg lemah ini. Sy lah yg terlalu kurang lalu mesti menolak cinta kamu. Sy mahu kamu bahagia beristerikan perempuan sihat lg sempurna,mampu memberi zuriat dan menjalankan tanggungjawab dgn baik.
Untuk kamu,sy doakan jodoh yg terbaik.
KONGSI: CATATAN SESEORG-BIARLAH BERTEMU DI SYURGA
Ketika saya membentangkan sejadah untuk dia menunaikan solat. Ketika itulah hati saya paling berbunga-bunga. Dia lelaki soleh. Dan jantung sy berdebar apabila dahinya menyentuh sejadah yg saya bentangkan.Dan tangan sayalah yang menyentuh dan membetulkan kain sejadah itu agar tepat pada arah kiblat,khas kiranya. Untuk seorang suami yg suka beribadah,baik akhlaknya dan ikhlas mencintai saya.
Namun saya tahu cinta dia tetap tidak melebihi cintanya sebagai hamba kepada Allah.Pendek kata kerana cintanya pada Allah,kami menikah.
Majlis kami sederhana. Penuh dihadiri orang tersayang,keluarga dan sahabat serta terhias seadanya.Memang itu pun majlis impian saya. Hanya 1 baju baru untuk tunang dan nikah. Dimulai doa,khutbah nikah,akad dan diakhiri jamuan tanda kesyukuran.
Selesai majlis,solat sunat bersama. Dia berdoa lalu diaminkan sy. Harapan dia,doa dia merupakan harapan saya dan doa saya. Semoga Allah mengabulkannya. Semoga keluarga kami dilimpahi keberkatan dan merupakan keluarga mawaddah.Doa kami,bercinta,bersama biarlah sampai ke syurga.
p/s: catatan ini sy jumpa dalam catatan milik seseorang. Saja mahu berkongsi.=)
Wednesday, September 29, 2010
Love,life and everything in between. Only for You,Allah.
"Num, aku dh deliver petang tadi. Semua OK. ^^"
Hati saya dilimpahi rasa yang tidak dapat digambarkan. Sahabat saya sudah bergelar seorang ibu! Subhanallah.... Anugerah yang terbesar buat pasangan yang sudah berkahwin ialah mempunyai anak-anak sebagai penyeri rumah tangga.
Dan kawan saya ini sudah mendapat anugerah tersebut. Saya turut merasa gembira dan merasai tempias kesyukuran. Allah Maha Besar.Allah Maha Besar.Allah Maha Besar. =)LOVE,LIFE & EVERYTHING IN BETWEEN
Namun inilah kehidupan.Ini bidang yang saya pilih. Walau diuji sekuat mana,saya mesti bersabar. Biarlah air mata tumpah berkali-kali. Hakikatnya saya ini manusia biasa yang merasa sakit,sedih serta mengharap seperti manusia yang lainya.
Kehidupan ini tidak sunyi dengan ujian. Ya,sesiapa pun kita di muka bumi ini,kita ini hanyalah HAMBA.
Apa jua aktiviti kita ini sebagai khalifah di muka bumi pasti akan disoal. Maka seboleh-bolehnya saya mahu hidup dengan baik.Dari Ibnu Umar bahwa seorang lelaki mendatangi Nabi saw dan berkata,”Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling diicintai Allah ? dan amal apakah yang paling dicintai Allah swt?”
Rasulullah saw menjawab,
Dan sesungguhnya aku berjalan bersama seorang saudaraku untuk (menuaikan) suatu kebutuhan lebih aku sukai daripada aku beritikaf di masjid ini—yaitu Masjid Madinah—selama satu bulan.
Dan barangsiapa yang menghentikan amarahnya maka Allah akan menutupi kekurangannya dan barangsiapa menahan amarahnya padahal dirinya sanggup untuk melakukannya maka Allah akan memenuhi hatinya dengan harapan pada hari kiamat.
Dan barangsiapa yang berjalan bersama saudaranya untuk (menunaikan) suatu keperluan sehingga tertunaikan (keperluan) itu maka Allah akan meneguhkan kakinya pada hari tidak bergemingnya kaki-kaki (hari perhitungan).” (HR. Thabrani)
p/s: Berharap dpt jumpa Maher Zain.;)
Wednesday, September 22, 2010
CINTA-awak sanggup tolak saya?

KERANA MU,AKU BERSABAR
"Biar buat kerja lambat asalkan jgn buat kerja cepat tapi salah."Cepat saja dia melancarkan serangan mulutnya itu.
Aduh... sy benar2 terasa. Sy akui saya cepat dalam menyiapkan kerja. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu kerja melambak kerana saya tahu kesihatan saya ini cepat pasang surutnya. Sejak mula praktikal di hospital saya cuba sedaya upaya memberi komitmen menyiapkan semua tugasan dengan baik.
Walaupun sekembali dari hospital kepala sy diserang migraine. Bukan sekali perkara ini berlaku. Berkali-kali hingga sy sendiri sudah boleh mengesan dengan tepat bila demam dan pening yg bakal menyerang.Rutin hospital bermula dengan bangun jam 5.30 pagi,bersiap utk ke hospital,naik bas jam 6.30, mula bertugas jam 8 hingga berakhir jam 5 petang sudah cukup menyeksakan fizikal saya. Dan waktu senggang yg ada sy amat perlukan untuk berehat.
Saya ini pesakit SLE. Penat saya bukan penat biasa. Penat saya mampu menyakitkan. Kerana itu sebolehnya sy mahu segera menyiapkan tugasan jika ada masa di hospital. Di rumah sewa,sy mahu mengulangkaji dan berehat secukupnya.Ini sebahagian dugaan saya. Cuba menjadi team player yg baik walau kdg2 ahli sekerja sy banyak yg tidak faham keadaan sy malah tidak membantu pun. Sy dianggap lembap,bodoh dan menyusahkan.
Tiada bantuan. Cuma kata-kata yg menyakitkan. Namun,demi matlamat utk menghabiskan pengajian sy diamkan saja. Kebiadapan rakan setugas sy balas dengan diam. Cukuplah Allah memahami saya. Saya mengumpul redha dalam keadaan diuji bersangatan.
ADA YANG LEBIH SUSAH
Bermula jam 8,kami sudah memasuki wad untuk menyemak file pesakit. Kes saya kali ini ialah pesakit colorectal cancer. Atau kanser usus besar. Kebanyakan pesakit terdiri daripada lelaki.Kami memasuki wad pesakit perempuan di tingkat 3 pula. Meneruskan pembacaan file pesakit demi mencari kes utk Cytotoxic Drug Monitoring. Untuk colorectal patients,pesakit perempuan agak sukar ditemui.
Kebanyakan file yang dibaca ialah pesakit kanser payudara. Dan sy terhenti agak lama di salah satu katil pesakit. Saya memandang tepat wajah beliau. Mukanya pucat malah sudah memakai scarf kepala tanda alopecia(rambut gugur).Mengikut filenya, kanser payudara sudah berada di Duke D stage.
Di sebelah beliau terdapat sebuah kerusi malas di mana sy lihat seorang lelaki pertengahan umur sedang berehat. Wajahnya menampakkan tanggungan kesusahan yang tidak mampu dikatakan. Sy dapat agak yg pakcik ini merupakan suami kepada pesakit saya.
SANGGUPKAH KAMU?
Sy tahan air mata. Di hospital yang serba sederhana ini sy menemui cinta suami isteri yang tinggi nilainya.

Remaja di luar sana, jika sedang ghairah mencari cinta. Sy ingin berkongsi soalan ini. Andainya semasa sihat dan senang ini sentiasa bersama,sanggupkah pasangan anda dalam susah dan sakit juga masih sentiasa bersama?
Sedalam mana cinta monyet itu? Sanggupkah awak tolak kerusi roda saya?
Saturday, August 7, 2010
Ikhlas,cinta dan bahagia-SELAMAT DATANG RAMADHAN
Entah bagaimana harus sy katakan lagi. Lama juga merenung skrin komputer riba yang sudah berusia 5 tahun ini

Penangan tahun akhir yang berat,case presentation ditambah outstation mengumpul data di PPUKM dan PPUM memenatkan. Masa sudah terbahagi dgn aktiviti menjadi pelajar tahun akhir Farmasi,menunaikan tanggungjawab sebagai anak dan menunaikan hak diri.
Saya bukan menolak soal cinta ataupun jodoh. Saya berserah diri pada Pencipta sepenuhnya dalam soal ini. Usaha saya terletak pada doa,sujud dan tawakal. Usaha saya pada membaca tulisan orang-orang yang berpengalaman,berpegang pd nasihat Mama dan mengambil iktibar peristiwa dari orang sekeliling.
Buat kamu yg berusaha membuka hati ini,ketahuilah usaha kamu sia-sia. Sy sudah pertimbangkan pertanyaan kamu dulu.Namun,hati masih tertutup. Sangat rapat,malah terus terkunci tiada pertimbangan lagi.
IKHLAS CINTA SAYA
Doa kebahagiaan dan jodoh yang lebih sesuai buat kamu yang berusaha membuka hati.
Ketahuilah saya juga pernah dipandang sebelah mata. Sedang saya tahu betapa kasih manusia itu mampu membawa kegembiraan atau dukacita teramat sangat. Ikhlas cinta saya biarlah Allah saja yang tahu.
Seperti lirik lagu penyanyi kegemaran saya, Maher Zain.
If you ask me about love,
And what I know about it.
My answer would be
It's everything about Allah
the pure love,to our souls
the creator of you and me
The heavens and whole universe.
SELAMAT DATANG RAMADHAN
Sempena tibanya bulan Ramadhan yang mulia, saya mahu mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang dikenali dan mengenali. Semoga tahun ini,ibadah kita disertai ikhlas dan rahmat dari Tuhan pencipta sekalian alam.
Sesiapa pun kamu di luar sana,lupakan saja yang lepas. Sy sudah berjanji pada diri,agar setiap pilihan yang saya buat,sy mesti bersedia menghadapi segala kemungkinan.Semoga Ramadhan ini ramadhan yang terbaik untuk semua. Amin.
Friday, May 21, 2010
Mencari sakinah.
saya adalah hamba-Nya yg lemah lagi kerdil yg sentiasa mengharap & memohon kasih dari-Nya.Dari Syeikh Ibnu Athoillah,Al-Hikam
"Sebaik-baik saat dalam hidupmu,ialah ketika kamu
menyedari kekurangan diri dan kembali kepada kerendahan dirimu"
Aku Manusia Lemah
Selalu Terjatuh
Berbeda Aku Dari Mu
Kau Berdiri Teguh
Aku Serba Tiada
Aku Kekurangan
Dan Bila Kau Tiba
Aku Hilang Dari Kewujudan
chorus:
Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung
Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu
Darimuuu...Oahh...
Bukan Aku Tak Pernah Mengerti Dirimu
Kusanjung Setiap Kata Cinta Kau Berikan Aku
Hilangkan Rasa Itu Akhirkan Semua
Dan Bila Kau Sedar Aku Hilang Dari Kewujudan.. Oooo
ulang chorus.-lirik lagu Cinta Sempurna - Yuna
TIDAK MAMPU
Usai kertas peperiksaan lalu,fizikal sy gagal menahan kuatnya terjahan serangan penyakit SLE. Sy hampir 'lumpuh' di rumah tanpa sebarang aktiviti kecuali berehat merawat fizikal,emosi dan sekeping daging bernama hati.
'Keseksaan' yg dilalui semester lepas hampir-hampir menumbang jatuh semangatuntuk berjuang agar terus hidup. Sukarnya menjadi seorang yg sempurna anggota tetapi terbaring saja di atas katil lantaran penyakit SLE menyerang tanpa belas kasihan kali ini.

Ada jutaan kebarangkaliaan kenapa ia flare tiba-tiba. Dan punca utama ialah gagal mengawasi kekuatan tubuh dan terlalu ketat berdiet kerana prednisolone yg sudah diambil selama 8 tahun sebanyak 5 mg setiap hari mula menunjukkan kesan pada berat badan.Aduh....
Sukar kerana turut perlu memastikan tiada gejala tulang rapuh dan exercise terbaik ialah berenang. Puncak Alam serba indah permai hanya ada satu kolam basah dan beberapa kolam kering. Berenang dalam mimpilah jawabnya.
Seperkara lagi,akibat terlalu menekan diri mengejar matlamat baru sampai terlupa untuk 'be gentle' atau mengasihani fizikal yg ternyata memberi signal mahu berehat. Juga sifat 'obses terhadap matlamat' dan 'mengajar kesempurnaan yg memang tiada' tiba2 bertapak kembali.
Aih... maafkan saya diri. Sy pasti akan menjaga 'kamu' dgn lebih baik lagi. InsyaAllah,InsyaAllah dan InsyaAllah...Ya Allah,mohon agar menemui sakinah dalam mengharungi perjuangan hidup ini. Ameen.
p/s: Buku terbaru kegemaran oleh Marcus Buckingham, Find Your Strongest Life. MESTI BACA!!Saturday, April 3, 2010
Si kura-kura filem.
Sepanjang perjalanan pergi balik dari Puncak Alam ke Batu Pahat,untuk menghadiri majlis kahwin rakan kuliah Ika,kami asyik menonton filem sahaja.Bermula dgn Jin Notti,Lembing Awang Pulang ke Dayang, Pisau Cukur, Rendang Tok Wan, Adnan Semp-it,Syurga Cinta dan berakhir dgn Papadom.

Saya jelaskan di sini. Saya tidak suka menonton di panggung malah SANGAT JARANG menonton filem di bilik mahupun rumah. Bukan kaki filem!Dan perjalanan yg bermula 8.45 pagi dan pulang jam 11 malam itu dipenuhi 'movies' yg menjadi pilihan rakan-rakan dalam bas. Sy ikut saja majoriti.
Yang menariknya ini pertama kali saya menonton Syurga Cinta. Tak sangka best juga ceritanya. Malah saya suka pada penampilan Heliza sebagai cikgu Syuhadah yang bergaya dan sesuai dgn syariat Islam.
Tertawan betul pada fesyen tudung dan baju dalam cerita tersebut.Selalunya asyik membelek Majalah Nur utk mencari tudung dan fesyen busana Muslimah terbaru. Kata Mama: kalau dah perempuan tu, perempuan jugalah....mesti nak melawa!*uuu...malu ni....^_^...
Lakonan beliau juga bagus dan jalan ceritanya boleh tahan. Jalan cerita cliche?Ya. Namun memuaskan hati.=)
KCB 1 & KCB 2 YANG BEST!

Saya gembira kerana dlm sibuk sempat juga saya tonton movies KCB 1 dan KCB 2. ^^ Bagi yang memiliki buku KCB 1 dan KCB 2,ketahuilah filemnya juga berbaloi utk ditonton.(Penulisnya juga turut menunjukkan bakat lakonan,Pak Abib sebagai Ustaz Mujab.=))
Tidak seperti AAC dulu,dimana bukunya bagus malah tersusun rapi maksud cinta sebenar yg disampaikan,tetapi movienya gagal mengangkat kehebatan maksud cinta tulisan Kang Abib itu.
Filem yg gagal menyampaikan maksud naskhah yg bagus mematikan mood menonton. KCB 1 dan KCB 2 ternyata berbeza. Bagi saya, seorg yg biasa-biasa,bukan pengkritik filem negara malah kerdil pengetahuan seni apatah lagi baru bertatih-tatih menyelam ilmu agama, ia filem yang cukup hebat. Subhanallah...
LEMBAP
Dan rakan-rakan sudah maklum sy seorg yg slow dalam mengetahui filem/drama terbaru. Dan sy hanya akan tonton setelah semua org habis tonton dan sudah pun review beratus-ratus kali dgn bercerita atau komen di depan saya.
Aduh... memang sy ini lembap sikit dlm bidang ni....Mungkin sy patut alert sikit,memandangkan Nur Kasih drama yg mendapat liputan luas itu hanya dapat saya tonton satu episod sahaja. Hampeh!
p/s: Selamat Pengantin Baru Ika.=)
Saturday, March 27, 2010
Cinta Dulu, Cinta Sekarang...
Satu kebaikan belajar di UITM Pharmacy ialah kami diberikan latihan praktikal dalam semua lapangan bidang kami.Ahli farmasi bukan saja kerjanya di belakang kaunter hospital tetapi kami juga dapat berkhidmat di wad(sebagai ahli farmasi klinikal),retail(buka kedai farmasi), industri(sebagai formularist,QC) atau bidang akademik(sebagai pensayarah/practitioner).
Untungnya latihan praktikal ini ialah ia memberi pengalaman berharga dan dapat mempraktikkan ilmu teori yg asyik terperap dalam kepala ini.
Bijak pandai mengatakan: Wisdom before experience is only words; wisdom after experience is of no avail. ~Mark van Doren
Dan antara banyak-banyak pengalaman yg dialami saya amat terkesan dgn satu pengalaman yg berkaitan dengan kes pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi sekarang.
SATU HARI DI KEDAI FARMASI....
Malam tahun baru,jalan raya sesak ke i-city Shah Alam,memandangkan sambutan diadakan di situ. Sy pula dari latihan praktikal terus sambung bekerja sambilan di farmasi yg sy pilih utk praktikal. Mood gembira memandangkan malam tahun baru ialah hari terakhir bertugas sebelum menyambung semester pengajian.
Datang seorang customer ke kedai. Seperti biasa,siapa pun yg dtg ke kedai mesti dilayan dgn baik. Maklum dalam dunia perniagaan,customer satisfaction is very important.Cantik orangnya. Malah ramah pula.
"Dik,Postinor ada?"
Sy terpempan. Melihat dari atas ke bawah si gadis itu. Lalu hati saya jatuh sayu....

Bukan sekali atau dua kali,tetapi sudah berkali-kali sy mengalami peristiwa serupa. Pelanggan yg tidak berkahwin datang berpasangan atau secara berseorangan ke kedai untuk membeli Postinor.Prosedur pembelian kami sangat ketat,perlu menulis butir pengenalan malah alasan ubat habis kerap diberikan.
Yang merentap ketenangan jiwa ialah yg datang ke kedai ialah pelajar-pelajar Universiti harapan bangsa,agama dan negara itu. Yang datang ke kedai bertanyakan ubat perancang kehamilan Postinor itu ialah muka-muka anak sebangsa seagama yg tidak diikat hubungan sah pernikahan!
Kecewa. Kasihan pun ada.
FITRAH BERKASIH SAYANG

Sy mengerti perasaan anak muda yg mahu bercinta,dicintai dan mencintai. Tiada yang salah di sini. Fitrah manusia itu mahu berkasih sayang.
Tetapi bukan begini caranya.Ada cara yang lebih baik malah diberkati dunia dan akhirat. Saya mengerti penangan CINTA bukan kecil. Boleh jadi angau malah lautan berapi boleh direnangi atas nama cinta.Bukanlah sy ini manusia sempurna tidak merasa penangan cinta.
Tetapi kenapa pilih lautan yg berapi itu? Kenapa tidak pilih lautan kesucian yg penuh kesabaran,kebaikan dan keredhaan? Tukar penangan cinta itu pada doa-doa di hujung malam dengan penuh pengharapan pada Rabb agar dapat bersatu jua nanti dengan keberkatan.
Cinta itu tiada salahnya,tetapi CARA CINTA itu mesti ada panduannya.Saya pernah membaca satu artikel di Langit Ilahi malah sy sangat bersetuju dgn penulis itu. CARA CINTA kita sudah salah.
Mana yang buang anak,mana yg lari ke Lombok,mana yg terjun bangunan dan macam-macam contoh SALAH CARA CINTA lagi yg ada.Cinta sebenar itu kalau salah caranya,akhirnya atau akibatnya tiada yang elok sempurna!

Pagi ini di Puncak Alam,saya melayan IKIM.fm sambil menyiapkan translation Jepun. Mendengar ulasan tajuk berita di akhbar tempatan yg menjadi slot wajib DJ IKIM waktu pagi. Usai mendengar tajuk berita tentang kempen KAMI PRIHATIN dan berita seorang bayi lelaki ditemui dibuang,lagu Cinta dulu,cinta sekarang oleh Tan Sri SM Salim berkumandang.
Dan segala tentang cara cinta dulu mengusik kalbu....
cinta dulu cinta sekarang ~ tan sri s.m salim
Hai cinta dulu-dulu
Cinta malu-malu
Cinta dulu-dulu
Memang susah nak bertemu
Bila sudah dapat bertemu
Nak cakap apapun tak tahu
Tegak berdiri tersipu-sipu
Seram sejuk kaku membisu
Sejak kecil sudah diasuh
Pantang larang dipegang teguh
Mulia sungguh cinta dulu
Adat resam budaya Melayu
Ala.. cinta zaman sekarang
Sudah terlupa pantang larang
Cinta zaman sekarang
Di khalayak ramai dipegang-pegang
Kalau ditegur dia meradang
Macam harimau nak menerkam
Maruah bangsa sudah terancam
Kerana perbuatan segelintir orang
Hidup penuh poya-poya
Kalau kahwin pun tak kekal lama
Bila dah dapat yang diidam
Habis manis sepah dibuang
Hai cinta dulu-dulu
Ikut nasihat ayah dan ibu
Cinta dulu-dulu
kalu nak kahwin bertanyalah dulu
Berisik-risk bertanya-tanya
Ayah dan ibu dan anak siapa
Bila sudah berumahtangga
Kekal hingga sampai ke tua
Hidup mereka sungguh bahagia
Cangkul dan tanah memisahkannya
p/s: Cinta Sempurna by Yuna-the best!!
Wednesday, September 2, 2009
Antara malam-malam
Saya meredam rasa malu teramat sangat. Diri bukanlah pelajar cemerlang mana, ingin berbicara soal ilmu depan para ilmuwan juga teman-teman yg punya gelaran dekan. Sungguh saya rasa rendah diri. Namun saya idam juga kejayaan. Mahu mampu membiaya diri dan juga membela kedua ibubapa.
Baru tadi pertandingan sajak dan sirah. Kedua-duanya kegemaran. Sejarah yang menjadi bahan bacaan cerita dari kecil lagi. Juga sajak,gurindam,syair yang meneman jiwa dari mula mengenal bahasa. Asyik dibuatnya. Apatah lagi tdi sajak berkenaan kebesaran rahmat Allah iaitu Ramadhan.

Bagi saya jika ada org terhegeh-hegeh 'berhip-hop' konon mahu mengekspresi diri kenapa tidak gunakan sajak,syair,gurindam,bercerita atau pantun? Yang terhangguk-hangguk ala mendengar disko boleh pula?? Inilah yang dikata tidak tahu menghargai keunikan dan anugerah Ilahi.
Makanya, agunglah org lain dan bukan kita. Maka budaya orang lain yg bukan-bukan pun agung juga walhal kita lebih lengkap krn gandingan Islam itu ada. Malah uniknya kita,orang lain tak tahu sbb kita kerjanya mengutuk negara,bangsa,budaya diberi Dia kpd kita. Kita asyik begitulah,ORG LAIN saja bagusnya. Patutlah kita tiada hebatnya sbb KITA yang TIDAK MENGHARGAI KITA SENDIRI.
SYAHADAH
6.30 petang,RTM1.Dari kembara siri pertama hingga sudah siri 5. Jadi asyik juga. Sudah begitu rutin Ramadhan sekaluarga. Mama ada saja senyumnya komen tudung mereka,komen kawasan mereka,komen kecantikan sulaman atau tenunan mereka. Adik dan saya peneman setia wajah tua dambaan kasih kami. Meneman dia yang semakin galak bercerita perancangan hari selepas pencen.

Kadang-kadang berair saja mata. Sedih krn sudah tidak dapat meneman Mama selalu. Tapi Mama selalu aja mahukan terbaik utk kami. Biar belajar sampai peringkat tertinggi. Perempuan atau lelaki. Sama saja pd Mama. Mahu bersungguh-sungguh. Mahu berdikari. Mahu tahu ibadah,adab dan ilmunya.
Kasih sayang ibu kpd anak. Belum dibanding Rasul pd umatnya. Allah pada hambanya. Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah.
SUDAH TAKDIR
Kata Mama mesti sabar. Juga mahu tahu tabah,tahu menerima takdir. Kdg2 penat juga. Tipulah jika tidak terusik hati.
Tahu diri. Kenal diri. Cermin diri. Jika tidak erti menghormati kelebihan dan kekurangan usahlah berangan mahu cuba melayani bahtera suami isteri yang pastinya penuh dugaan dan cubaan.
Menanggung cinta sempurna dari Dia adalah ketenangan yang setenang-tenangnya yg belum tentu saya gapai dalam cinta lainnya.Mahu membaiki segala kekurangan agar tersenarai dalam hambanya yang berusaha amal makruf nahi mungkar. Teringat-ingat kata seorang teman,mahasiswa pelajar UIAM:
Jika ibu sendiri tak terjaga inikan mahu jaga anak dara orang.
Saya mahasiswi ini? Hm....
Friday, August 21, 2009
Kali ini.
Kebuntuan. Kesibukan. Kepeningan.
Dan masa tetap akan datang.
Ia pasti. Tidak lewat dan tidak cepat.

Mohon maaf jika tidak terlink kerana priority sudah shift ke semester 5 yg menuntut perhatian.
Sekali lagi,salam ramadhan,selamat berpuasa dan selamat menunaikan ibadah.
PULANG
Kepenatan. Jalan Meru. Selenggara dan basuh kereta.
Bila? Tak tahu. Tadi menyelesai dobi baju. Cepat supaya boleh bawa pulang.
Pening kepala,kenapa tak mahu pergi??
YANG PENTING-PENTING
Presentation. Text final speech. Kesihatan.
Doa-doa ialah agar Dia mengasihani diri. Memberi peluang berjuang. Peluang kehidupan.
Dan sejujurnya tidak pernah ada tempat utk 'kamu' dalam hati. Tolong pergi.Biar tamat segera di sini. Walau tempat itu sekadar kawan, tetap tidak ada dalam hati.
Janji 'kamu' tidak ada lagi. Janji Dia saja yg saya pegang.
KALI INI
Cinta saya tetap Dia. Cuma saya tegaskan lagi.
Kali ini.
Tidak ada dan takkan ada tempat utk 'kamu' lagi.
Sila pergi.
Thursday, July 9, 2009
Yang benar, Cinta.

Bilamana saya pernah jatuh dalam jurang gelap kegagalan satu-satunya harapan saya ialah Dia. Dia yang Maha Mengasihani dan Dia yang Maha Memberi Hikmah. Dia yang mendengar rintihan hamba-hambanya yang sombong tatkala senang tetapi merayu-rayu tanpa malu bila sekelumit ujian menimpa cuma.
Dan saya amat berharap diri yang bukan maksum ini jangan pernah melupakan Dia walau apa jua keadaannya. KekasihNya Baginda Rasul, Muhammad s.a.w bengkak-bengkak kaki kerana solat malam sedangkan sudah dijanji syurga Firdaus. Sangat menampar sedar iman yg rendah dalam diri.
Baginda yang maksum. Ya. Justeru jika sedar diri ini hamba yang jauh amat dari anugerah maksum itu mestilah lebih bengkak kaki solat malamnya.
"Salsabila!"
"Salsabila!""Ya?"
"Ini pesan Ummi, bukan rasa juga bukan kasihan. Sudahnya bagaimana?"
Saya senyap mengenang-ngenang. Mujab merupakan calon yang ampuh semua segi untuk menjadi seorang suami. Cuma...
" Salsabila?" Nada menggesa. Tertunggu-tunggu Aisyah.
" Maaf saja kakak, esok jawapannya. Ini malam ketiga istikharah. Dan ya, benar kata Ummi."
Dan gagang telefon diletak rapi sesudah jawapan diulang pada Ummi.
TEKAD DAN SABAR
Keputusan mesti dibuat dengan penuh tanggungjawab. Jangan ada ragu-ragu kerana ragu-ragu itu perangai syaitan. Abah menepuk-nepuk lembut bahu Salsabila yang masih sedih ketika gagal dalam satu subjek jurusan pilihannya.
Memang Ummi tidak pernah setuju aliran seni pilihan Salsabila kerana Ummi mahu dia mengikut jejak Aisyah dalam bidang Sains. Tapi Abah membantah. Kepandaian manusia berbeza-beza,hujah Abah. Setiap bidang juga mulia jika tujuannya belajar dan bekerja demi mendapatkan redha Tuhannya. Siapa kita menentukan rezeki di masa hadapan?" Kamu sudah pun membuat keputusan memilih jurusan seni dan mesti bertanggungjawab terhadap pilihanmu. Jika diuji kepayahan dan dugaan pelajaran ketahuilah kegagalan sebenarnya mengajar lebih daripada kejayaan."
Jika turut rasa makanya saya seperti sudah mahu mengaku kalah. Dan bodohlah saya jika terus mengasihani diri tanpa mencari jalan untuk berjaya. Kejayaan sebenar bukannya bermakna tidak pernah gagal. Dan apalah makna sebuah kejayaan tanpa kegagalan?
Lalu,malam-malam dipenuhi tangis seusai sujud memohon keampunan tahu akan hinanya diri di hadapan Pencipta, tatkala sujud itu kaki lebih tinggi dari kepala manusia. Memohon dipermudahkan jalan. Berdoa diberikan kekuatan juga jawapan mencari kejayaan.
Tekad dan sabar menemani sepanjang perjuangan dan sesungguhnya Allah itu Maha Besar kerana sekarang dia menemui kejayaan yang adanya dunia dan lengkapnya akhirat. dan benarlah kejayaan itu benar-benar bermakna.
3 KEADAAN
Terdapat 3 keadaan mengikut kajian manusia sering ragu-ragu dan berada dalam dilema.
1. Memilih jurusan
2. Memilih pekerjaan
3.Memilih pasangan
Dr.Aidh Abdullah Qarni,La Tahzan.

Meletakkan buku yang menemani saat-saat duka.Malam larut dengan qira'at surah-surah Al-An'aam,disusuli surah Thaha dan ditutup dengan sunnah Baginda.Malam-malam yang seperti malam-malam biasanya.Mendengar siaran radio kegemaran sebelum melelapkan mata untuk mati sebentar.
Dan qira'at Sheikh Muhammad Ayyoub itu antara bacaan Al-Quran beberapa imam yang diminati. Entah mengapa malam ini begitu sayu dan mengelus-ngelus ruang hati pada malam ini. Membawa sebak.Dingin segar.
"Dan jika engkau menurut kebanyakan orang di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta."(Surah al-An'am: Ayat 116)
Bermaksud:"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku."(Surah Thaahaa:Ayat 39)
'Mana dia orang-orang yang saling kasih-mengasihi demi keagunganku? Pada hari ini mereka itu akan kuberi naungan, sedangkan pada hari ini tiada naungan kecuali naunganku.'
"Dik?"
"Em?"
" Kau tertidur dik. Penat barangkali. Tadi bacaan Al-Quran oleh Imam Syeikh Abdul Rahman As-Sudais. Beliau membaca surah Al-Waqiah." Aisyah membetul duduk di hujung katil.
Salsabila merenung dengan tanda tanya kemudiannya menarik nafas dalam-dalam. Memuji-muji Dia Maha Mengetahui dengan hamdalah.Esok Ummi mesti ditelefon.
NOKTAH
Sudah masanya. Saya membetul jam di tangan kanan dan mengangkat beg galas yang menjadi peneman setia hampir sedekad. Melihat-lihat tiket dan boarding pass yang sedia di tangan.
" Tidak, jangan merayu pada Mujab agar melupakan Salsabila. Sudah Mujab pinta dulukan?"
Saya terpempan. Ini bukan rayuan. Ini keputusan. Saya sudah pun tetap dengan keputusan ini berkat pesan arwah Abah. Ummi juga setuju walau cuba berhujah mengenangkan diri saya yang masih membujang lama.
Bukan feminisme kata saya. Saya berpegang juga pada makna kekuatan yang dikatakan Cinta. Tidak semata-mata perasaan dan tidak juga kasihan. Malah saya yakin bahawa Dia telah memberi jawapan pada solat-solat malam lalu. 3 malam istikharah pinta saya.
Malah Mujab juga setuju untuk pasrah pada apa jua bakal jawapannya. Kenapa kini Mujab boleh ragu-ragu?
"Dik.kakak menyokong mu dik walau apa jua keputusanmu. Dan kakak doakan dik agar kamu ketemu juga jodohmu nanti."

Satu pelukan panjang erat-erat saya berikan pada kakak. Aisyah yang memahami saya dan menyayangi saya. Deraian air mata Ummi dan kakak mengiringi awal perantauan di University of London nanti. Bumi bas merah 2 tingkat menjadi medan pertarungan pengajian sarjana selama 2 tahun mengisi segenap ruang hati.
Cinta ilmu menemani lalu tanpa sedar 2 tahun berlalu bagai hanya mimpi. Sungguh saya merasa segenap cinta ilmu yang tidak semata perasaan juga penuh rasa kebahagiaan.
AKHIR
"Kau di sini?"
Saya memandang susuk tubuh dikenali dengan senyuman. Kepulangan ke tanah air masih terlalu awal untuk diperkatakan. Saya ada sebab. Dan begitu juga hari ini. Tidak dirancang.
Bertemu Mujab di ruang memori universiti kami. Dan dia mengeluh desah.Saya bertukar rupa.
"Sudah tidak ada gunanya. Aku buta dengan perasaan dan akhirnya mengambil keputusan untuk tidak menunggumu."
Saya tunduk. Benarlah keputusan ini. Saya bersetuju dengannya.Dan saya berlalu dari ruang lif tanpa sebarang kata. Meninggalkan Mujab yang masih di ruang depan lif.
"Salsabila? "
Saya menoleh.
"Aku tidak pernah ada dalam hatimu bukan?" Kerut dahi saya mendengar. Mujab masih di ruang itu,masih menunggu.
"Ya." Berat saya menjawabnya. Dia masih berdiri dan kali ini lebih tenang berbanding dulu. Saya menarik nafas lega seolah beban besar sudah dilepas dari bahu. Dia senyum tenang dan mula melangkah ke dalam lif.
"Kirimkan kad kahwin mu nanti ya? InsyaAllah aku dan isteri ku akan datang.""Pasti." Saya membalas dengan senyuman lebih lebar sebelum lif ditutup membawa kami ke destinasi berlainan. Di ruang parkir, saya menghidupkan enjin sebelum membelok keluar. Telefon berdering dan tertera nama Muaz Mursyid.
"Sudah dikirim kad kahwin kita?" Sekilas itu juga saya memandang ke arah lif tadi.
"Barangkali perlu ditambah satu lagi."
"Oh,benarkah?" Tanyanya ingin kepastian.
"Ya,Mursyid." Balas saya memandang redup ke arah jalan semula. Dan benarlah Allah sahaja yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Tuesday, May 5, 2009
Kerana Melur punya hati...



PULANGKAN BAHAGIA


Malam-malam sebelum ini dipenuhi tangis hiba memohon pembelaan dari Yang Maha Mulia dan Maha Mengasihi.Malam-malam seterusnya hanya ada sujud yang penuh tangis gembira kerana janji Dia dari surah An-Nur menyelimuti hati yg berharap hanya pada Tuhannya.