Wednesday, February 25, 2009

Hujung February Rigidity...

FLU

Diserang flu dan batuk-batuk 3 hari lalu mematikan mood utk memulakan pusingan kedua sem 4 di Fakulti Farmasi. Sy hilang tumpuan dlm kuliah dan bdn terasa lebih penat mcm biasa.

Telan mknn sekadar telan. Selera hilang ntah ke mana. Org sakit mcm2 la perangainya. Itu baru flu dan batuk yg ubatnya cuma sebiji sehari dan 3 kali 10ml Tussidex Forte(trade name cough syrup).
Sy mahukan ubat yg tidak mengantuk tetapi clarytine memberi kesan kepala berat bukan main ditambah kemungkinan tindakbalas cough syrup tadi.

Akhirnya mood rigid saja sepanjang 3 hari lalu dan usai malam tadi baru bdn terasa lebih sihat. Syukur Alhamdulillah!!
Dalam apa jua keadaan Allah tetap yg Paling Penyayang.... Syukran ya Rabb.

KAFFARAH DAN TAWAKAL

Org Islam itu dalam apa jua keadaan ia tetap terbaik.

Jika dalam kesusahan ia bersabar,Jika dlm kesenangan ia bersyukur.

sumber La Tahzan,Dr Aidh
Mujur sy sudah siapkan segala kerja utk first half time semester ini. Tinggal masa kedua.
(Ah sudah seperti main basketball pula. Sakuragi Hanamichi dan Rokawa! Sy rindu kamu berdua!!)


Bagaimana ini? Utk keluar dari rigidity yg menyinggah hidup barang 2-3 hari ini amat payah. Barangkali perlu diingat senarai important + urgent yg ditampal di depan meja belajar sudah sampai nombor 5 dgn subnumber 1,2 dan 3.

Mesej dari seorg rakan yg SLE beliau sudah di peringkat Nephritis Lupus menyebabkan sy terkedu sebentar. Sy masih di stage 1 dan boleh dikatakan tidak kronik sgt. Hanya kdgkala disinggah demam rheumatic dan saat sakit, Astagfirullahalazim(istigfar) diulang hingga dirajut dalam tidur.


Tetapi beliau sudah di thp dugaan sakit kronik yg irreversible. Tachycardia menyebabkan beliau masuk wad kali ke-3 dgn ambulans dari IMU terus ke bhgn kecemasan. Malah kidney yg berada di thp 4 akan menyebabkn sclerosing yg bermaksud hanya dialisis atau kidney transplant saja menjadi penyambung nyawa.


Pernahkah anda rasa bahawa malam ini Malaikat Maut bakal mengetuk tingkap dan berkata 'Kau sudah sampai masanya. Aku ke sini membawa mu kembali selama-lamanya.'
Pernah di saat itu. Dan ketahuilah sy besyukur yg amat sgt krn diingatkan mati. Kerana itulah yg hidup kini lebih tenang. Dan sy tetap mahu berusaha utk hidup. Perjuangan utk terus hidup seperti org2 di Hospital Shifaa' Gaza,Palestin diberi Allah ganjaran pahala.

Meneruskan perjuangan setelah diduga ketentuan Tuhan menyebabkan sabar menjadi hadiah yg terbaik. Allah bersama-sama dgn org sabar,saudaraku...


RINDU DIA

Semalam sujud doa dipanjatkan agar mati tidak dlm keadaan menyusahkan org lain. Subuh masa yg paling intimate digunakan melepas rindu pd Tuhan.


Bilamana rasa berjauhan disebabkan urusan dunia yg lagha', mudah saja menyimpang dan lupa yang Dia sentiasa menemani.Sy mahu terus INGAT. Palestin yg jauh mengingatkan hati. Menempelak diri yg dikacau lupa.Menampar minda agar SEDAR sentiasa.

Email dari teman di yahoo mail tidak dpt sy jawab. Juga bingung bila ditanya ttg perancangan masa depan. Sekurang-kurangnya sy tetap punya perancangan. Andai di Jabalieh pinggir Gaza sy pasti tidak keruan. Mana mungkin semangat juang setabah mereka!


Sy hidup SEKARANG. Entah esok lusa Maut menjemput bertemu Dia yg paling dirindui. Juga IMPIAN yg pernah dicintai sebelum Dia mengingatkan yg tanpa IZINNYA, impian hanyalah sebuah cita2 tidak kesampaian.


Itulah sy sudah beritahu. Tidak sanggup rasanya sy merindui sesuatu selain Dia. Bagaimana boleh digantikan cinta Tuhan sdgkan cinta manusia kecil amat tidak terbandingkan?


Seorg teman menulis mungkin cinta Dia hadir dlm cinta kerdil manusia. Sy senyap. Mengiakan tidak,menafikan pun tidak. Sy hormat kamu semua. Sy hormat pendapat kamu semua.Cuma PALESTIN memberi makna yg lebih dari semua!


P/S:Mari,kali ini aku mahu hapuskan rigidity. Oh Mac, 12 Rabiulawal ada dlm perancangan bulanan yg tergendala dek flu. Hujung bilik Kecik tidur nyenyak tanpa sedar gambar ditangkap. Hari ini. Ya hari ini mesti hapuskan rigidity!!

7 comments:

Ophe said...

"Pernahkah anda rasa bahawa malam ini Malaikat Maut bakal mengetuk tingkap dan berkata 'Kau sudah sampai masanya? Aku ke sini membawa mu kembali selama-lamanya.'"

Tulisan kamu ini berlegar panjang dalam fikiran saya sepanjang hari ini... ermmm...

anumz sarah said...

Salam,
Baru disedari ttg typo error itu.Sudah dibetulkan. Bagaimana Koishie? Sudah sihat? Semog sabar menemani dgn sikap bos dgn kesihatan yg pudar sebentar.

Aku hrp x keterlaluan menulis ttg Maut. Maaf ya jika ada yg salah. Mohon betulkan dan kritikan membina.
Salam jari merah!!^^

fareast said...

entri kali ini agak berfalsafah. Minta maaf la banyak yang tak faham. Jadi tak dapat nak komen sangat.

anjut said...

dibawah itu kucing amda ke?

biskott said...

pagi-pagi bangun terus baca entri ini.
terima kaseh sebab mengingatkan aku.
huhu.

*comelnya Kecik. teringat kucing kat rumah.

anumz sarah said...

Salam,

to fareast-Wah..teringat sy pd seorg cikgu di sek. men dulu. dia menggelar falsafah sbg falsampah. Terima kasih juga akh fareast. Sekurg2nya akh baca tulisan omong kosong sy.^^

to anjut- Yup. Well,secara spesifiknya kucing kesygn my mum. Very da alleycat skit dia ni. Unlike oden totally different character.

to biskott- Wah...SELAMAT PAGI BISKOTT. Breakfast dgn blog? X mkn biskut kah? (hehehe...gurau tau..)Ku tertunggu-tunggu entry kelakar mu cik biskott!

Ophe said...

syukur alhamdulillah... aku masih berpeluang membuka mata dan menghirup udara segar di bumi Tuhan ini. Soal en boss, aku berharap sekali agar sabar menjadi pelengkap setiap saatku. Mungkin payah bila berada di dalam situasi yang menguji, tetapi kita perlu mencuba bukan.

terima kasih dan Salam juga buat kamu.