Thursday, January 15, 2009

Untuk ini aku tidak pernah lupa...

si kecil mama

'Meow...' Kecik nampak sangat sakit. Semalam kami hantar Kecik ke veterinar. Dia disengat lipan dan kaki depannya membengkak.Kesian Kecik. Kami baru saja 'neutered' 2 hari lepas, tetapi smlm sudah dihantar semula ke vet utk operation kaki depan yg bengkak sbb bisa.

Kecik ialah kucing kesayangan mama.Memang Kecik sgt kecil berbanding Oden yg 'mega' size dn selalu membuli Kecik. Kecik pun tak comel mcm kucing yg dari 'good breed'. Kami kutip dia dari belakang rumah. Di'abandoned' oleh ibunya dan dalam dunia haiwan dia dikategorikan 'lemah'. So naturally,it was let to die.

Hitam,sangat nakal(seriously,sgt nakal....he always koyakkan suratkhabar or tissue paper kat dapur, sampai kena sorok pulak),x pandai bermanja and a bit wild. More to alleycats type. But Mama still love him.

Sampai kami semua naik 'menyampah' tgk Intan 'hitam' payung Mama bila kena cuddle or kami kena marah sbb tak bg dia extra fish. Siap tidur dlm my mum's room beraircond! Bayangkanlah punya sayang....(Oden yg mega size tu pun reti nak golek-golek manja and tidur atas meja je...)



Tapi bila dh kena operation dia nampak lemah sgt, pandai pulak meminta simpati. Hai... Kecik sayang... Binatang pun reti minta dikasihani...

Untuk ini,


Saya baru selesai meletakkan Kecik tidur di tempat favouritenya.A small bed in mum's room. Mencapai surat khabar yg diletak atas meja ruang tamu,dan seperti rutin setiap hari surat khabar mesti sy baca di sudut ruang tv.



Hamas mengenakan 3 syarat kpd Israel untuk dipenuhi. Dan pengeboman stor bekalan makanan PBB oleh Yahudi Laknat,tentera Zionis mara ke tgh Gaza, angka kematian meningkat ke lebih 1000 org,PBB yg masih 'yes man' Amerika/Israel,KEI-3(konferens ekonomi Islam ke3), bekalan bantuan dihalang dan disekat Israel....


Sy larut dalam dunia penulisan dan laporan akhbar untuk 45 minit yang berikutnya.Usai pembacaan melangkah ke bilik,utk Zohor.

Dan sebelum tidur tadi sebuah buku dari Dr. Aidh Abdullah Qarni khas utk wanita sdg dihadam.

Dalam mimpi terlelap sebentar tadi,hati sdg memujuk agar Al-Quran istiqamah dibaca dan difahami maksud bila tiba Subuh fajar.

Jauh dlm sudut hati,andai aku di Palestin apakah punyai kenikmatan kebebasan menimba ilmu dan ber'cinta' dgn mu buku?

Tanggungjawabku sbg hambaNya,anak,pelajar,wanita dan individu mengajar supaya tidak mudah lupa.
Melihat wajah Mama dan kucing hitam kesayangan dia, untuk ini aku tidak pernah lupa...

2 comments:

Selamburb said...

Anum..nama pun "kecik"..manakan tidak saiznya kecik.."nama" juga memainkan peranan dalam perwatakan(karakter) suatu makhluk itu..hehe

anumz sarah said...

Salam selamburb,

Haha..I guess it's true. Thanx for the comment mate.^^