Thursday, January 1, 2009

Tahun yg baru dan kekejaman yg sama…

Tahun Baru??

Sy akui kurang berminat menyambut tahun baru. Usai membaca paper utusan sy melihat kartun kegemaran sy Mamak Cyber by Maro menunjukkan protes dgn tidak meletakkan dialog dlm ruang kartunnya.

Malah jeritan kembalikan hak palestin oleh kartun Rosli dlm suratkhabar utusan menggambarkan betapa ketidakadilan menyebabkan ramai org kurang selesa mengembargemburkan sambutan tahun baru.

Bukan tidak suka,tetapi seperti tidak kena jika ingin benar2 teruja. Untuk raikan apa ya?

Kekejaman Israel pada Palestin?

Wujudnya worm dan virus cyber di Google Reader dan Facebook?

Ketidakpeduliaan Amerika yg terus menyokong Yahudi?

Penipuan terbesar dunia oleh mediamassa?

Manipulasi kuasa-kuasa besar terhadap kebenaran?

Kekejaman manusia??

Sy tahu sy terlalu kerdil utk menulis tentang politik dunia,ketidakadilan antarabangsa dan kekejaman manusia. Sy mentah bak kata penulis2 yg lebih senior. Lalu sy akui masih bnyk yg perlu sy pelajari.

Tetapi sy tak mampu berdiam diri lagi!!

Menghormati waktu

Tahun Baru ini sewajarnya dihormati kerana menandakan permulaanya satu kitaran lengkap bumi. Meraikan kebesaran dan kebijaksanaan Tuhan mentadbir alam. Yang menguasai langit dan bumi serta pencipta kelansungan fizik yang bergelar ‘MASA’.

Kefanatikan seorg professor fizik terhadap bagaimana alam boleh terjadi dgn teori Big Bang boleh dikatakan sebagai sikap curiosity yg membuktikan betapa Maha Besarnya kuasa Tuhan.

Dan memulakan Tahun Baru dengan segala langkah yang salah seolah-olah tidak menghormati Pencipta Waktu!!


Tempos edax,home edacior!

Waktu kejam tapi manusia lebih kejam lagi!
Victor Hugo



Saya betul-betul berharap yg waktu dapat mengubati segalanya,tetapi saya lupa manusia yg membuat luka. Manusialah yang harus mengubatinya!

2 comments:

anjut said...

islam itu akan kembali bangkit..tapi tak kan membara andai diri muslim tidak sedar...takbirrr!!!

anumz sarah said...

Allahuakbar!! Salam perjuangan dari bumi Malaysia saudara anjut.