"Kita berperang ikut cara Rasulullah dan mereka berperang ikut cara syaitan!"
'Ironinya tentera Salib merampas Jerusalem dgn kekerasan dn membunuh semua tentera Islam yg menyerah.Mrk juga menganiaya kanak2 dn memperkosa wanita-wanita Islam lalu membunuhnya.
Mereka lambung anak-anak kecil kami bagai brg mainan.Mrk lambung anak2 kecil kami dgn tombak ataupun pedang sehingga tubuh anak2 yg tidak berdosa itu berkecai. '
kata Sultan Salahudin bin Ayubi.
SEJARAH
"Berilah jawapan sama ada tuan menerima ataupun menolak tawaran kami"
desak wakil tentera Salib itu.
"Kira-kira 80 tahun yang lalu,tentera Salib mengepung kota Jerusalem.Tentera Islam dan org awam bertahan di kota ini. Boleh ceritakan apa yg terjadi selepas itu?" Tanya Sultan Salahudin bin Ayubi pula.
Wakil perunding tentera Salib itu terdiam.
Ini adalah sedutan bab 21,Jerusalem di ambang kejatuhan. Ketika ini Raja Balian dan raja Bitrik menyerah kalah lalu menghantar wakil utk berdamai. Namun tak satu pun tawaran itu diendahkan oleh Sultan Salahudin bin Ayubi.
Apabila raja Balian dtg sendiri utk berunding,Kota Jerusalem ditawan oleh Sultan Salahudin bin Ayubi tanpa sebarang pertumpahan darah.Beliau yg bermusyawarah menerima rundingan Raja Balian.
Namun pertahanan Kota Jerusalem perlu diperkukuhkan dulu.Kejatuhan kota Jerusalem memberi tamparan paling hebat kepada orang Kristian terutamanya negara-negara Eropah krn mrk punca tercetusnya peperangan ini.Mereka pasti ingin membalas dendam.
Perang Salib:
Bermula a/p seorg pendeta Perancis bernama Butrus(Pierre) yg baru pulang dr kunjungannya ke Baitul Maqdis bercita-cita menyatukan org Kristian bg menawan Baitul Maqdis drpd kekuasaan Islam.
Dlm perjalanan pulang ke Perancis,Pierre singgah di Rom lalu menemui Baba Urban 11. Kedua2nya berjaya mengobarkan semangat bencikan Islam sehingga raja2 Eropah bersatu menyediakan angkatan tentera bg menawan Baitul Maqdis.
KINGDOM OF HEAVEN
Otak kanan sy jenuh menggambarkan setiap perang dari bab 1 hingga bab 24. Seperti yg digambarkan oleh penulis Abdul Latip Talib, Salahudin bin Ayubi seorg yg gemar berbincang soal jihad.
Namun beliau bukanlah melulu,jihad tanpa strategi atau ilmu. Beliau seorg yg dilihat sbg realistik digabung dgn amalan agama Islam yg kukuh lalu menjadi lambang Muslim Realiti.
Melalui catatan Ibnu Shaddad(ahli sejarah Islam):
"Krn terbakar dgn smgt memerangi tentera salib,jihad menjadi tajuk perbincangan yg paling digemarinya."
Beliau sentiasa berusaha mencari jalan bg menguatkan pasukan tentera serta berbincang dgn sesiapa yg menyuarakan pendapatnya mengenai persediaan perang itu.Dlm menjayakan usaha jihad ,beliau meninggalkan rumah kediaman dan keluarga serta memilih kehidupan dlm khemah tentera.
"Di medan perang Salahudin kelihatan seperti seorg ibu yg kehilangan anaknya."
Menurut catatan Lane Poole
"Bunga kesatriaan sudah diambil oleh Salahudin Ayubi."
Raja Baitul Maqdis,Reignald of Chatillon,Joscelin of Courlenay,Humphrey of Toron, Masters of Temple and Hospital dn ramai lg pembesar2 lain sudah ditawan.Para kesatriaan lain berada di bawah tawanan tentera Islam.
Entah kenapa sy jadi semakin kagum dgn beliau. Sy yg membaca jadi gerun dgn strategi perang yg sentiasa diteladani dari Baginda Rasul.Saya seperti berada sama di situ merasainya.
Mudah saja saya berasa sangat marah kpd tentera Salib yg biadap dan tatkala membaca catatan Lawrence Brown yg keji itu.
Cemas hati apabila beliau ditimpa sakit dan sembuh setelah solat hajat & bernazar 3 perkara.
Menyelami jiwa Salahudin Ayubi seperti menyaksikan sendiri jatuh bangunnya seorg mukmin sejati.Jiwa pahlawan yg tenang dan tidak kenal erti penat.
Bagaimana ini berlaku?
Buku ini terasa hebat krn orang sebenarnya hebat.Dan tiada satu pun catatan yg menunjukkan beliau ditelan rasa bangga atau lupa akibat pujian. Tidak seperti Birnis yg cukup suka dgn pujian dan tenggelam dlm kebodohan akibat keangkuhan.
Kingdom of heaven yg ditonton adalah 'saksi kecil' kekejaman terhadap umat Islam yg diperangi oleh Salahudin bin Ayubi dgn cara yg dimuliakan di sisi Allah.
Ah betapa kecilnya filem itu dibanding catatan sejarah mu!
ETIKA PERANG ISLAM
Bacaan menjadi lebih mengagumkan bila tawanan wanita dan kanak-kanak dilepaskan. Salahudin Ayubi hanya meminta tebusan 10 dinar bg lelaki, 5 dinar bg perempuan dan 1 dinar bg kanak-kanak lelaki/perempuan.
'Ironinya tentera Salib merampas Jerusalem dgn kekerasan dn membunuh semua tentera Islam yg menyerah.Mrk juga menganiaya kanak2 dn memperkosa wanita-wanita Islam lalu membunuhnya.
Mereka lambung anak-anak kecil kami bagai brg mainan.Mrk lambung anak2 kecil kami dgn tombak ataupun pedang sehingga tubuh anak2 yg tidak berdosa itu berkecai. '
Walhal ketika Salahudin bin Ayubi menakluk Jerusalem,persis membaca Rasulullah s.a.w menawan Kota Mekah dr org jahil Quraisy.Tenang tanpa pertumpahan darah.
Jumaat 27 Rejab 583 Hijrah(Israk Mikraj) menjadi saksi Salahudin bin Ayubi dan pasukan tenteranya memasuki Jerusalem.
Takbir bergema.Salib diganti dgn bendera Islam berkibar megah.Pesanan diberi agar tiada wanita atau kanak2 teraniaya. Tentera Islam itu sendiri akan dihukum jika tidak mematuhi etika perang Islam.
Bandingkan dgn Zionis yg menyerang Palestin skrg. Butakah mata,hati dan akal kita?
MAHU MENULIS LAGI
Jika diizinkan Allah sy ingin menulis lg tentang Salahudin yg zuhud dan takwa. Pergi tanpa sbrg harta w/u sebuah rumah. Nyata beliau sudah memiliki istana kekal di syurga.
Jika tidak diingat ini ialah ulasan semata pasti sy tampalkan setiap muka surat di blog tercinta. Biar anda tahu siapa Salahudin bin Ayubi. Biar kita sedar yg sejarah membuktikan Islam pernah dan boleh berjaya.
Biar saya dan anda sedar,betapa kita perlu menjadi Muslim Realiti yg sentiasa ingat musuh takkan pernah lupa dan musuh wajib diperangi. Jangan pernah lupa tgn anda,dn tgn sy pernah menaip kekejaman rejim Yahudi.
"Benar Rasulullah pernah berdoa 3 perkara.Pertama,umat Islam tidak dihapuskan dr muka bumi dan Tuhan menerimanya.
Kedua, umat Islam tidak mati kelaparan dan doa itu dimakbulkan Tuhan.
Doa yg ketiga pula supaya umat Islam tidak berpecah belah. tetapi doa itu tidak dimakbulkan Tuhan." Bahaudin menyampuk.
"Mengapa Tuhan tidak memakbulkan doa nabi spy umatnya tidak berpecah belah?" tanya Panglima Muluk.
"Allah hendak menguji siapa di antara umat Islam yg kuat imannya" jwb Sultan Salahudin bin Ayubi.
-TAMAT-
"Sesiapa yang menguasai Palestin,dia menguasai dunia."
Salahudin bin Ayubi
3 comments:
owhhh tidakkkkk!!!!idola ku!!!salahudin adalah antara hero aku, selain sultan alaudin riayat syah!!!
kingdom of heaven tu, ermm..konon2 dia nak tunjuk la yg si olando berbunga tu baik, n diplomatik ngan org islam, hakikatnya, dia yg ancam nak bunuh penduduk kat dalam kota tu,so salahuddin lepaskan la dia, tp dia bgtau penduduk kat sana yg kedamaian itu atas usaha dia..jahat betul!!!pegi matilah (mmg dah mati pun...)!banyak lagi yg dia tak tunjuk kat filem nih...
uhh.
aku kena cari buku ni.
Salam,
anjut-Thank u bg komen. Hero anda kah? Musti jeles same orlando bloom(berbunga ke?) dlm kingdom of heaven.dan mmg betul pun,K.O.H. adalah their side of story. Mcm biasa setiap perkara pun ada 2 side of story.
Syukran dgn info yg dikongsi. (semangat!!)
biskott-Buku sejarah x dpt nk hadam dlm masa seminggu. Novel sejarah Islam ini je yg dpt dihadam. Penulisnya Abdul Latip Talib. Novel Tariq pun best juga.(saranan kawan)
Selamat mencari.=)
Post a Comment