Saturday, January 24, 2009

Itulah,tak sesempurna mana...

"Hm,kalau sembahyang pun x semestinya dia baik"



Ini jawapan yg sy dapat setelah sy terserempak teman sekerja di sebuah surau ktk part time dulu. Sy memberi komen yg walaupun teman ini kelihatan 'lembut' rupa-rupanya beliau tetap tunaikan solat 5 waktu. Dia mmg tidak se'sasa' pekerja 'machoman' di tempat kami. Tetapi dia di surau menadah tangan berdoa usai solat asar.


Sy tergamam dgn balasan komen teman sekerja.

Mengucap panjang bila komen sy dibalas sebegitu rupa. Diam memenuhi ruang pejabat kecil.

Nafas keluhan sy tarik bila mengenang komen itu. Ia menghantui sy hinggalah sy anjurkan kpd seorg ustazah yg menjadi penceramah kursus Smart Solat di UITM.

Jawapan ustazah itu sungguh ringkas dan tepat. Sy amat gemar dgn cara penyampaian yg tepat,padat dan mudah difahami. Bukan preaching berjela,isi entah ke mana.


Ayah dan anak


"Bayangkan seorang ayah yg punya 2 anak. Seorang anak ini perkertinya baik, selalu melakukan amal tetapi tidak mengaku lelaki itulah ayahnya.

Seorang anak pula degil,jahat dan selalu engkar. Tetapi dia mengaku lelaki itulah ayahnya.

Jika ayah itu ingin memberi hadiah agak-agak kalian siapakah anak yg akan diberi hadiah?"

Allah Maha Besar.Allah Maha Besar,Allah Maha Besar.

Hati sy luluh. Dosa yg terbesar ialah dosa menyekutukan Allah. Sy jadi teringat kisah yg sgt terkenal tentang seorg penggali kubur yang mengaku telah memperkosa mayat seorang perempuan.

Rasulullah sgt marah hingga menghukum lelaki itu keluar daerah dan jangan kembali lagi. Lalu Allah menegur dan menyatakan bahawa dosa yang terbesar ialah menyekutuiNya.
(Sy ringkaskan cerita ini. Kpd siapa yg ingin betulkan kish ini, silakan.)


Tidak seideal mana....

Hidup ini tidak ideal teman-teman. Sy mengakui dgn penuh kejujuran sy tidak sehebat teman-teman mengaji kitab mengambil jurusan dakwah atau bakal bergelar ustazah.Sy rasa rendah diri mengenang diri yg pernah tergelincir dan akhlak yg tidak sebersih kain putih.

Dibesarkn dgn pelbagai pengaruh kiri,kanan,depan dan belakang membuatkan perjalanan hidup ditemukan dgn manusia-manusia yg dari A sampai Z. Kesimpulannya MANUSIA TIDAK SEMPURNA.

Lalu kenapa ada manusia bak Qabil dan yg lainnya pula bak Habil?

LIFE IS ALL ABOUT CHOICES. Ingat,Allah adalah seadil-adil Hakim. Maka,ketika membuat pilihan siapa diri anda,ingatlah bahawa pengadilan Tuhan itu yg terbaik.




Keampunan Allah meliputi semesta. Persoalanya Nak ke Tak Nak? Jika nak,buat cara nak. Mesti tegas dan berusaha mengekalkan pilihan.Apabila pilihan bersandarkan Al-Quran dan Sunnah, InsyaAllah consequencesnya akan baik.

Habis bagaimana pula yang mualaf selepas kahwin dicerai pasangan dan hidup ditimpa dugaan. Bukankah memilih Islam itu baik? Dah solat 5 waktu,jaga akhlak,pakai tudung dan jaga tutur, kenapa dia tetap miskin je?

Alahai teman-teman....


كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

Surah2:216

Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.

Siapa kamu untuk menjadi Tuhan? Bukan kerja kamu menilai manusia,jika sendiri tidak tahu apa yg terbaik untuknya!


Untuk apa menulis?


Kdg2 diri tergelincir jatuh ktk mendaki puncak pembaikan diri. Kdg2 diri tersentuh melihat dan mendengar. Kadng2 diri lupa hanyut dlm arus dunia.



Sy generasi pencampuran budaya,pemikiran modenisasi,idealisme,agama dan sosialisme masyarakat.





Untuk menjadi selurus mungkin dlm 1001 pengaruh idealisme dan urban culture menuntut anda dicemuh,dihina,dianggap kolot,ditinggalkan,payah betul,amatlah tidak 'cool' bila mcm2 kena jaga dan macam-macam lagilah.

Itu pandangan masyarakat yg sy dengar,rasa dan lihat. Tetapi 'pandangan' Allah itu maha penting.Anda pasti aman dgn pilihan anda teman-teman.

Dan utk mengekalkan pilihan,mempertahankan pilihan memerlukan pengorbanan,ilmu dan ketabahan. Sesungguh Allah akan membantu hamba-hambanya yg memilih meletak dunia di tangan bukan di hatinya.

Yakin dan percaya dgn ilmu bukan membuta-tuli. Usah jadi pak turut yg akhirnya entah apa prinsip agamanya.Ekstrem yg bukan-bukan.

Bukankah Islam itu lemah lembut? Ia menolak di sini dan menahan di sana....

6 comments:

anjut said...

salam, itu la, manusia nih...kdg2 yg bertudung tuduh yg tak bertudung jahat mcm pelacur, yg x bertudung tuduh si bertudung munafik...sapa la kita nak menghukum org...kdg2 kita rasa kita dah cukup sempurna, tetapi TIDAK!hanya nabi yg maksum...tugas kita, berjauh la dari maksiat..

anumz sarah said...

Salam kembali,

Syukran atas komen. Baru pulang dr merantau ya? Seronok pula tgk gambar2 di blog dan travelogue mejah. Nak komen,x reti mende nak komennye. X pernah jejak pun tempat2 cenggitu. Seronok baca pengalaman.

Betul,kita tak sesempurna nabi. Namun mesti berusaha utk mencapai kesempurnaan ibadah.

anjut said...

ermm, mcm kita nih, kdg2 tau jer hukum2 agama, tp salah kan hidayah Tuhan, 'hidayah tak sampai lagi'...nonsense giler, pastu ada plak yg halang member2 nak wat kebaikan..kalau la ada sapa2 yg tak faham lagi, tolong la faham, SYURGA dan NERAKA tu janji yg benar...buat la apa jer kat dunia nih, tp mesti tau limit masing2, and jangn nak kondem org sana sini..saya kadang2 tak tertegur member buat jahat coz saya fikir diri saya ni pun tak habis cermin..
itu la nasib kalau iman lemah mcm saya nih, insya'allah akan ditingkatkan...

anumz sarah said...

Nampaknya berdiskusi jua di ruang komen ini saudara anjut.

Hampir saja anum menulis 1 entry baru mengupas persoalan kekerdilan seorg hamba dlm amal makfur nahi mungkar.

Soal kerdil seorg hamba tidak terletak pd layak atau tidak layak.

Tetapi kemahuannya. Sejauh mana dia commit thdp kemahuannya. Kerdil,kita memang kerdil.
Lemah,hina dan mudah lupa. Kerana itu kita ialah hamba.

Tetapi Allah Maha Pengampun, Maha Penolong dan Maha Bijaksana. Dia tahu kelemahan hambanya,Dia berikan petunjuk,Al-Quran,Sunnah dan akal.

Bagi soal amal makruf nahi mungkar,bg anum yg paling effektif ialah dgn peneguran secara contoh perbuatan.

Bilamana ia tampak lebih natural krn kita sendiri yg faham kemanisan ibadah dan erti sbnr Iman.

Mcm iklan syampu yg rambut mcm cun habis bila model iklan tu pakai.(padahal rambut dia dpt rawatan khas salon).X ke kita rase mcm rambut kita boleh je jsdik cun jugak sbb syampu tu?

Er..boleh dpt ke analogi saya?

Persoalan hidayah. IA MESTI DICARI. Allah mendekati hamba-hambanya yg mendekatiNya.

Seperti ilmu,mengikut Imam Malik,kita yg mesti dtg kpd ilmu.

Mengenai peningkatan iman,semoga peningkatan itu BERISTIQAMAH. Sedikit demi sedikit,tetapi konsisten. Lebih kekal kerana Allah suka pd amalan yg sedikit tetapi tetap.

Salam muhasabah buat mu,akh anjut dari france.
Jazakallah Khaira.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

sebagai seorg manusia biasa sy mngaku..bnyak kesilapan yg dibuat...macm2 x terhitung.terlalu bnyak dosa ni..walaumcmn skalipun..SOlat la yg dapt membantu...kt untuk terus bermuhasabah...

anumz sarah said...

Salam ayong,

Solat sgt penting. Sy setuju dgn pendpat ayong. Solat itu merupakan penbezaan utama umat Islan dgn yg lain. Semoga Allah memberkatimu teman.