JUMAAT MINGGU INIPulang. Mengangkat beg ke bilik,menukar baju dan menggantung air teh ais bungkus yg sy beli di tombol pintu. Asar masuk dlm 1/2 jam lagi. Teh ais sgj sy biarkan sbb sy minta ais sikit tp rasanya macam berada di kutub ais.
'Pak cik,sy mintak ais kuranglah....'
(Di lab tadi sgt panas mungkin krn global warming? Nmpknya kena organise kotak khas utk paper A4 di bilik pula)
Monitor memanggil2.
'Sy sudah tukar blogskin ni beberapa kali. Sbnrnya perlu keluar dan explore ke html luar. Jgn asyik mencuba teknologi jumud' Hati menegur.
Maaf ya rakan-rakan. Sy sering ke blogskin tetapi tidak jumpa yg berkenan di hati. Lalu html ini kekal berlegar2 dgn blogskin skema dr blogspot.
'Minggu ini penuh ya?' tegur hati.
'Mm.' Balas 'saya' yg penat.

Dari Selasa disapa test,paginya ke hospital mangambil darah, rabu sepanjang hari dgn no. giliran 5011 di pusat perubatan Universiti Malaya(penuh gila!) dan jammed sewaktu masuk dan keluar. Baru dpt melawat yanie di DEMC ptgnya usai test Pharm Analysis.
Oh ya,hari ini dgn lab dan presentation pagi tadi. Oh,Mr Tommy kelihatan passionate bercakap mengenai nanotechnology yg menjadi kegemaran researchnya.
Tetapi kami terkontang-kanting dek pembelajaran bak Problem Base Learning(PBL) yg ditiru dari Universiti di Portugal .Bimbang buku serta bhn reference yg ditafsir mengikut otak student naif kami ini tidak menepati interpretasi seorg pensyarah komited spt kamu.
Esok,Jumaat menanti dgn 2 test yg menutup minggu padat ini.Tak pernah menanti hujung minggu sebegini 'angau'.
Itulah,no pain,no gain!
PENGORBANAN DAN KETENTUAN
Dulu ada sebuah buku bertajuk' Seekor Manusia dan Seorg Haiwan' di library SEMASHUR. Pernah berada di lantai library membaca 'Black Beauty' dan 'Pia' novel hadiah Sastera Utusan.
Di sekolah itu juga sy pernah menelaah beberapa lama hingga gemar makan dlm kelas dan sentiasa dihalau pengawas. Dan juga nasi goreng seringgit tp kenyang amat di kantin serba sederhana. Naif saja.
Juga pd sebuah kenangan tatkala sy redha akan ketentuan Tuhan yg menyebabkan hospital menjadi rumah ke-2. Pengalaman yg amat mematangkan dan jujur jika sy tidak alami ketentuanNya,sy bukanlah sy sekarang.
Ketentuan Tuhan mengajar sy satu perkara:
Bila mana kita merasakan sudah memberi segalanya,bekorban dgn usaha yg menjerihkan minda dan empunya jasad,lalu bangga menyatakan kejayaan sudah milik anda, benarkah?
Tidak. Untuk menjadi seseorg yg benar2 berjaya anda mesti kenal Pemilik ilmu itu siapa. Mesti akur dgn kuasa penentuanNya.Kita berusaha bersungguh-sungguh,Dia yg menentukannya.
Sdg Nabi Sulaiman terlupa akan perkataan InsyaAllah sudah dimurkai Tuhan. Kita?
FINDING PLACES
Dari buku 'DEWEY' kucing comel dari bandar Iowa,yg saya suka definisi kegembiraannya:
'Find your place. Be happy of what you have. Treat everyone well. Live a good life. It isn't about material things,it's about love. And you can never anticipate love'
pic: Oden!! Turunlah sayang!!
Seperti Buku 'Lambaian Kaabah' karya Hamka,ulama serta canselor Universiti Gadjah Mada tu sy sematkan 'DEWEY' elok2 dlm koleksi.Terima kasih juga pd seorg sahabat atas kiriman hasil penulisan beliau ttg soal jwb Islam dan benarkah Nabi Isa disalib.
Terima kasih ya
.(Sdg berfikir adakah library kecil ini perlukan ruang tambahan. Hmm...ye la tu..sdg berjimat cermat ni. Thn 2009 inflasi tinggi..)
Membaca,menulis,mengembara,interior,seni dan ilmu ialah 'places' yg selesa dgn diri yg dicipta.Sy menemui 'diri' sy di situ. Bukan mudah utk temui tempat anda di dunia.
Tulisan 'Pelayaran Mengenal Fungsi Diri' oleh Ustaz Hasrizal di SaifulIslam.com menemukan sy dgn motivasi baru yg menyenangkan.
'Buat apa pun biar bersungguh-sunguh!'
Allah tidak ciptakan manusia bijak atau bodoh. Tetapi Allah mencipta manusia dgn berbeza kepandaian. Kita mesti mencari kelebihan dan bersungguh-sungguh melaksanakan tujuan kita dijadikan.
Seperti Helen Keller yg matanya buta,pekak dan bisu.
'I can't do everything,but I can do something.I will never neglect what I can do.'
Manusia dinilai sesuai dgn kadar nekadnya dlm mengusahakan sesuatu.Bukan mudah menjaga kejayaan dan menjadi seseorg. Tetapi jika bersungguh-sungguh dan diiringi hujungnya dgn tawakal,InsyaAllah kejayaan menemani kpd yg berusaha.
JANGAN PERNAH LUPA
Menghadap pemandangan luar tingkap bilik,sy terkenangkan berita suratkhabar beberapa hari lalu,Gaza dibedil lg Yahudi laknat. Juga pd Pasukan Mercy Malaysia terpaksa meninggalkan Gaza krn bekalan ubat2an dan mknn habis. Dan TV3 yg menyiarkan kekejaman Yahudi thdp umat Islam di sana.Laporan kesan bom fosforus yg menghakis ke daging muncul pula hari ini. Kejam!
Perjuangan saya tidak setanding kamu saudaraku! Benarlah kata-kata:
Jika tiada kasut lihatlah org yg tiada kaki!
P/S: Bila sy kepenatan sy mudah saja menaip perkataan salah lengkap dgn grammar error. Maafkan saya ya? Menulis bukan utk memberitahu tetapi mengingatkan yg selalu terlupa siapa lagi kalau bukan diri sendiri.
pesan pd seseorg:
Sy mahu berterus-terang pd kamu. Masa sy dipenuhi oleh segala yg menenangkan. Tak sanggup rasanya menggantikan cinta Tuhan dgn cinta manusia. Harus bagaimana lagi sy ingin terangkan? Bila hati sy milik Dia tiada tempat utk kamu lg. Doa sy titipkan utk kamu setiap hari agar kamu dikurniakan pengganti yg lebih baik lagi. Amin.'