Sy meletakkan buku ATN krgn ustaz Hasrizal. Teringat pd nota Prof Zaki yg belum habis dihadam. Juga notes lecture Prof Aisyah yg detail amat terutama bab pharmacology.
Mata 'letih' memahami jenis perniagaan sykt Naza yg menjadi bahan kajian utk assignment marketing Puan Zatul.Juga semakin kuyu bila menatap annual report sales yg bukan core bidang pharmacy. Tiba2 saja mata tertutup rapat.
'Alamak!! ish ish...x boleh jadi ni...' Bangun dari meja menuju ke dapur. Huhu...mana kau biskut?? (sori ye cik biskott,sy makan 'anda' haha..)
Bertemankan teh panas/horlicks kdg2 tak jalan juga. Biskut tiada effect 'membangunkan' tetapi effect 'mengenyangkan'. Lain sudah tujuannya kalau ke dapur.
Justeru sy gemar menggapai buku-buku cerita atau 'bukan buku teks' jika otak tepu dgn fakta.
Entah apa ada pd buku2 non-study ni,mata segar terus!!
TERPAKSA
Sepanjang minggu awal March memaksa sy menulis tanpa jiwa(ada ke ayat ini??) dlm blog. Bila tumpuan lebih kpd nota bertimbun,assignment menggunung dan preparation exam final yg wajib fokus, blog ter'abai' seketika.
Mengikut rule FIRST THING FIRST,tindakan ini wajar. Well, ada juga kata2 ini: Only work and no play, make Jack a dull boy!
Ceh,saja je nak gunakan quotes ini utk sedapkan hati. Pendek kata,sy tetap nak juga baca buku2 non study jika ada kelapangan!
MAULUD NABI
Oh ya tarikh 12 Rabiulawal makin dekat. Seorg teman kuliah begitu baik mengongsikan peringatan ttg Maulud Nabi beserta pengajarannya. Terima kasih saudariku.
Beginilah kita belajar berkongsi rindu. Rindu pd kasih sayang baginda Rasul. Rindu pd bimbingan,sunnah dan peringatan beliau.
Oh ya,sy juga ingin kongsi bersama2 teman bloggers sebuah buku novel pertama yg saya beli.
CINTA MADINAH
Novel Cinta Madinah oleh Abu Hassan Morad. Beliau penulis novel Julia yg pernah menggegar tanah air kita. Tulisannya berdasarkan cinta Ilahi.
Yang paling disukai ialah apabila terdapat petikan Sajak Al-Amin karangan penulis tersohor tanah air,A.Samad Said.
Hari panas ketika itu,mentari mempunyai kisahnya sendiri,
Dan langit masih penuh rahsia.
Hari panas ketika itu, Alam mempunyai ceritanya sendiri
Dan gurun masih penuh rahsia.
Nabi meminta benjana air dan diusap wajahnya,
Berkata tenang datangnya ajal dan rela.
Di pangkuan isteri kepalanya,
Berkata ia sukar diterka,
Dan tengah Rabiulawal tahun 11 Hijrah, Nabi yang mulia menghembus nafas akhirnya.
Hari panas ketika itu,mentari mempunyai kisahnya sendiri, Dan langit masih penuh rahsia.
Hari panas ketika itu,
Aduh Nabi sudah tiada.
Bait-bait Puisi Sajak dari buku Al-Amin karangan A. Samad Said.
Apakah kalian tidak rindu???
11 comments:
kombawo ukhti sbb tulis pasal buku cinta madinah ni. nak cuba carilah. dulu ade intention nak beli cume lps tu lupe la pulak.
Syukran hartini.
Sudah lama dalam simopanan. Tiba2 teringat. Arigatou hartini chan!!
Salam...
Indah sekali lontaran puisi mereka..mari kita sama-sama selawat ke atas Nabi..sollo alan Nabi..
Syukran ya akh ibnurashidi.
Karya Al-Amin anum masih x mampu nak miliki.(Maklum budget ketat sbg student..adeh...)
Salam dan selawat ke atas baginda Rasul.
Juga salam perjuangan dr Malaysia buat akhi di bumi Mesir.
Pernah menatap dan membelek karya Al Amin, tetapi belum sempat menelaah tentangnya.. ermmm
Sejujurnya belum sempat dibeli pun. Sekdr 'merempat' di MPH menatap buku yg x mampu terbeli. Hihi...janji dpt baca pun dh best sgt..^^
Anum,
Kak Tirana belum baca lagi Cinta Madinah. Nanti bila Anum dah habis baca, buat review sikit ye..
"Sekdr 'merempat' di MPH menatap buku yg x mampu terbeli".
Aku juga punya kegemaran yg serupa... menghabiskan banyak masa di kedai buku untuk membelek dan membaca yg terpilih2
Salam kak tirana,
InsyaAllah. Tapi review dr pemikiran sorg student yg minat baca buku ja ya kak?
Anum ni nk mengulas buku bukan siapa-siapa. Skdr promote reti kak,nak review rendah diri rasanya.
Skrg ni pun sudah ada pengulas blog. Power ilmu dan teknologi skrg.^^
Salam koishie,
Baru pulang dr 'merempat' di MPH. (uu...malu nk mengaku rasenya..tp ada pengalaman menarik yg a bit embarassing..hihi...)
Umi sihat koishie? Ribut sudah berlalukah?Doa ketenangan utkmu.amin.
Terima kasih bernada sahabat buat kamu anum. Alhamdulillah, Semuanya dalam keadaan yang menyenangkan. Ribut juga sudah berlalu dan angin nyaman sahaja yang kini berdamping. Nyaman juga kerana kerap menyinggah di blog kamu yang banyak berpesan2 dan beringat2 ini... :)
Post a Comment