Tuesday, March 10, 2009

'Universiti' Kehidupan

BEBOLA OREN YG MENGAJAR

Oden jrg sekali meminta sy memangkunya lama. Kerana sy gemar memangkunya seperti bayi. Namun,sejak akhir2 ini dia sering mengiau panjang. Menarik perhatian sy di meja belajar.

Malah tidak kisah andai saya memangkunya lama. Dia seolah2 'crave' for it.Kdg2 sengaja melompat atas keyboard utk 'memaksa' sy memberi perhatian lalu mengangkatnya sambil konon2 marah.

Mana mungkin sy marah pd Oden? Kucing kesayangan kami semua. Dia sering ada bila sy sedih dan seolah2 amat faham bila sy berkata padanya. Pernah sy mengalami saat sedih teramat dan dia menunggu di tepi sejadah seolah turut berdoa agar Allah membantu sy dalam setiap kesulitan.

Dan sejadah itu jugalah tempat tidurnya tika sy tidak menggunakannya. Kdg2 sy terpaksa mengalih 'bebola oren' yg beratnya 7 kg ini ke atas katil/meja belajar krn sy perlu menunaikan solat. Mungkin tikar solat itu lembut jadi seronok dia berbaring pula.

Oden mengajar sy erti kasih syg. Erti memahami dan kepentingan mendengar dgn empati. Menghormati dan menyayangi.



Kucing yg kerjanya makan dan tidur ini mengajar nilai kemanusiaan yg tinggi tahapnya pd sy yg menuntut di universiti!

Terasa jahil diri berhadapan dgn makhluk Allah ini. Sesungguhnya setiap kejadian Allah itu mempunyai tanda kekuasaanNya yg Maha Tinggi. Tidakkah kamu melihat?
Pic:the i-don't-want-to-get-up-from-here trick

KENA MASA DAN TEMPAT

Pertama,sy ingin mohon maaf jika bermula minggu ini,blog simplylife pudar tanpa update. Kerana priority sy berubah ke persiapan peperiksaan.

Kedua,utk langkah proaktif sy akan cdgkan blog2 yg bagus utk dilawati. Di Bloggers Station ada senarai blog2 yg punya kekuatan tersendiri dlm menulis.

List Mentor Hati Professional juga merupakan list blog yg paling sy hormati penulisan mereka.
Panjangkan langkah ke sana demi setitis ilmu.

Juga sy akan mengwar-warkan blog2 yg sy kira penulisannya ideal dgn isu,masa dan situasi. Tepat benar kata-kata Imam Malik: Kau mesti mendekati ilmu bukan ilmu mendekatimu.

Dan utk semua bloggers yg sudi singgah ke blog simplylife,sy ucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Teguran,kritikan membina,kesanggupan meluang masa utk komen dan sudi meninggalkan jejak di ruang chat box sudah cukup membahagiakan non professional blogger mcm sy.

Sekali lg,terima kasih.

RUANG

Sy penuhi ruang alam maya ini dgn sedikit oleh-oleh usai sy merayau mencari maklumat utk assignment marketing sy. Selain Rabbani,Raihan,Yassin,Imad,Ustaz Akhil Hayy,sy peminat Sami Yusuf,muzik Balkan dan apa saja nasyid dr IKIM.fm. Memang pilihan utama. ^^








On hiatus !!^^

6 comments:

Tirana said...

Anum,

Kak Tirana pun minat dengan Sami Yusuf. Suaranya..alahai..merdu sungguh. Orangnya pun handsome kan? hehehe..

anumz sarah said...

Salam Kak Tirana,

Setuju amat dgn kenyataan itu. Hihihi...Oh ya,lagu2 dia mmg best. Merdu dan kacak lagi...^^

biskott said...

comelnya oden!~

kucing memang istimewa.
kadang2 macam terasa juga kucing faham bila kita sedih.



*suka juga bercakap dengan kucing. hehe.

anumz sarah said...

Salam,
Oh biskott,amat merindui kamu. Baru tadi menjamah 'sedare-maramu' biskut Hup Seng. Hehe...

*Kalau kucing boleh cakap balik,agaknye ape dia balas ek??

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

comelnye oden.sebnarnya kucingni blh di jadikan sahabat untuk kita meluahkan sesuatu..dan sebenarnya binatang pun berdoa untuk tuannya..tu sebab kt x leh seksa bntg..kerna itu sumer saksi kt di akhirat nnt..

anumz sarah said...

Salam ayong,

Betul pendapat ayong tu. Kdg2 anum x faham,kenapa ada org boleh marah2 siap libas dgn penyapu/kayu pd haiwan. Kesian betul.X sampai hati menengoknya. Sudah adatnya haiwan,mestilah tiada akal. Taunya nk cari makan.

Kita sbg manusia mesti memikir dan melaksanakan cara utk mengurus haiwan2 ini. Sungguhpun dgn hanya berbuat baik pd haiwan, itu pun sudah menjadi tugas manusia sbg
khalifah.

P/S; Sebak tgk kucing liar dilibas penyapu.