"Ha'ah. Yang ke 18.Kenapa Ma?" .
"Oh...dah besarlah semua anak Mama. Betullah mcm lagu dalam IKIM.fm tu..." Balas Mama menutup tupperware kuih.
'Di saat kau lena dia berjaga,kau bersenang dia bekerja,
Untuk mu tiada terbatas,Memberi tidak minta dibalas
Punya kekuatan jiwa,Punyai maruah
Itulah yang diwarisi,Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan,Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian,Tapi tanda sayang
Engkau semakin dewasa,Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua,Membilang usia
Di saat kau berjaya,Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa,Jasa bonda
Dan sy menghitung diri bila mendgr kata-kata mama yg sekerat cuma. Semoga Allah permudahkan sy memenuhi tanggungjawab sbg hambaNya,anak,individu dan pelajar. Menyambung semula basuhan di singki sambil menempelak diri.
'Itu baru sedikit list tanggungjwb kamu sarah. Buat apa pun mesti bersungguh-sungguh! Hidup bukan utk bermain-main!!'
Kejayaan adik dlm SPM memberi senyuman pd Mama krn dia berjaya memikul tanggungjawabnya sendiri sbg pelajar. Namun,perjalanan masih panjang. SPM bukan pengukur kejayaan. Kejayaan di kertas tidak menjamin kejayaan hidup.
Pernah dgr bahawa success is 80% attitude and 20% IQ?
Kini,kami semua amat faham kenapa sikap yg betul itu penting. Kerana kehidupan bukan kertas peperiksaan. Alangkan dlm penjara juga ada banduan berijazah.
KANAK-KANAK ,WANITA & EMANSIPASI
Sy masih ingat sememehnya sy ketika menghayun buai depan taman dan dikejar Mama krn lambat balik(dh nak maghrib...). Dgn seluar track lusuh(abg punya) dn t-shirt extra size(budak kn cept besar) kami semua akan berlari bermain kejar-kejar atau hayun buai tinggi sampai mencecah ranting pokok. Daddy selalu akan bersikap protective,marah gitu-gitu sj sbb maklum,Mama akan lebih gengster dari dia.
Waktu kecil,mmg best. Lasak dan adventurous. Sekarang,bak kate biskott,kalau perangai mcam tu,memang kensel jadi menantu. Hampeh!Bercakap ttg menjadi kanak-kanak menyenangkan. Kerana ketika itu fitrahnya seorg kanak-kanak dipenuhi dgn skop kehidupan yg kecil.
Menjadi dewasa,skop itu semakin meluas dan fitrah menjadi dewasa menuntut agar tujuan hidup dicari supaya dpt memaknakan sebuah kehidupan. Pencarian kebahagiaan merupakan fitrah semua manusia apatah lagi memaknakan sebuah kehidupan sbg wanita Islam.
pic:hiasan
Bukan tidak pernah sesat atau terlupa. Bukan siapa-siapa sgt jika dibanding dgn Khadijah, Aisyah dan Fatimah. Namun,masih bercita-cita.Terlalu emansipasi juga payah.Keluhan teman ttg perangai wanita zaman skrg kedgrn dlm satu majlis raya tak lama dulu. Sy akui kehebatan wanita. Impian lumrah adalah mampu menjadi pekerja yg cemerlang pd masa yg sama merupakan ibu yg baik dan isteri yg erti hormat akan suami.
Tapi jika sudah sampai ekstrim x tentu pasal,kan sudah lari dari fitrah namanya. Wanita,memang mulia. Jgn terlalu rendah hingga dipijak,jangan pula terlalu tinggi hingga memijak!
ILMU & KEBAHAGIAAN
Seorg suami bertengkar dgn isterinya,lalu ia berkata: Sesungguhnya aku akan mencelakakan kamu!"Sang isteri berkata dgn tenang:"Engkau tidak mampu." Suaminya berkata:"Mengapa tidak?"
Sang isteri menjawab:
"Jika kebahagiaan berada di dlm harta,engkau dpt mencegahnya dariku.Jika kebahagiaan terdapat dlm perhiasan,maka engkau dpt menahannya agar sampai kpdku.Kebahagiaan itu bukan pada apapun yg engkau miliki,atau yg dimiliki manusia lainnya.
Sesungguhnya aku menemui kebahagiaan dlm imanku,imanku di dalam hatiku, dan hatiku tidak dpt dikuasai oleh seorg pun,melainkan oleh Tuhanku."
Ilmu ialah sebaik-baik peneman kehidupan. Ilmu agama,akademik,kemahiran hidup dan added value mesti ada dlm setiap diri wanita. Dan yg pasti semakin berilmu semakin mesti tahu merendah diri.
Namun di universiti,sudah acapkali telinga menadah cerita yg menggoncang asas keimanan. Allah sudahpun mengangkat kaum wanita agar sama taraf dgn lelaki.
Apa yg perlu sy katakan lagi? Sy hanya mendengar,pemerhati dan penulis saja. Yg paling mahu mengingtkan diri dan sgt kerdil ilmunya. Siapa sgt sy ini? Sy juga diuji dan sgt takut dgn dosa menggunung ke langit.Inikan mahu menasihati.Terasa amat tidak layak.
Utk adik ini sj kakak mampu katakan.Semoga kamu berjaya menempuhi alam universiti yg penuh dugaan kehidupan. Tiada siapa yg akan membantu atau menegur kamu lagi. Semoga bijak mengurus perasaan. Kelembutan bukan hiasan. Bukan pameran. Ia kekuatan jika diguna sesuai dgn masa dan tempat.
Sukar? Benar. Boleh menjadi realiti? Boleh. Nak ke tak nak?
Seroja
Mari menyusun seroja,Bunga seroja ah... ah...
Hiasan sanggul remaja,Puteri remaja ah... ah...
Puja lah ia sekadar Oh sekadar saja
( korus )
Mengapa kau bermenung Oh adik berhati binggung(2x)
Janganlah engkau percaya dgn asmara ...(2x)
Lirik:S. Effendi
sumbangan Nurybisa@NurySabar
5 comments:
Benar hidup zaman ini susah juga. Untuk itu, hmmm selamat menempuh zaman universiti.
"Kerana kehidupan bukan kertas peperiksaan"
ermmm.. moga dipermudahkan hidupku.. juga kamu.. dan semua antara kita ini.
Salam akh fareast,
Syukran buat komen. Selamat menempuh universiti di matahari terbit. Salam buat si bakal pengembara ilmu.^^
Salam koishie~^^
Huhu. Terima kasih koishie utk doa dr alam maya. Salam perjuangan buat mu ukhti.^^
Kejayaan hidup tidak boleh diukur dengan bilangan A dalam peperiksaan dan juga tidak boleh diukur dengan degree yang kita dapat.. Ada orang dapar PhD tapi hidupnya tak bahagia..Happiness is an attitude, lies within ourselves. Tak payah nak bergantung pada sesuatu atau sesiapa untuk menikmati kebahagiaan hidup.
P/S Anum suka ye instrumental musics di blog kak tirana.. Kak tirana ni memang minat soft and slow instrumental musics macam tu...hehehe
Salam kak,
suka sgt sebenarnya. Sampai tercari-cari omar akram kat google.^^
Anum sbnrnye baru realised perkara ni. I used to score but then rase empty yg teramat. Pastu my life went haywied then now,I realised,it's what we do and choose determine who we are. Allah is great. Allha is very great.
Thank you kak for such an understanding blogger's mentor.
Syukran.=)
Post a Comment