Monday, August 20, 2012

Ramadhan: strive for progress not perfection.

A BIT BUMPY RIDE

It has been a bit bumpy ride for me this Ramadhan. Super tired and 2 episodes of vomit. Not to mention crazy work schedule thanks to the biggest misunderstanding ever. Oh well... I tried to be proactive instead of blaming people. Really blaming other person won't get the problem solved,it just create more problem. Le sigh.....

Series of unfortunate events occurred when our house has been broken in by burglars. Damn you burglars!! 
Lucky we took with us balik kampung all the priceless items but now I lost my main laptop that I bought 6 years ago. Gee.... Am not so happy since I have all my important presentations and work files in there. Dugaan dari Allah..maybe Dia nak tegur us since I am soooo busy and neglecting few of my sunat routine that I practiced since highschool. Allah, please forgive me.


Ramadhan this time is not so perfect for me, but there are progress. I am able to bayar zakat fitrah for myself now.=) Plus am happy to buka puasa with family everyday although work schedule is super crazy. My research went well although I have to admit I got a bit roller coaster ride in finishing it. Oh well, am not a perfect person but hey I DID GIVE MY VERY BEST. =) 

Mum says, we have to pasang niat kerja sebab Allah and must be able to be professional at every level. I'm beginning to understand what she really meant. I am learning and finding balance in this challenging career. I hope I could find my stable ground and able to work with everybody professionally. There will always be challenges at work be it negative co-workers, uncooperative members, or just the nature of the work. But I am happy to say I love my job and learning something new everyday. Now I just want to strive for the best to please Allah and able to be a useful khalifah in this world. For this, I am grateful.

Thank you Allah, Thank you. =)

p/s: tak sempat lansung nak pg shopping raya. But I got my cuti awal sooo no complaint there. Hehe.... Oh ya, SELAMAT HARI RAYA PEEPS!!! XD

Saturday, July 14, 2012

Super busy? Nope. It's life.

BEING MUSLIMAH EMPOWERED

It's been a hectic month for me. June was so full that I need to learn how to STOP & BREATHE.Alhamdulillah,July seems to be quite peaceful and calm. Well, come to think of it, the real meaning of July is research month  of HTAR.

Yep,so much of peace and calm huh? But I need to do this. I need to finish things that I started. So, June brought Muslimah Empowered event at MARTRADE center. I am blessed to meet with such wonderful speaker. Sis Yasmin Mogahed, Sis Raya Softkatland, Sis Wardina and Mercy Mission Brother Tawfik, Sheikh Yahya and Sis Myriam Francoise. 

The bazaar, spa treatment(facial,pedi and manicure) plus entire day of talk by sisters were a good experience. Alhamdulillah. I got the chance to prayed with Sis Raya for maghrib prayer. Am thankful to Allah for the wonderful experience. 

FRIENDS,BIRTHDAY, WEDDINGS,LIFE

I don't want to talk about work. Please. Not now. Today is Saturday and I need my mind,heart and body to rest. Plus SLE won't let me be the outing type of gal,just the indoor type. Oh well, am happy to admit that me and hi-tea is couple made in heaven. Me and 'keluar jalan2 crazy explorer' are well....errr...just not my cup of tea.Talk about tea-I HAD THE MOST WONDERFUL BIRTHDAY TEA EVER!!!!

Thank you Mar and Imah for superb belanja birthday tea. I promise next time is my treat. We are gonna go CAFE HUNTING!!! Heee...of course I would love to experience Levaine Boulangerie,but it is in KL and driving to KL is just....nantilah...

Plus today,just met my primary school bestfriend Aisyah at her wedding. Gee..so much time had passed that I miss her so much. Although reunion is not recommended at weddings,short gathering yes. Not a long let's meet and chat. Cause really people, it's a wedding for god's sake!

ME TIME....tsk..tskk....

I miss my 'me time'. I love being the quiet gal. It's like having the perk of being a wallflower. Yeah,sounds familiar? Of course it's a title of a book and indie film. And I need that,really,really,REALLY NEED THAT.

Need to cari my inner peace again. Hopefully by the end of July I manage to get my research done and raya happily. Yep,for now I must finished all my kerja. InsyaAllah....

Saturday, June 9, 2012

BUKAN ROBOT TAPI MANUSIA!

TOUGHER

Menguatkan diri menghadapi realiti merupakan satu latihan ketat yg azali sejak bergelar pesakit SLE. Semua keputusan,baik melibatkan kerjaya,hidup hatta cinta sekalipun perlu menitik beratkan betapa lemahnya fizikal sy ini.

 Ujian kesihatan yg memberi kesan kpd fizikal memberi saya beberapa pilihan utk terus kuat. Mental,emosi dan rohani. Ya, 3 elemen kuat membantu 1 elemen yang diuji. Sungguh Allah itu benar-benar Maha Pengasih dan Adil. Kuatnya kuasa minda benar-benar mampu membantu menghadapi hidup yg serba mencabar.

Sekarang menumpukan pd menguatkan emosi dan rohani pula. Memilih utk menjadi bujang sementelah rakan sekeliling mula naik pelamin bukan ujian calang-calang. Bohong hati tak terusik, juga sunyinya ujian menyendiri. Tetapi entah kenapa tenang juga menerima takdir ini. Barangkali sy sedang belajar kekuatan redhanya sekeping hati dan berusaha mencari bahagia dgn cinta nombor satu iaitu pada Ilahi. Juga barangkali Allah sedang melatih rohani utk bahagia walau teruji. Indah, bila diri dilatih realiti.

Cuma,sy akui alangkah penuhnya hidup ini jika mampu bekerja dan belajar dalam keadaan sihat. Impian menjelajah bumi asing, menyumbang pd persatuan ilmu dan memperbaiki diri dgn menghadiri majlis ilmu merupakan dambaan utama selain bekerja dgn bersungguh-sungguh. Sy sedang mempersiap diri utk menggapai impian dalam realiti kehidupan.

Alhamdulillah, hanya Dia tunjang kekuatan diri. Juga terima kasih kepada ibu,ayah,keluarga dan sahabat yg merupakan penyokong kuat serta sumber inspirasi. Ya, IsnyaAllah melepasi dugaan terbesar kali ini melatih emosi menerima qada dan qadar. Betapa menerima qada & qadar itu mudah disebut berbanding menghadapinya.


Tuesday, May 22, 2012

MENCARI REDHA CINTA

BUKAN TAK MAHU MENULIS LAGI

Pejam celik,pejam celik sudah masuk hampir 6 bulan menjalani kehidupan bekerja. Penat yg dialami bukan calang-calang kerana hospital tempat bekerja merupakan hospital besar yg mempunyai jumlah pesakit yg ramai.

Ditambah dengan beban kerja yang benar-benar mencabar. Badan diuji 100% maksimum sehingga 3 minggu ini badan saya mogok ingin berehat.

Hypergastric secretion. Cough and flu for 2 weeks. Baru-baru ni nausea and vomiting. Semua simptom menyatakan badan saya penat melampau dan inginkan rehat. Sedangkan dunia kerjaya bukan seperti belajar yang cutinya diperhati oleh pihak majikan dan dipantau ketat. Malah saya tidak berani cuti sangat kerana bimbang banyak perkara yang boleh dipelajari akan tertinggal dek sibuk mengejar cuti.

Juga,bimbang SLE akan buat hal tiba-tiba dan menuntut masa cuti yang panjang. Nah! 3 minggu berturut-turut saya kalah dengan tuntutan kesihatan yang turun mendadak akibat kelalaian mendalami dunia kerja. Benarlah kata orang,kesihatan itu satu nikmat yang tak terhingga. Barangkali Tuhan juga mahu menegur saya yang semakin alpa menyelesai tuntutan dunia lalu gagal seimbang dgn tuntutan akhirat.

Allah,maafkanlah hamba-Mu ini...

MENEGUR DIRI DAN MENJAGA HATI

Berurusan dgn manusia dalam alam pekerjaan sgt melelahkan kadang2. Sukar memujuk diri membuatkan sy terlepas pandang. Badan yg terlalu penat, sukar tidur malam dan sakit-sakit badan menerjah sekaligus membuatkan emosi mudah saja nak meletup.

Saya bukan Khadijah bt Khuwailid. Juga bukan Fatimah bt Muhammad. Jauh sekali diri saya ini dengan wanita-wanita hebat zaman Rasulullah. Tetapi ada hati nak mencontohi mereka sedang kerdil benar iman dibanding dgn wanita solehah era zaman Nabi.

Kecekalan mereka,kesabaran dan kekuatan mereka amat tinggi. Saya baru nak mendaki. Betapa sukarnya saya memujuk hati menerima takdir Ilahi. Cinta sy pd ilmu, pd sebuah kehidupan berkasih-sayang diuji begitu kuat sekali.

Diterjah ujian fizikal kesihatan dan emosi benar-benar melumpuhkan semangat seketika. Jika tiada Allah barangkali sy masih berlinang air mata. Tetapi bukankah keputusan sy agar mengorbankan cinta manusia demi cinta Ilahi yg hakiki?

Saya pujuk diri berkali-kali. Memohon agar Tuhan kasihankan saya, membantu sy melepaskan perasaan cinta duniawi agar kelak sy beroleh cinta hakiki. Agar Tuhan menunjukkan hikmah,menjaga diri dan membimbing perasaan fitrah berkasih-sayang agar lebih ikhlas dan kukuh suatu hari nanti.

Sungguh, saya jauh dari Rabiatul Adawiyah. Saya belum cukup kuat. Tetapi saya masih dan sentiasa bermohon untuk menjadi lebih kuat walau badai ujian melanda bertubi-tubi. Cuma sy minta sekali ini, maafkanlah sy Tuhan kerana rindu masih melekat di hati. Sungguh sy manusia biasa yg dilanda perasaan fitrah. Lepaskan sy dari beban rindu manusiawi agar sy redhai ujian terhebat kali ini.

Semoga Tuhan mengasihani diri dan menguatkan pengorbanan demi sebuah cinta hakiki.

Friday, March 30, 2012

tenggelam dunia kerjaya

MENGEJAR SEBUAH CINTA DAN CITA-CITA

Seingat saya,bidang farmasi tak pernah menerjah ruang pemikiran cita-cita usia kanak2 saya. Tak pernah juga menjadi pilihan ketika saya sibuk mengejar kejayaan alam sekolah mahupun matrikulasi.

Dan sy bergelar ahli farmasi sekarang. Mencari makna dalam sebuah kerjaya. Antara cinta sy pada ilmu dan takdir, Allah yg lebih berkuasa dalam hal ini.

Cuma satu saja doa saya yg diulang berkali-kali. Berilah sy kejayaan dunia dan akhirat. Berilah sy kejayaan dunia dan akhirat. Itu doa sy. Sehingga nyawa di hujung pun itu masih doa saya.

Sy tenggelam dgn kesibukan sepanjang hampir 5 bulan dalam bidang kerja. Di hospital tempat bertugas,segala yg termampu sy lakukan. Dalam kesibukan sy mencari makna. Jika duit yg sy kejar maka motivasinya sgt sekejap, malah menyeksakan.

Sy masih mencari. Mencari makna sebuah pekerjaan ditakdirkan Ilahi.

KERJA ITU IBADAH

Menjadikan kerja itu ibadah memudahkan operasi memujuk hati,minda dan jiwa jika badan sy dilanda penat yg teramat.

Musuh utama saya, penat yg terlampau atau dalam bahasa medical dikenali extreme fatigue. Kata mama, kita ini manusia kerdil sebenarnya lemah, yang kuatnya hanya semangat. Saya akui, penat sy kadang2 melampau tambah dengan SLE.

Dugaan terbesar saya. Penat fizikal mampu mengubah pertimbangan kadang2. Saya akui kadang2 sy tak mampu juga kawal emosi dan terlepas pandang. Banyak lagi yg perlu audit diri ni.Saya sedang dan masih mencuba, hingga sy berjaya. Mengejar cinta dan cita-cita nan satu itu.

Semoga Tuhan mengasihani saya dan menunjukkan jalan.

Agar sy menjadi mampu menjadi hamba-Nya yg berjaya serba-serbi dunia akhirat. Ya,semoga.

p/s: Tahniah untuk orang yg pernah saya cinta di atas pernikahannya. Saya telah serahkan cinta saya pd Dia,maafkan sy andai sy tak cukup kuat berjuang demi sebuah cinta manusia. Barangkali jodoh kita memang tidak ada. Saya doakan kamu bahagia sentiasa.

Wednesday, October 19, 2011

missing.=)

WANDERING ABOUT

Maaf jika sudah lama tidak update. =) Sy benar-benar berehat cuti kali ini. Menyelongkar minda dan jiwa. Sy sedang mencari identiti dewasa.

Jadi cuti ini dihabiskan dgn berkunjung keluarga rapat,sanak saudara yg kebetulan mengambil peluang balik ke Malaysia setelah bertahun-tahun di negara orang. Membaca buku yg tidak sempat sy hadam ketika pengajian dulu. Terbaru sy taksub dgn Khalil Gibran dan Dr, Tony Zeiss. Kebanyakan buku mengenai membina peribadi, etika pekerjaan dan motivasi kerjaya.

Turut menghabiskan masa di perpustakaan baru Shah Alam dan menghabiskan kutipan data research di PPUM. Alhamdulillah..... sy berjaya mendapatkan 71 responden dan bakal menghadiri MPS konferens di Kuala Lumpur. Langkah kecil yg bermakna sebelum mengambil langkah besar yg penting.

CAREER PLANNING

Kerjaya atau career planning banyak mewarnai cuti saya. Saya mengumpul maklumat, bercakap dgn orang-orang yg berada dalam bidang yg ingin sy ceburi dan merangka perjalanan kerjaya.

Pada masa yg sama cuba membaiki peribadi diri sendiri,kerana maklum bakal masuk kerja November ini. Sejuta satu macam perangai manusia yg bakal sy hadapi. Semoga Allah membantu saya.... Ameen.

Monday, August 8, 2011

I Believe. =)

KEPERCAYAAN,KEYAKINAN.

Baru saja selesai sesi ceramah di Yayasan Restu. Melalui video Solat Terindah oleh Ustaz Kamal, baru sy tahu yg ketika Al-Fatihah dibaca dalam solat,Allah berinteraksi dgn hamba-Nya. Dan solat itu separuh utk hamba-Nya dan separuh utk Allah. Harap-harap sy dpt jumpa video ustaz Kamal utk dikongsi.

p/s: Sy kongsikan video ni dulu ya? =)


Wednesday, August 3, 2011

Jadual Ramadhan.

PAGI DAN SETERUSNYA

Melatih diri tidur tepat jam 12 malam dan bangun 5 pagi bukan saja penting untuk Ramadhan malah bulan selepasnya,kerana bakal memulakan kerja di awal pagi. Waktu sahur dan waktu berbuka kali ini terasa sangat meriah kerana hampir semua ahli keluarga sy ada. Kecuali Along yg bertugas di Petronas Miri. Alhamdulillah beliau merancang cuti seminggu sebelum raya. ^^

Ramadhan,ialah bulan istimewa keluarga kami. Waktu kami benar2 dapat duduk makan bersama dan berinteraksi. Selalunya selesai buka puasa kami sama-sama ke Masjid Besar Shah Alam untuk terawih. Siang hari kami meneman Mama ke pusat Islam Yayasan Restu untuk ceramah dan tadarus Al-Quran. Sibuk di bulan Ramadhan lebih menenangkan berbanding bulan-bulan lain. Berkatnya bulan Ramadhan.

SLE DAN PUASA

Berpuasa memberi cabaran tersendiri buat saya. SLE akan hanya buat perangai jika saya tidak menjaga makan dan tidur. Tak dapat sy bayangkan bagaimana jika saya sudah bekerja di bulan Ramadhan. Maklum saya akan mula bekerja September ini selepas raya. Kesempatan masa yg ada sy mahu mengisi Ramadhan ini dgn baik.

Semalam migrain menyerang dgn teruk. Sy sudah maklum. Ini gejala biasa yg sy alami. Asalkan sy dapat tahan sehingga waktu berbuka itu sudah cukup baik. Dugaan sakit sy masih kecil berbanding orang lain di luar sana. Sy bersyukur Allah bagi peluang sy menjalani ibadah Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya. Ameen.

p/s: Banyak rancangan best waktu Ramadhan ni. Jejak Rasul TV3 di Rusia, Syahadah TV1, Palestin Oasis, Tanyalah Ustaz TV9. Dokumentari terbaik! =D

Wednesday, July 6, 2011

Blog untuk ahli farmasi.

TO BE PREPARED

I found out about a very useful blog while updating news on PRP facebook group. A very good blog indeed. It shares information on the real working life of a pharmacist and written by Mr. Syahrir bin Zaini, UIA graduate now working as Pegawai Farmasi in Johore.

Personally I admire his effort and felt relief as I am actually quite scared to start working . You see, I am not the creme de la creme in pharmacy faculty. Just a typical plain jane who have to strive smart and hard to get my degree in Pharmacy course. Plus with SLE it double the effort in everything. So for my friends I post this entry to share about the blog and hopefully we could empower our career as pharmacist. InsyaAllah..=)

Blog Rahsia Farmasi

p/s:sharing is caring!=)

A song for you.

WATCHING CELINE DION-THROUGH THE EYES OF THE WORLD




Sometimes when I don't know how to express what I really feel, I sing or read a poem. This song-is for all the people I care and love,especially for my family. On my 24th birthday this July, I celebrated it with my family,dining and appreciating the moment together. It's been a quite an extraordinary journey for me and my family. Battling SLE,struggling for a degree and finding Allah's blessing. I am grateful. Alhamdulillah...very grateful. So this song for you Mum & Dad.

p/s: Hope you like it too.=)

Thursday, June 30, 2011

Konsisten mengejar cinta.

TERIMA KASIH

Sy menerima emel drpd pembaca blog di email yahoo. Sy menghargainya. Sangat menghargainya. Terima kasih kepada seorang senior UITM dan kenalan librarian dari UIAM. Email kalian ada sy baca dan saya masih kesuntukan masa untuk menjawabnya. Sy mahu menjawab dgn hati yg penuh perhatian seperti kalian juga menulis emel itu dgn penuh prihatin. Seboleh-bolehnya sy mahu begitu.

Sepanjang minggu ini saya menyelesaikan kerja berkaitan research dan hal keluarga. Ditambah flu yg tiba-tiba menyerang menyebabkan sy batalkan beberapa aktiviti luar. Cadangnya mahu singgah lama di Pesta Buku SACC tetapi sy hanya sempat singgah dalam beberapa jam saja. Tak sempat nak tinjau buku baru yg dilancarkan. Tak apalah,sy sempat tengok buku yang saya kehendaki dan berkira-kira mahu membelinya Ahad ini. Ya,hadiah buat diri sendiri ketika ulangtahun nanti.=)

Buku kewangan,buku motivasi,informasi terkini tentang badan NGO dan tentunya potongan harga buku yg dinanti. Minggu ini biarlah kesihatan saya pulih betul-betul dahulu. Ahad ini sy mahu meraikan diri. 9 tahun hidup dgn SLE,24 tahun baru mengabdi diri pd Pencipta dan baru kini bergelar graduan ijazah. Perjalanan masih panjang. Sy mahu konsisten mengejar cita-cita. Juga,konsisten mengejar cinta. Salam berehat buat semua.=)

p/s: Mahu tonton TV9,6.30 ptg utk melihat vlogger matluthfi. Video beliau memang bestlah! hehe...


Sunday, June 19, 2011

manage me. manage pain.

STUCK ON YOU
*iklan sebentar: saya nak buku ni puhleeeaaaseee!!^^ hehe...well I will try to find it in any bookstores.Happy hunting books for me.love~<3
Ever since the doctors ask me to stop steroid treatment,I've been trying to cut half all my pred tabs.And...well my health is ok but my limbs & joints are in deep pain. Imagine having muscle pain everyday and try to walk down the stairs with one leg.

I'm stuck with pain all day. Nice. Well,I have to figure out how to live with it. And mum just add a very good supplement to my almost-full-supplement-medication-regiment. Monavie juices. It consist of a very rich antioxidant berry called the acai berry from Amazon,plus with other 18 antioxidants fruits.

Plus I can sleep well at night now and wake up feeling fresh in the morning. Alhamdulillah... I am now in serious mood of vacation. And although I have to add up data for research stuff (yikes!!) UMMC seems to be very serious of outsiders now. I wonder why...oh well,I just try my best and see what happen.

p/s: I can't type smoothly now,since my right hand are numb and painful. Well,let me learn how to type fast with left hand.^^ Practise make puuurrrfect!

Sunday, June 12, 2011

suddenly.pack.=)

Life is not just about finding who you are,

It is

Also about creating who you are.

p/s: currently pack with research work. Busy? Not much. I'm just enjoying some good time. InsyaAllah,I'll be writing again for more. Writing helps to make me see the world better. And who knows?

Tuesday, June 7, 2011

Experience awesome.=)

CREDIT TO EVERYONE
When I got to Stellar Studio in SOHO Empire Gallery,the atmosphere was all about fashion expression. Love it.view from the 2nd floor
After I posted pictures on facebook bout the event,my friends initiated the curiosity and wanted to know more. Plus it was a good experience for me and my lil sis. We got to meet people,observe how they dress and express themselves in creative way. Blogging has open an entirely new world,experience and networking.

Kudos to everyone involve and we hope to see more of this in the future. Wishing you all the best!^^

Oh ya, I post the flyer too. You can see all the bloggers involve. ^^ Get to know them and have fun!=)

p/s:I posted on how fashion in faith can empower women before. My article focus on how women,hijab,religion and fashion entwine. Well,it is hard to believe the combination,no objection there. I wanted to focus on how the perspective can evolve and become better. That's all. If you agree or disagree,it is all up to yourself. I am in no business to persuade or argue. After all, we all are free to believe in what we choose to believe, right?

Monday, June 6, 2011

Fashion in faith-Empowering women.

BERJUMPA HANA TAJIMA

Sy bersyukur. Berjumpa dgn seorang wanita tabah yang memilih Islam sbg kepercayaanya dalam dunia serba mencabar ini. Bukan mudah. Dalam dunia high fashion terutama di negara minoriti Islam bukan mudah menginterpretasikan pemakaian muslimah.

Hijab,menjadi isu besar di negara barat. Bayangkan ini: Di Perancis wanita dibenarkan mendedahkan payudara tetapi purdah diharamkan. Pelik? Ya. Tapi benar.

Saya menyatakan rasa gembira dan bersyukur amat sangat kepada beliau. Jenama internasional yg menekankan pemakaian hijab berfesyen masih muda,tetapi punya potensi besar. Bermula dengan penyanyi Yunalis Zarai yg memperagakan hijab pelbagai gaya di Malaysia,fesyen berjilbab terus menempa nama.

Persoalan ini pula timbul: Sejauh mana fesyen pakaian muslimah ini mematuhi syara' (atau dalam bahasa mudah,syarat-syarat agama Islam?

MELIHAT SUDUT UNTUK PERKEMBANGAN LEBIH POSITIF
Ya, saya faham. Lilitan hijab di kepala sudah pelbagai gaya sehingga sesiapa pun boleh menonton tutorial shawl di You Tube. Pin atas,bawah,tengah,tepi,senget dan macam-macam lagi. Ia satu perkembangan yg menarik tetapi diselit komen-komen yang kadangkala membunuh kreativiti dan ruang perkembangan positif.

Ini pendapat peribadi ya: Saya bersyukur kerana adanya perkongsian memakai tudung pelbagai gaya yang sopan,menarik dan mematuhi syara'.

Tunggu: Ada yg tidak menutup dada? Kenapa pula ada yg menampakkan rambut? Ada yg nampak leher??

Lihat,ini ruang yang boleh dibaiki. Ambil pendekatan yg membaik pulih bukankah lebih banyak fesyen tudung yg mematuhi syara' akan muncul lagi? Silakan komen membina bukan komen menghina!

UKHWAH YG DIBINA
Berjumpa dengan pemilik Shop SPUTNIKSWEETHEART juga merupakan agenda utama saya keyika menghadiri bloggers fashion sale.

Kak Ami Schaheera,merupakan inspirasi alam maya dari aspek kehidupan dan berfesyen. Sy menghormati beliau yang memiliki kekuatan seteguh konkrit. Diuji dengan penyakit kanser tidak mematahkan beliau untuk terus berjuang untuk hidup. Malah inspirasi fesyen bertudung beliau melalui Sputniksweetheart boleh dibanggakan. Jujur,sy harap dapat mengenali lebih dekat lagi dan sentiasa mendoakan yg terbaik untuk beliau.

Turut berjumpa dengan 2 lagi fashion bloggers yg saya kagumi, Ms Adriani Adnan dan Ms Shea Rasol dari Pastelina. Jenama ini menempa nama apabila maxi skirt mereka mendapat perhatian dalam rancangan Wanita Hari Ini. Tahniah! Masih muda,berbakat dan punya potensi untuk menghidupkan fesyen Muslimah di Malaysia.

Mana tahu, kita mampu mengikut jejak Dian Pelangi dari Indonesia yg mendapat liputan BBC.

p/s: Oh ya,malu pula mahu nyatakan ini: Saya adalah seorang yg sederhana dalam fesyen,malah lebih gemar santai saja. Berminat terhadap perkembangan fesyen muslimah kerana bidang ini mampu memberi input positif mengenai Islam dan wanita di seluruh dunia. Juga sudah tidak mahu membayar mahal utk memiliki baju yg sentiasa tak cukup kain serta sendat melampau!

Thursday, May 26, 2011

Andreanism-EDENSOR

BERMIMPILAH!


Aku ingin hidup! Aku ingin merasa sari pati hidup!

Sy memeluk karya Edensor,buku pertama Andrea Hirata yg dibeli. Sebelum ini terlalu sibuk mengejar pencarian kerja sementara. Dan esok bakal melawat kampung sebelum ditelan kesibukan yg benar-benar sibuk.

Andrea Hirata mengajar sy bermimpi semula. Kerana sy ini pernah dikecewa oleh sebuah cinta terhadap cita-cita, sy takut mengharap lagi. Barangkali sy tidak mahu mengalami nasib yg serupa. Atau sebenarnya sy belum bersedia utk bermimpi lagi.

Aneh,sy sebak membaca novel Edensor. Ini kerana kesungguhan penulis ini mengejar impiannya. Menolak seribu mahupun sejuta alasan mengejar mimpi-mimpinya.

Dari daerah kecil Belitong entah dari mana ke benua Eropah,mengejar sebuah cita-cita.


MIMPI-MIMPI SAYA

Sy sudah pun di satu garisan penamat ciptaan dunia sy sendiri. Baru habis perjuangan mendapat degree. Sungguh,sewaktu mencari kerja sementara di sekeliling bandar,sy seperti tiada arah tuju lagi. Hambar hidup ini. Tanpa mimpi-mimpi.

Terdengar-dengar dialog Rapunzel dari filem Tangled karya Disney
Rapunzel: I've been looking out of a window for eighteen years, dreaming about what I might feel like when those lights rise in the sky. What if it's not everything I dreamed it would be?
Flynn Rider: It will be.
Rapunzel: And what if it is? What do I do then?
Flynn Rider
: Well,that's the good part I guess. You get to go find a new dream.

Mungkin benar. Sudah tiba masanya. Sy bermimpi lagi.

Bermimpilah,kerana Tuhan akan memeluk mimpi-mimpi kita -Edensor, Andrea Hirata.

Saturday, May 21, 2011

respond+ability = responsibility

TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT

Read about the landslide tragedy here. Takziah. Tiada kata-kata. Hanya doa. Semoga Allah membantu mangsa. Ameen.

Tuesday, May 17, 2011

REDEFINE?

AFTER NOVELS,MOVIES & BETTY CROCKER....hurm?

There are things I'm not good at. One of it: is spending time doing nothing.

And this final break which could also be known as my 'penganggur terhormat' time is proving a serious headache and bad time wasters.

Really, I need a job. It's been fun spending time at home,cooking, cleaning the horror in my closet and not to mention my serious lack of storage for books. But...after almost two weeks I'm beginning to feel an itch of have to go out more,experience more,travel and if possible get that job,now!

I've read my most anticipated novels (that I save to read after exams) watch movies that I list to my lil sis (to be watched after exams),then after my I-don't-know-how-many-times movie watching,it's time to ditch the 'Betty Crocker' mood and get back to living life.

WHAT I WANT VS WHAT SLE LIMIT ME TO DO. (don't like this one.Yew!)

Now,listing 100 things that inspire and make me happy seems the best thing to do to get to know myself back.I've changed. A lot. And I must get to know myself back and learn to handle things in life that would be unfamiliar to me before.

I was a student before. And my responsibilities lies around me where I could play my part well, because that's what I've been practising for 19 years.

Studying,scoring a.k.a. being a student.

But now, I'm losing the title officially. There's this ME;figuring life and what I should do NOW. I guess the butterfly is out of cocoon right?

Wonder what adventures and life could be ahead?

p/s: SLE still be the worries when I make decision on what I want to do. CRAP!

Monday, May 9, 2011

the final: It's achieavable.

ANTARA CINTA-CINTA
Setahu sy tiada perkara yg lebih menyenangkan apabila sesebuah urusan diselesaikan dgn baik dan bersungguh-sungguh. Perasaan ini sungguh menyenangkan.

Walau dalam misi menyelesaikan sesuatu,segala ranjau berduri,panas terik matahari,diuji sakit tidak terubat dan keadaan menguji kesabaran sebuah iman yg masih dikira bertatih-tatih. Saya,mencintai semua ini.

Dugaan mencari ilmu,merupakan satu jalan pendakian jatuh,bangun,daki,terjatuh lagi dan kini masih mendaki. Cuma puncak yg baru pula. Setiap halangan menuju ke puncak. Sy terima,walau tidak terkira air mata yg menangisi episod perjuangan ilmu ini. Entah berapa kali sy jatuh tersungkur dan bangun lagi.

Yang pasti,hanya Allah menjadi teman menangis,mengadu,sujud,syukur,kasih dan segala yg sy perlukan. Hanya Dia. Dan antara cinta-cinta yg pernah sy alami,hanya Dia yg sentiasa kekal dan menemani. Agungnya kasih Allah! Subhanallah!

Sayalah yg lalai mengingat Dia. Saya juga hambaNya yg menangis kemudian ketawa tanpa malu. Saya,sebetulnya hanyalah Hamba. Betapa kerdilnya kita jika dibanding rahmat Tuhan Yang Maha Besar.

BUKAN AKHIR
Akhirnya,saya dapat menyelesaikan paper terakhir pengajian saya. Sukar digambarkan perasaan ini. Ada sebak di situ. Ada lega di situ. Juga rindu.

Ini bukan tanda akhirnya sebuah perjalanan. Ia cuma petanda akan bermulanya sebuah perjalanan baru yg lebih mencabar dan penuh pengajaran.Sy mahu terus belajar,dan belajar dan belajar hingga ke liang lahad. Kerana adanya kasih sayang Allah pd manusia yg kasihkan ilmu. Kerana itu sy mahu terus belajar. Sungguh berharap agar sy dapat merasa kasihNya dalm perjuangan ilmu. Semoga sy terus yakin dan berusaha.

"Life is no straight and easy corridor along which we travel free and unhampered, but a maze of passages, through which we must seek our way, lost and confused, now and again checked in a blind alley. But always, if we have faith, a door will open for us, not perhaps one that we ourselves would ever have thought of, but one that will ultimately prove good for us."
- A.J. Cronin -

p/s: Sy mendoakan kejayaan untuk semua rakan2 seperjuangan. Semoga berjaya dunia dan akhirat. Ameen.^^

Sunday, May 1, 2011

Almost there

FINALS OF FINALS

Been drown in masses of book,reference,notes,short notes,past years and tonnes other exam preparation. Still, I need my escapisme route to relaxation and life precious moments.

Thanks to Digi,me and my lil sis won free tickets to Yuna's Secret Concert. Yeay! I attended the show(I did bring my short notes...uuu...feeling of guilt) and had bust off my stress chemicals. I meet new people and make new friends. Thank you Amira Husni and the gurls from USIM who are positively cheerful. Make my day.=)

Then quickly rushed off to home after a quick dinner at Pappa Rich without meeting Yuna herself.=(. It's exam week,I don't want to burn my chance to score. Still, I enjoyed the evening with her great performance and suave songs. ^^ Thanks Yuna.

UPDATING FROM SCREEN
Did you guys see my Malaysian Scarflets link?? *wink wink.=) hihi.... I updated news on Malaysian Scarflets Fashion almost every week. Although there are some links that connected to international online shop which I need to do a bit of blog organizing later~(uuu....my final papers need my attention).

What I love is now,I have wide range of fashion to choose from. And it's from people who understand how to look good in hijab. These are my new favourite links.

1. AMI SPUTNIK SWEETHEART- her line of fashion is superb.more on high fashion.
2. PASTELINA -run by 2 friends with creative new sweet design. *I love their Maxi skirts!
3 Diana Rikasari Up Shoes -this is from talented Indonesian designer. And she design beautiful creative wedges,which I ADORE!! check her out,you will not be dissapointed.
4. ButtonMyButtons-Need I say more? Ms Shahida's design always makes me drool....If only I cuti....

And others like Hijab fashion street, Kak Suri's blog are one of my weekly must-updates . Also new talent from Singapore Dian Hazwani. She has Norah Jones elements that I like. Her songs are quirky and enjoyable. Love it. Hopefully she'll be releasing new album and who knows? I might be in one of her shows.~<3

SIMPLYLIFESARAH NOW...

I know I build this blog to share many events in life. And yes I still do. Simplylifesarah is evolving. It has become a medium of connection for me to the world that is simply different from mine.

Simplylifesarah has meet new people,share experience,spread love and updates information that closely connected to me. I have evolve too. I learn,share,laugh and keep my positive attitude vibrate with this blog. It has colored my life beautifully.

From the SLE girl, Hijab fashion, events,people and many more. I shall write again. InsyaAllah... pray for my success in academic part. Whoever you are thank you,thank your for your willingness to share and to spread the love.

p/s: check out Yuna's new single-MEMO. Love it!