BERTAMU DI SENTRAL
Sampai di KL Sentral, kaki melangkah laju mencari kaunter tiket.Sy,ikmal dan syaheim akan ke Melaka untuk menghadiri majlis pertunangan sahabat baik kami.
Sentral,banyak kenangan sy di sini. Juga peristiwa yg mengajar erti kehidupan. Bertamu di ruang yg penuh manusia berpusu-pusu mencari destinasi,membeli tiket,beribu ragam dan macam seakan menjadi platform pengajian kehidupan.
Ia sebuah tempat persinggahan bagi manusia yg menuju ke satu destinasi sebenar mereka. Ya,hanya transit. Begitulah juga dunia ini.
MELAKA,MAJLIS
Tidak banyak yg ingin sy nukilkan. Barangkali, sy sudah hilang kata-kata disebabkan kepenatan atau sememangnya sy memang suka gambar yg berbicara. Pendeknya,sy ke Melaka,menghadiri majlis pertunangan sahabat dan menyempatkan diri utk quick tour di bandar bersejarah ini.
Sayang... hujan tidak berhenti-henti menyebabkan niat berjalan dan bergambar di dalam kawasan pusat percutian A Famosa yg cantik terpaksa kami lupakan. Barangkali ada hikmahnya.
Kerana dalam majalah Solusi edisi terbaru bulan ini, dinyatakan hujan adalah ketika di mana doa mustajab. Ya,moga-moga. Doa kebahagiaan berkekalan,keberkatan,ukhwah berkekalan dan cinta membawa ke syurga kami lafazkan dalam renyai-renyai udara segar Melaka.
Hari bersejarah. Seorang lagi sahabat kami bakal mengakhiri zaman bujang beliau. Tahniah!

p/s: Sy berharap dapat mengucapkan Barakallahu Lakuma pada kamu riang2 corp syg!