Sunday, November 29, 2009

Finishing November

GET ME A TRUE MALAYSIAN PLEASE!

Alhamdulillah,November is almost at it's end.And I should be typing in my umphteen case study in retail pharmacy training but 'only work and no play make Jack a dull boy'.

Uploading Yuna's newest hits after having brekkie downstairs with Mum and Grandma while watching 'Keluarga 69' the P. Ramlee movie. Thinking when will I have the time to check out the novel by Abu Hassan Morad entitled 'Suu Phea' during MPH latest sale.

Wondering why the English entry suddenly?



Menguasai bahasa Inggeris merupakan satu kelebihan memandangkan ia merupakan lingua franca. Menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pula melambangkan kesedaran pentingnya bahasa ibunda,mempertahankan identiti bangsa,pada masa yang sama mahu turut dalam kemajuan ilmu sains dan teknologi.

Menguasai Bahasa Arab pula ialah untuk memenuhi tuntutan agama malah merupakan bahasa dunia akhirat.Bagi org Islam,agama itu yg utama,bukan bangsanya.

Namun saya masih tidak gemar pada kenyataan Malaysia tiada penulis berbakat,atau pun karya yang boleh dibanggakan. Kenyataan ini datang daripada orang Malaysia yang tidak kenal pd negara dan budaya sendiri. Memalukan betul.

Mungkin mereka ini sangat bangga dengan penulis 'luar' lantas terlalu mengagungkan mereka walhal 'penulis kebanggaan' mereka ini tidak memainkan peranan dalam menyumbang kepada kemerdekaan negara kita pun.

TAKSUB PADA YANG MENJAJAH

Antara karya kegemaran terdiri dari penulis seperti Jane Austin,Louisa M. Alcott,Sir Thomas Moore,Stephen King dan Amy Tan. Karya Andrea Hirata,Laskar Pelangi yg mengujakan selepas Kang Abib yang mengambil persis penulisan Hamka. Juga pada Khaled Hosseini dan Dr. Aidh yang mencetus motivasi.


Minat pada penulis Al-Amin,A.Samad Said,novelis cinta Islami,Abu Hassan Morad serta kekuatan sejarah dalam penulisan Faisal Tehrani.Karya tokoh perjuangan Islam oleh Abdul Latip juga boleh dibanggakan. Pernah membaca Siru Kambam karya Uthaya Sankar? Buku itu pernah menjadi santapan di sekolah menengah Sains Hulu Selangor dulu. Atau pemenang anugerah S.E.A Prof. Dr Lim Swee Tin?

Mungkin anda patut selak Anak Bumi Tercinta,sebuah buku sastera wajib tingkatan 3. Oh,baru tahu?

Belum dikira susunan hadis sahih oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim atau Ihya Ulumuddin oleh Imam Ghazali.

Masih banyak lagi penulis-penulis Islam dan Malaysia yang boleh dibanggakan. Namun yang saya geram kenyataan 'Malaysia tiada penulis berbakat' dikeluarkan oleh rakyat Malaysia sendiri yang tidak membaca karya Malaysian atau lansung tak membaca!

Hampeh betul.Tiada penulis berbakat atau tidak membaca? Mengata dulang paku serpih, mengata orang awak tu yang lebih!

AKHIR NOVEMBER

Masih sibuk dengan rutin di farmasi seksyen 7. Terima kasih diucapkan pd Puan Faten yg sudi menerima dan mengajar kami.


Disember yang semakin dekat. Cepat sungguh masa berlalu.... Dan sy masih dihantui rindu membara pada kedai buku!

p/s: 1 Malaysia.

Thursday, November 26, 2009

Jangan biar pengorbanan itu sia-sia

PILIHLAH AKU UNTUK IKHLAS

Ratusan pohon berbaris indah di taman. Namun sayang... satu pun tak berbuah...


Satu perkara yg sering dipersoalkan ialah kenapa sekembalinya sesetengah jemaah haji,perangainya yg tidak baik semakin menjadi-jadi. Malah berubah terus 360 darjah dari sepatutnya. Menghairankan.... Agak lama juga soalan ini berlegar dlm kotak fikiran.

Takdir menemukan sy dgn majalah anis edisi bulan November. Tajuk artikel karangan ustaz Pahrol Mohd Juoi menyentak ruang hati.

'Pilihlah aku untuk ikhlas'.

Ringkas tetapi padat yg menyedarkan. Amalan yg tidak disertakan dgn keikhlasan bagai ratusan pokok yang tiada buah. Sia-sia saja menanam pokok. Hasilnya kosong!!

RAYA KORBAN AIDIL ADHA

Keikhlasan menjalankan ibadah meliputi semua jenis ibadah. Termasuklah ibadah korban Jumaat ini. Usah megah dgn mahalnya lembu atau kambing. Atau besar kecilnya sumbangan. Lihat pd keikhlasan melakukan pengorbanan.


Jangan disia-siakan korban yg dilakukan semata-mata mahu mendapat ruang di dada akhbar atau nama di dunia. Dijunjung di bumi tak semestinya dijunjung di langit...

DON'T TALK ABOUT MUHAMMAD

Jatuh rindu bila tak menjenguk kedai buku sejak beberapa waktu ini. Praktikal di retail farmasi menyebabkan niat terhenti. Biarkanlah...ada seminggu lagi cuti sebelum semester baru bermula. Korbankan sikit di awal-awal ini, tak salahkan?

Mengisi masa kosong membelek buku terbaru diberi Mama. Indahnya Hidup Bersyariat oleh Ustaz Ismail Kamus. Sgt menarik malah mudah difahami.

Dlm masa sibuk training masih sempat menyinggah ke you tube utk melihat video ceramah Yusha Evans seorg penceramah muda dari Amerika. Sgt menyentuh hati dan bersemangat. Juga teringat pd pesanan seorg teman ttg sebuah lagu bertajuk 'Don't Talk About Muhammad'. Semoga bermanfaat perkongsian kali ini. Sila2 kan mendengar lagu susunan Dhawud Wharnsby.



p/s: cuti ini mesti mahu cek out Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2. Uu.... sy betul2 tertinggal jauh movie hebat ini. Mari!! Play Hard&smart,Work Harder&Smarter,Ibadah Hardest& Smartest!!

Monday, November 23, 2009

CHANGED

BIARKAN IA BERUBAH
"Kak Ira pergi dulu ya Sarah.. Minta maaf tau kalau ada apa2..." Mata beliau berair. Kak Ira harus pulang ke kampung di Pulau Jawa Indonesia.


Pelukan sayang bertukar.

Masa pun terus berlalu. Serasanya baru beberapa hari saja beliau pergi. Juga majlis bersara Mama. Akhirnya turut pd peranan diri sendiri.

"Salam Kak Lili,sy hanum trainee practical farmasi Smart Care."

Habis sesi training,pulang mengemas dan memasak dinner di sebelah malamnya. Pengalaman sesi training tadi hampir tiada apa yg mengejutkan. Rak OTC dan Poison diteliti habis agar tiada masalah esok hari.

Sewaktu pulang memandu,kelihatan bangunan Hospital Shah Alam sedang laju menaik. Ada sedikit harapan dapat berkhidmat di situ. InsyaAllah... Tgklah bagaimana.

Sama seperti Kak Ira yg merancang mahu pulang 2 tahun lagi,tetapi perlu pulang sekarang kerana ibunya sakit,seperti itulah letaknya harapan sy sekarang.


Masih merancang dan tahu bahawa Dia,Maha Menentukan.

AID-ADHA

Khabar Haji Dari Tanah Suci di Astro jam 9 menemani malam. Melipat kain baju yg baru kering setelah dua hari berjemur. Cuaca November yg sejuk dan hujan sepanjang petang.





10 hari lagi jemaah haji akan wukuf di Arafah. Sebentar tadi menonton siaran mengenai pengurusan kesihatan jemaah haji Malaysia oleh pegawai kesihatan Malaysia. Bagaimana perubatan dan rawatan yg disediakan untuk jemaah kita.

Melihat rombongan jemaah yg sudah berumur dan dibahagi megikut keadaan sama ada stabil atau kronik,membuat hati sayu. Jika ada rezeki buat haji awal,seeloknya pergi ketika badan sedang sihat. Ya,jika ada rezeki...

Beruntunglah hamba-hambanya yg menjadi tetamu di bumi berkah itu...

p/s: monolog.

Wednesday, November 18, 2009

Salam terakhir sayang...dari seorg ibu&guru

BERAKHIR SEBUAH PERJALANAN PANJANG
18/11/2009

Sudah 20 tahun Mama mengajar di sekolah rendah Raja Muda seksyen 4,Shah Alam Selangor. 14 tahun di sekolah sekitar Pahang dan Kelantan.34 tahun itu jugalah Mama menabur bakti mendidik anak bangsa agar menjadi manusia berguna. Kerjaya Mama hanyalah seorg guru. Tetapi beliau membimbing,mendidik dan mengajar.

Tampak mudah bukan? Datang ke sekolah kemudian menghadap pelajar,menghadap papan hitam,berdiri di hadapan dan mengajar silibus. Namun kehebatan seorang guru sebenar bukan sahaja diukur melalui berapa banyak pelajar yg dapat 5A tetapi bagaimana mendidik anak bangsa supaya menjadi manusia berguna.


Mama pernah dapat kelas terakhir sekali. Juga pernah dapat kelas pertama dan tengah. Cabaran mendidik anak bangsa kelas terakhir ini bukan mudah. Bagi Mama semua pelajar ada potensi dan guru perlu bertindak sebagai pembimbing dan membantu menyerlahkan potensi.

Ada anak murid Mama yg kerjanya 'bershuffle',malas buat kerja sekolah. Juga yg mengeja tidak pernah cukup perkataanya. Sudah darjah 6 sepatutnya mengeja,membaca dan mengira sudah dikuasai.

Tetapi tidak semua pelajar ada kelebihan itu. Namun pinta Mama pd pelajarnya jangan ada yg kurang ajar pd ibubapa,jangan ada yg merokok atau kaki dadah. Hidup ini rezeki Allah ada di mana-mana. Yang penting kita mesti usaha. Jika akademi kurang,vokasional ada. Seni dan minat pada muzik boleh dijadikan lubuk mencari rezeki.

BUKAN ANAK KAMBING

Peranan guru bukan sekadar celoteh silibus habis buku tutup buku. Pelajar juga bukan kambing atau lembu. Mereka manusia yg perlu pd didikan,bimbingan dan teguran. Lembu dan kambing mudah,tambat saja dan tarik talinya. Ikutlah dia. Tak pun beri saja rumput kering,turutlah dia.

birthday Mama 0n 19th.^^

Namun anak manusia lain ceritanya. Ada akal. Ada pengaruh. Ada sifat nakal menduga. Silap bimbing hancurlah dia.Guru berperanan memberi didikan dan bimbingan. Mesti ada moral dlm celoteh harian selain menyemak kerja sekolah. Kanak-kanak pula mudah 'menyerap' contoh dan cerita.

Dan Mama memainkan peranan ibu dan guru pd masa-masa tertentu dalam kelasnya. Yalah...mendidik anak manusia... Perlu diingat yg Mama sendiri ada 4 org anak. Mendidik anak org dgn anak sendiri tidak sama.

Silap haribulan tersilap sikit,ibu bapa sekarang dtg ke sekolah serah surat saman. Belum lagi masuk mahkamah dan ditahan polis.Siapa kata jadi guru senang?

I NOT STUPID & I NOT STUPID TOO
Jika ada masa terluang,ibubapa dan guru atau pun sesiapa sahaja,silalah menonton cerita I not stupid too.


Ia mengupas fenomena pendidikan zaman sekarang. Relevennya sgt terkesan dgn realiti keluarga dan sekolah masa kini.


Pernah dengar kata-kata:
Untuk menjadi terbaik kita mesti tahu berubah dari masa ke semasa.

Kerana zaman ICT,TV,handphone,internet,pengaruh luar dan globalisasi sudah pun mewarna sekeliling hidup anak-anak zaman sekarang. Terserah pd ibu bapa,guru dan masyarakat mendidik dan membimbing 'anak-anak moden' zaman kini.

Sudah tidak ada lagi alasan utk tidak tahu. Mesti tahu dan mahu tahu. Selepas ini jgn seperti kartun Dato' Lat.

Pelajar merokok,salah siapa??

p/s: Sy benar-benar berharap di sekolah rendah ada hari 'CAREER DAY' dan 'CAREER COUNSELING' di sekolah rendah dan sekolah menengah. Kamu tahu tak betapa pentingnya 'career day' itu? Ini kerana sy dapati rakan adik2 saya rata-rata pelajar 7A dan 8A drop course di Universiti kerana kurang maklumat dan asyik berkata "Salah ambil course.." . Harap-harap kerajaan pertimbangkan...

Monday, November 16, 2009

Bukan gadis impian...

MEMORI

Hujan renyai di luar membuatkan Shah Alam bandar kesayangan bagai dilanda musim dingin. Sejuk dan basah. Nyaman... Tiba-tiba rindukan puncak alam yang hijau dan sunyi itu. (Jika ada kawan-kawan membaca ini pasti dikatakan "gila kut... rindu apa puncak alam bagai hutan sesat tu??")


Udara nyaman,tenang dan ya sedikit bosan tetapi itulah yg membuahkan rasa rindu. Rindukan ketenangan yg tidak terdapat dlm kesibukan kota.
Namun sejak akhir-akhir ini terkenangkan dialog bersama seorg teman kenalan blog tak lama dulu. Seorg yg aktif dlm bidang agama berdialog dgn diri kerdil ini yang kategorinya manusia biasa-biasa malah jauh sekali mengaji dlm bidang agama.
Sekadar membaca buku dan cuba mencari jawapan kepada persoalan agama kehidupan hari-hari. Malah cuma merujuk buku yg ada dan bertanya pada yang tahu. Tidak lebih dari itu.



BUKAN GADIS IMPIAN
Tatkala telefon berdering diangkat dan dijawab itu,dpt diagak yg beliau agak terkejut dgn intonasi dan ketegasan dalam berucap.
Sy memang bukan gadis impian yg lemah gemalai erti berkata lembut-lembut. Tegas. Itu klasifikasinya, namun tidaklah semuanya tegas. Ikut keadaan. Takkan bergurau pun nak tegas.


Cuma secara azalinya diri ini memang bukan jenis gadis impian lemah gemalai. Noktah. Jika org itu suami,faham jugala nak guna intonasi yg mana,tetapi jika sekadar teman kuliah,kenalan blog,kenal gitu2 aja makan dialognya biasa-biasa saja. Sepertimana tulisan di blog seperti itulah orgnya.Biasa-biasa aja.
Pernah dahulu dimesej di facebook kenapa tidak menjawab 'hi' dari messenger. Dikatanya sombong. Walhal kita ini memilih utk hazan atau berhati-hati dalam memulakan perhubungan. Apatah lagi jika yg memesej itu berlainan gender dan org yang tidak dikenali.


Pokoknya orang yg lahir bulan Julai memiliki sifat tidak suka benda remeh-temeh. Hatta melayan messenger atau chatting adalah acara remeh temeh yg paling tidak digemari.Andai mengenai assignment,perbincangan ilmiah silakan. Amat dialu-alukan,tetapi sekadar nak 'hi' and 'goodbye' maka tunggulah lama manapun,jarang dijawab.

Kasihan pd kenalan blog itu,orgnya baik. Seorg yg lemah-lembut pula dalam bicara. Dari nada beliau itu tersiratnya keikhlasan beliau menelifon dan menyelesaikan perkara berkaitan. Maaf ya teman,diri ini 'gengster paradise' sikit.

'GENGSTER PARADISE'

"Kita takde nak merajuk-rajuk macam tu. Malas layan. Nak buat mcm mana? Dh 'gengster paradise'."

Itu pertama kali kami sekeluarga mendengar perkataan 'gengster paradise'. Ketika itu kami masih belasan tahun. Sepupu kami sedang bercerita tentang kisah cinta-cintun di sekolah menengah beliau.Kami yg sedang mendgr tergelak.

"Gengster paradise tu apa Deen?" tanya Mama.
"Macam nadeen la Mak Lang. Macam kita-kita ni. Jenis outspoken,tegas ada pendirian sendiri. Tak de la ayu sgt..." balas Nadeen selamba.

Kami gelak di atas penjelasan Nadeen.Jujurnya memang keluarga kami terdiri dari wanita tegas dan ada pendapat sendiri.
Kadang-kadang macam bunyi bergaduh pun ada tapi kami ada sebab tersendiri.Pernah diri ditegur kerana tidak berjalan tegak dan memiliki postur badan yang tidak elok. Malah jika ada majlis sering ada pendapat tentang how to well behave atau memakai pakaian dgn cara yg sesuai.
Jujur,awal-awal agak merimaskan. Tetapi pendapat mereka disertai kasih sayang. Ia merupakan manifestasi kpd kritikan membina yang mahukan terbaik utk setiap indivisu yang dikasihi. Kejujuran berkasih sayang. Menegur pada yg perlu. Kritikan membina yang diterima dari kecil hingga dewasa menjadikan kita mudah terima kritikan.

"When people criticise you,it doesn't mean they hate you. Sometimes,those critics mean they focus on you,know you have the potential and just want you to be better"


BERCUTI

Cuti yang indah. Kesempatan ini digunakan utk melepaskan rindu terpendam pd keyboard, buku-buku dan segala aktiviti kegemaran.
Cuti membolehkan bnyk hal important but not urgent selesai. Mengemas. Upload. Download. Review. Enough rest and quality sleep. Blogging. Swimming. Keyboard practise. New music score.
Rindu pd Oden. Masuk semalam sudah setiap 3 hari dia tidur di hujung katil. Nyata dia juga tahu rindu itu apa.^^ Sayang Oden!!
p/s: 2 hari lepas Oden telah 'merampas' ruang tidur dengan menggolekkan badan super tembam itu. Adoooiii.... susah jugak nak tido dibuatnya....

Thursday, November 12, 2009

Mahu Rehat.

FINISHING FINAL

Masa:4.50 petang.
Tempat:Dewan peperiksaan tingkat 1,Fakulti Farmasi UITM Puncak Alam.
Agenda: Menjawab kertas final PHR 500,Drug Delivery System II



'cepat la 5.15 petang...cepatla....'



*Sebenarnya mata dah mengantuk habis. Kertas soalan dh abes jawab,tapi macam biasa manalah tahu tepat atau tak kan? Yang penting mencuba sehabis baik menjawab dengan soalan yang memang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif.



'Uuu.... kenapakah lambat saja masa berlalu....



Masa: 5.15 petang.



'Oh segarnya mata... Yippiiieeee!!! Freedom!! Yeeaaaahuuuuuu!!!'


Kawan-kawan... cuti kita semester ini hanya seminggu. Kerana ada praktikal retail pharmacy selama sebulan. Dr Teh sudah beritahu kena ada buku log dgn 1 kes satu hari.



5 hari kerja x 4 minggu = 20 hari

20 hari=20 kes.

'Hanya ada 3 semester utk grad? Wah...mesti mahu berusaha bersungguh-sungguh ni. Usaha!! Aja2!!'


*Mata segar sbb dh boleh kemas brg di asrama utk balik rumah. Hehe...^^

p/s:Kamu tahu saya rindu nak rehat betul-betul dan tidur dgn nyenyak di bilik saya sendiri? Tapi setiap kali balik ada agenda keluarga yg menyebabkan sy penat sangat... Uu... sy mahu menghargai cuti ini. Terasa gembira betul krn dapat cuti setelah berhempas pulas study. Ya, saya mahu cuti sekarang. ^^

Wednesday, November 4, 2009

Bicara hati II-kamu November?

NOVEMBER MENDUGA
Log out akaun facebook. Jam 12.18 malam.


Aneh... Seminggu lalu dipenuhi kesibukan persiapan peperiksaan. Jujur sy katakan. Berbeza sungguh. Sy di asrama suatu ketika dahulu. Dgn persiapan sy di Universiti.

Atau sbnrnya sy saja yg tak perasan?Tumpuan sy lari brgkali.

Bezanya ruang pemikiran seorg pelajar sekolah menengah yg belasan tahun dgn ruang pemikiran pelajar Universiti. Dewasakah namanya?Apa sebenarnya dewasa itu? Manifestasi umur yg semakin meningkat saja atau kesedaran dalaman seseorang tentang pentingnya pentadbiran diri sendiri? Lalu ada apa dengan umur? Ada apa dengan 20-an,30-an,40-an dan 50-an jika tidak diertikan dgn tindakan bersesuaian?

Brgkali sy diuji oleh 'soalan-soalan bukan periksa' oleh kebanyakan teman. Ia tidak boleh didapati oleh mana-mana buku teks... Dan yg membuatkan sy sedar ialah betapa 'soalan bukan periksa' ini sama pentingnya bagai soalan peperiksaan final exam kala ini.

KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN REALITI

" Patutkah dia berkata begitu?"



Saya senyap. Menyusun ayat untuk sebuah pendapat. Teman sy ini orgnya bijak pandai dalam pelajaran. Namun dugaanya Masya-Allah... Hingga sy tak sanggup berada di tempatnya. Beliau adalah anak mangsa penceraian. Diduga pula ayah tiri yang bagai haruan mahu makan anak.

Mujur tidak diapa-apakan. Sekadar ungkapan 'saya sayang awak' oleh ayah tirinya tatkala bersendirian bersama.

"Itulah... *Ros pelik juga bila dia selalu telefon Ros. Selalu mak ada bila dia telefon. Sekarang berani pula telefon saja-saja tanya khabar."

Astagfirullahalazim....Sesak saya mencari oksigen.

Teringat saya pada kisah sepupu ketika menjalani training di Zoo Melaka. Beliau menyewa di sebuah rumah yang didiami isteri kedua tuan rumah tersebut. Baik isterinya dan punya seorang anak. Adatlah bermadu. Kadang-kadang ada suaminya,kadang-kadang tidak.

Tetapi sejak sepupu saya dan rakan-rakannya menyewa bilik di rumah tersebut,semakin rajin pula suaminya pulang. Hinggakan isterinya pula terkejut.

"Eh?! Abang? Buat apa di rumah sekarang ni?"

Terkedu juga saya bila ada sahabat,rakan atau kenalan yg mengajukan 'soalan peperiksaan realiti ini.' Kadang-kadang jadi takut pula nak beri pendapat.Aih...apa nak jadi manusia sekarang ni....

Universiti... bukan saja sebuah akademi mencari ilmu akademik tetapi sebuah medan pencarian ilmu kehidupan. Realiti adalah kertas soalan peperiksaan universiti kehidupan. Agama Islam adalah buku teks jati diri akidah manusia utk 'menjawab' peperiksaan realiti kehidupan.

Cara menjawapnya? Terserah pada betapa sensitifnya kita terhadap kepentingan beragama dalam kehidupan.Itu saja, pada pendapat saya.


YANG TAHU

Yang tahu ialah dalam belasan tahun di asrama dulu hanya belajar saja kerjanya. Fokus mendalam namun ada kesan yg tak seimbang juga. Di universiti lain pula halnya. Setiap perkara dalam hidup perlu diseimbangkan. Keperluan fizikal,rohani dan jasmani. EQ,SQ dan IQ.Duduk letak berjaya seseorang dalam kehidupan ialah kemampuan seseorang itu mendahulukan mana yan perlu.

Pendek kata,Prioritise.

Dan saya sgt mahu meletakkan priority pada pencapaian impian tunjang yang memenuhi kehidupan dunia dan kehidupan akhirat.Dan jalan menuju kejayaan pasti ada ranjau dan duri. Ujian-ujian persiapan peperiksaan kali ini datang dari segenap arah.

Pengaruh rakan sebaya. Pencarian jati diri yang kalut. Diduga penceraian keluarga. Ujian cinta dan keinginan berpasangan. Pendapat-pendapat yg punya kecenderungan terpesongnya akidah. Macam-macam lagi perselisihan dan peristiwa yg menguji iman ini.




Terimbau pula kenangan pertemuan di kedai kopi tadi. Berusaha saya menahan asap rokok kenalan pada rakan saya ini. Zaman sekarang ini rokok jgn kira lelaki dan perempuan sama saja. Namun yg terkilannya ialah kenalan ini bertudung.

Kaget ada. Malu pun ada. Dan yg paling sy rasa ialah sayu... sedih kerana gadis ini sudah manis berhijab namun puntung di tangannya membakar laju... Ah sayang... kamu sudah ada kesedaran berhijab seharusnya menyelami bahawa hijab itu bukan sekadar pakaian. Ia lambang kemahuan mahu memiliki akhlak muslimah sejati. Seindah hijab dipakai,akhlak itu juga perlu seiring indahnya...

Segera saya menyedarkan diri dari terlalu cepat memberi penilaian thdp manusia. Siapa saya utk menghakimi mana-mana manusia?Bukankah Allah saja yang Maha Adil dan Saksama?

Dan terbukti benar amatlah kata-kata Hamka bahawa kecantikan sebenar terletak pada keindahan akhlak dan ketinggian ilmu bukan pada rupa dan pakaiannya. Hamka yg dikagumi. Penulisannya hebat menyedar pembaca hingga dalam kalbu diri.

Sesungguhnya Allah saja yang memiliki hati-hati dan pemberi petunjuk....

p/s:Terpikat sy dengan tajuk dan penulisan oleh Ustaz Pahrol Mohd. Juoi dalam majalan anis bulan november ini:PILIHLAH AKU UNTUK IKHLAS....