A writer is a good reader. A writing is a tale of wisdom. And wisdom comes from those who read and think....
Wednesday, April 29, 2009
To coffee,without persuasion...
Sunday, April 26, 2009
SEPARUH MASA PERTAMA.
Go SHOHOKU!!
HIDUP MAIN-MAIN??
Kenapa la kena buat semua ini? Nk kerja kerajaan? Nk dpt kerja senang? Nk dpt duit gaji bulan2?? Or nk jadi pharmacist kaya raya? Nk org puji dpt degree? X pun sekadar suka2 je amik course ni nak tgk best ke x?
SEPARUH MASA PERTAMA
Takehiko Inou berbakat besar.^^
Wednesday, April 22, 2009
Untuk yang berjuang...
Sy sering saja membiarkan mana2 bad times dlm hidup berlalu dgn adanya sabar. Keyakinan pd Yang Maha Pengasih ialah semoga dgn kesabaran ini Allah akan memberi ganjaran pahala dan kasihNya.
Petang tadi kepenatan menjalar seluruh urat badan. Malah hampir saja kekunci ini x mampu sy tekan. Overfatigue singgah lagi. Oh ya,dlm medical term,brgkali over fatigue xkan diterima, tapi inilah yg dirasa sekrg.
Hari ini berterusan hampir 10 jam diskusi dan seterusnya kembali ke rumah dlm keadaan yg panas membahang.Mengingatkan betapa traumatisednya sy ketika di USM dulu.
Duduk di Pulau Pinang,panasnya lain macam hingga menyebabkan sy sering saja diserang demam rheumatic.Bahang di pulau itu menewaskan diri yg menghidap SLE lalu tumpas setelah setahun sy mengabdi diri di fakulti farmasi USM Minden, Pulau Pinang. Dan akhirnya sy minta ditempatkan di UITM Shah Alam dgn kursus yg sama juga.
pic:lambang SLE ialah butterfly...
Jatuh bangun hidup saya tak sebanding perjuangan rakyat Palestin sana. Juga dugaan sakit SLE yg Allah beri, adalah kaffarah dan hanya Dia yg tahu apa yg terbaik buat hambanya.Sy janji pd diri yg SLE takkan halang sy meneruskan perjuangan kehidupan dgn gembira.
Justeru saya membuat blog ini mengupas isu kehidupan di mana SLE IS PART of my life of my life. But life is not all about SLE...
REACHING BUTTERFLIES...
Semalam buat pertama kalinya sy nekad utk menambah label SLE dalam list label saya. Juga utk bersedia berkongsi cerita ttg PART of my life dgn yg sudi singgah dan ingin bertanya.
Terima kasih kepada siti salina dan norly yg sudi singgah berkongsi pengalaman. Norly yg begitu optimis dlm perjuangannya dan siti salina yg sentiasa berusaha membaiki keadaan. Sesungguhnya perjuangan meneruskan hidup itu ibadah. Terima kasih krn begitu tulus hati melawat blog serba kekurangan ini.
Semoga ibadah yg dimaksudkan iaitu apa sahaja pekerjaan yg bemanfaat dilakukan demi redha Allah dilakukan bersungguh-sungguh. Menulislah, membacalah dan berjual belilah asalkan kita mulakan dgn basmalah,niatkan kerana rahmat dari Nya, dan bertujuan menambahkan lagi kebaikan maka beribadahlah dgn bersungguh-sungguh.
Buat apa pun,biar bersungguh-sungguh!!
KAMU YANG BERJUANG
pic: Aja2!! fighting!!
Salam perjuangan buat semua teman sekuliah fakulti farmasi UITM Shah Alam yg bakal bermula pada 24 April 2009 ini.Doa kejayaan dan bantuan Allah dipanjatkan. Salam dan selawat buat kiriman.
Selamat berjuang teman-teman!!
untukmu yg sedang berjuang:
Andai diriku punya waktu,pasti ingin ku ketemu,
Ibnu Sina yg kedua tangannya ,
memegang Al-Quran dan Qanun Fi-Tibb,
serta si falsafah Al-Farabi,
diiringi Musiqa Al-Kabir,
teguh menjunjung empayar Islam tercinta,
Dan Ummul Mukminin, Siti Aisyah yg pekertinya mulia,
tekun dan sabar menyampaikan sunnah Baginda,
Juga Radiatul Adawiyah yang indah berbahasa ,
memegang rapi Islam dalam dirinya,
wahai diri bergelar hamba!
Untuk apa dirimu berjuang mati-matian?
Biar duit,kredit atau pangkat bakal dibawa berjumpa Tuhan?
Atau timbangan dosamu dibayar dgn wang harta yg kau timbunkan?
Saat kau meletakkan dunia di hatimu,mengejar kebendaan lalu mati kelelahan,
lalai,lupa
bahawa segalanya pun kembali pulang pada Dia?!
wahai diri yang bergelar hamba! Sudahkah kau membaca dgn menyebut nama Tuhanmu Yg Menciptakan? Dia yang menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah,dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah. Yg mengajar manusia dgn perantaraan kalam, Dia mengajarkan kpd manusia apa yg tidak diketahuinya.
Wahai diri yang bergelar hamba!
semoga kau sedar hendaknya, tetapkan doamu
dan matlamat dirimu,
agar dunia sentiasa di tangan,
Dan Akhirat kekal di hati.
Hanum Maisarah Abdul Rahman
23 April 2009,
1.05 minit pagi,Malaysia
Saturday, April 18, 2009
Growing Up IS NOT growing Old...
Sewaktu di kursus ESQ dulu, sy sgt teringat pd saat semua peserta diberi peluang utk menjawab survey utk apa kami belajar? Untuk apa tawaf dari bilik kuliah ke bilik lalu ke library setiap hari?
Dan ternyata pilihan jwpn kebanyakan peserta ialah belajar kerana ibubapa, wang, pencapaian dan yg paling sy geli hati kerana girlfriend.(uu...maaf tp trainer pun rasa geli hati juga..hihi...=P) Lalu kami ditempelak usai sesi survey.
Saat di mana lakonan assintant trainer konon 'tension' x dpt belajar aweknya lari dikebas. Juga saat dia kehabisan wang dan tidak dipeduli ibu bapa lantaran masing2 bercerai.
Si pelakon hilangkan tension dgn ke kelab malam,lalu bergaul dgn kumpulan 'kupu2 malam' utk mencari 'kebahagiaan'. Akibatnya si pelakon mati dengan menjerit nama "Maya!!" sebagai kata terakhir.
Lalu Pak Firdaus Djarmisin memberitahu 'Maya' agar mengampunkan dosa si mati. Kerana bukankah si pelakon hidup demi Maya? Bukan Yg Maha Mencipta??
BILA JEJAKA MENANGIS....
Saat itu 3 minggu lagi kami akan berdepan dgn peperiksaan. Sy baru saja tiba di rumah utk mengurus diri tiba2 disapa mesej dari seorg kenalan. Dia ialah teman lelaki pd teman sekuliah sy.
Pelik juga krn tidak semena-mena mendpt mesej dr *Isa. Lalu sy katakan yg skrg ialah waktu rehat.Jam itu juga phone berdering. Dan sy menjawab (dgn nada pelik bin ajaib) panggilan *Isa.
Suara dia berbaur sedih dan kecewa. Dan selama hampir 3 jam sy menadah telinga utk mendgr luahan *Isa.
Dari kecewanya pd teman sy kerana beralih cinta,kepada ibu bapanya yg bercerai skrg masing2 menghasut anak-anak sendiri agar membenci sesama mereka kepada dirinya yg sudah hilang sumber kebahagiaan lantaran kembali solo dgn drastiknya.
Sy kurang gemar terlibat dlm 'dunia 2 org'.Bukan sy ego atau x berperasaan, tetapi inilah akibatnya.
Sy tegaskan yg kebahagiaan dia tidak pernah terletak pd orang-orang di sekelilingnya,tetapi ia mesti lahir dlm diri. Malah dalam masa seminggu *Isa dikhabarkan keguguran rambut,turun berat badan dan kali terakhir dia dimasuk wad kerana disah depression.
Sy menggeleng kepala. Kesal dgn sikap rakan sy. Kesal dgn sikap *Isa.
ACT YOUR AGE!!
Dlm sebuah majalah x lama dulu sy pernah terbaca 20 things you should do in your 20's. Dan antara senarainya ialah melengkapkan diri dgn ilmu,skills dan menariknya DATE ONLY IF YOU REALLY LIKE THE GUY.
Ok...err... well,sy lebih gemar menafsirkan dgn hanya bila anda benar-benar bersedia menerima si dia barulah bersetuju dgn pinangannya.(WAJIB IKUT SYARAK YA!!).
Al-kisahnya setelah episod air mata jejaka barulah sy benar-benar faham kenapa. *Isa dan teman sy bercouple kerana alasan tangkap muat saja. Dah org tawar kasih sayang apa salahnya kan? Kan?
Terime je la... Ye lah nk kate si dia x hensem,boleh tahan juga. Nak kate si dia kaya,ok lah... Lagipun org lain PUN COUPLE juga, x best la single. X de geng... Lagipun x semestinya akhir ke pelamin... Kan muda lagi....
Lalu bila dah selalu sgt berjumpa,berdating akan bermulalah episod BOSAN. Dari buku Aku Terima Nikahnya, karangan Ustaz Hasrizal,alasan sudah bertemu yg lain,perasaan cinta pudar dan mcm2 lagi sebenarnya ialah derivative dari alasan utama iaitu JEMU.
Akhirnya break up. Masing2 pun salahkan masing. Yg best sekali alasan ialah "waktu aku solat istikharah minta petunjuk, waktu mimpi x nampak muka dia tapi nampak muka yg lagi cun tu!!".
Maka atas alasan solat istikharah putuslah. Maka atas alasan solat istikharah 'couple'lah.
Sdgkan mimpi ada 3 jenis iaitu pertama khabar gembira dari Allah,kedua gangguan dari syaitan dan ketiga kerana terlalu memikirkan sesuatu perkara hingga terbawa dlm mimpi. Ini sabda baginda dan direkodkan dlm Tafsir Al-Ahlam,catatan Muhammad Ibnu Sirin.
Ye ke penulis blog cik hanum? Pandai-pandai je... Awk pernah couple ke? Pernah ke rase cinte-cinte ni? Awk x pernah couple jgn mandai-mandai!! Dah kena baru tahu...
YG 'TUA'...
Senyum senget sy dikatakan 'org tua' oleh teman-teman sekuliah bilamana sy sudah tidak betah utk keluar jalan-jalan utk karaoke, shopping-shopping kosong atau sekadar keluar lepak2 bersama rakan-rakan kuliah yg lain.
Atas prinsip 'setiap org ada pilihan kebahagiaan masing-masing' sy diamkan saja. Mmg sy tak gemar nk keluar tanpa tujuan. Release tension ya? Sesekali boleh juga. ^^ Eh,sy pun reti nk cari tudung di jalan Tunku Abdul Rahman atau meredah KLCC demi Kinokuniya!
Matang bukannya bosan. Tapi lebih responsible dlm setiap tindakan. Selagi sy keluar dgn tujuan yg baik sy akan redah traffic demi merasa semula Kuey Teow Basah terkenal di kota Penang.
Utk rakan-rakan disayangi,wajar jika bersikap lebih bertanggungjawab terhadap pilihan diri sendiri. Kerana kdg-kdg pilihan kita mempengaruhi org lain juga. THINK BEFORE YOU ACT,kawan...
p/s: Doa kejayaan cemerlang buat rakan-rakan yg bakal menghadapi peperiksaan. Semoga Allah menemani setiap langkah perjuangan mu... Amin...
Thursday, April 16, 2009
Ingatkan rama-rama rupanya katok?
Bagai gaya photographer dia mengusung kamera kesayangan di seluruh bandar Eropah dan hasilnya tidak mengecewakan. Sy paling suka gambar di Venice,Italy. Brussel dan Switzerland mempunya lanskap menarik kata Along. Turut membawa pulang 'seekor lembu' sbg keychain utk adik kami,Nabilah. (sudah diberi nama: Alberto Mohawk..haha.. Oden hampir menggigit keychain itu)
Tuesday, April 14, 2009
UBAT HATI YG MATI
Barangkali mereka ingin cek sama ada sy sedang study atau tidur.Barangkali mereka ingin memastikan yg saya mempunyai teman kala study menjadi begitu berat. Kucing-kucing yg prihatin,seloroh hati saya. Haha...Stress masih di peringkat yg sgt terkawal malah sy bersyukur krn keadaan bnyk memihak kpd diri.
Ironinya apabila melihat ada yg membuang anak merata-rata di Malaysia, apakah tragedi Gaza tidak 'mengajar' kita?
Mungkin ini jawapan Allah utk mengubat hati yg 'disibukkan urusan dunia'. Semoga hati ini sentiasa 'hidup' hendaknya... amin.
Saturday, April 11, 2009
Mimpi bebas ke angkasa...
monolog:
Nyata dan benarlah kesenangan itu ujian. Nyata jualah kefakiran boleh membawa kekufuran. Dan diri terus memandang sayu dgn pemikiran dan tindak-tanduk yg bergelar sebangsa dan seagama.
Alhamdulillah utk kesederhanaan yg ditanam. Alhamdulillah utk segala yg ada pd diri skrg. Alhamdulillah utk semua yg dimiliki biar sederhana,biar biasa.
Dan komuniti itu ditinggalkan dgn penuh tersirat bahawa Ya Haadi(Maha pemberi Petunjuk) men'didik' diri utk benar2 bersyukur dan benar2 belajar...
KESEMPATAN
Masa cemburu. Terima kasih pd yg sudi men'tag'. Kerana blog ini sgt sederhana. Tujuan juga hanya berkongsi cerita,pengalaman dan membina ukhwah sesama. Terima kasih sekali lagi utk saudara selamburb,rakan blogger tempat menimba ilmu blogging dan IT.
Semoga jwpn serba ringkas dpt memuaskan hati. Thanx ya,kamu yg sudi! ^^
3. Apakah 'method' dalam penulisan blog anda?
Wednesday, April 8, 2009
Kejutan April
DARI ALONG DI HYDE PARK
" Sekrg berada di Hyde Park.Pagi tadi br selesai breakfast di Malaysian Hall. Esok br ke Brussels. "
(along jrg diambil gambar ttp dia suka mengambil gambar...hehe..)
Along menghantar mesej kpd daddy. Dan spt biasa, daddy akan kongsi apa yg didapatinya dgn semua org. Daddy yg sentimental (pd anggapan sayalah...hehe..=P).
Begitulah kira2nya mesej along. Dan sy membaca dgn hati berbunga-bunga. Kerana kembara Along ke Eropah memudahkan sy utk bakal travel ke sana nanti. Perancangan Along ialah ke London 3hari,kemudian seluruh Eropah selama seminggu dan berakhir di Paris 3 hari.Dan dia pasti membawa pulang gambar ala2 photographer amateur utk kami tatap. Sy menggigit jari kejelesan. Hehe...
Semoga kembara Along selamat dan penuh pengalaman manis. Amin...
'KEGILAAN' MENGEMBARA
Di UTP Perak, along ialah pelajar angkatan pertama(pioneer kiranya) yg menghuni Universiti milik Petronas itu. Malah ketika kami menghantarnya,rumput pun baru ditanam. Namun along tersengih gembira bila sy katakan sy akan ke sana utk kursus ESQ.
Dia tersenyum dgn adiknya yg paling nakal(ye..sy tak tipu...) sambil bercerita mengimbau kenangan lucu dan tak kurang pahit di universiti kesayangan beliau. Along yg jrg berckp, akan penuh dgn kata bila bernostalgia. Kerana kami memiliki sifat yg hampir sama. Sy senang dgn diam yg panjang brgkali.
Ini perkongsian travelogue sy yg serba kerdil berbanding travelogue Along dan Angah yg sudah menjengah mungkin 5-6 negara. Along juga yg menggalakkan sy travel. Malah Mama juga senang dgn 'kegilaan' traveling kami adik-beradik.
Kecuali Daddy. Dia seorg yg protective dan x sukakan kapal terbang. Setakat ini dia hanya fly ke Mekah dan Madinah utk Haji sj. Travel yg menggunakan kenderaan darat lebih disukainya.
Well, should I say Daddy loves jalan-jalan cari makan?? Kerana selalunya bila bersama Daddy dia adalah pakar hawker makanan Malaysia! Jgn terkejut koleksi map Malaysia dipenuhi nota2 kedai makanan yg mana best. Boleh masuk channel AFC nanti.. cewah!!
TERIMA KASIH
Jujurnya sy x sepatutnya mengupdate blog krn sy dihambat kesibukan persediaan peperiksaan April.
Namun,pagi tadi sebuah envelope dgn tulisan POS LAJU MALAYSIA menarik perhatian. Sy penasaran.Kiriman 2 buah buku dr kenalan di blog menyapa hati dan minda yg sedang fokus final shj.
Allah Maha Luas Pemberiannya. Dia memberi dgn cara yg tak terjangkakan. SubhanAllah...
Baru seminggu lepas Kak Chloe kwn Along memberi 2 buah buku Adult Piano Course. Sy mengidamkan nota muzik yg mencabar lagi. Kini sy dihadiahi teman blog oleh 2 buah buku yg menarik iaitu ISU KALIMAH ALLAH dan TRIBUTE BUAT NENDA karya Ustaz Rashidy Jamil Muhammad Ar-Rashid.
Terima kasih kalian yg berbudi. Saya berasa tidak mampu membalas jasa kalian. Semoga Allah Maha Pemurah itu dpt membalas jasa kalian semua.
Juga ucapan terima kasih kepada rakan baik sy Ikmal yg menjaga sy di UTP malah memanjakan juga.( siap masak breakfast dan hantar dgn motor tu...hehe...calon isteri solehah la emal...hehe...)
Tak kurang kenalan baru Dayah,Jaafar,Arina,Zaleha,Nazihah,Ismalina dan ramai lagi.
Monday, April 6, 2009
Perak,UTP,ESQ - the REAL secrets.
Masa menekan sy utk bergerak pantas. Sy mesti tiba di Sentral sebelum jam 1 utk ke Batu Gajah. Dan perjalanan ke Sentral yg sesak spt mustahil tp sy doa amat2 dlm hati agar sempat juga.
Formula dr buku The Secrets by Rhonda Bynes menekan pemikiran positif. Law of attraction yg menekan like attract like. Dan sy sbnrnya masih ragu dgn penulisan yg tidak berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.
Bacaan spt ini mampu menyesatkan akidah atau memesong kepercayaan. Dan kembara sy di bumi Perak demi kursus ESQ membuat sy mengenepikan buku itu sebentar. Sesungguhnya sy amat bersyukur kerana mengenepikan buku itu sebentar. Kerana kebenaran membawa sy kepada the Real Secret.
Real Secret by Al-Quran mengukuhkah jiwa dan cinta.
PERJALANAN
Alhamdulillah,perjalanan selamat. Malah harapan agar dpt menemui apa yg cari selama ini tercapai. Merasa Dia dekat. Merasa Dia yg paling didambai. Cinta utama pd ilmu yg mendekatkan kepada Dia, Al-Hakim, Maha Bijaksana menyebabkan kembara telah membuahkan hasil.
Selama ini sy amat dambakan KEAMPUNAN dari Nya.
Utk ESQ terima kasih kerana sudi membuat modul motivasi yg luarbiasa sekali.
Kematangan penyampaian isi ceramah dan seminar yg dikukuhkan dgn scientific and Quran's Centered menyebabkan sy sesak nafas menahan ketakutan gemuruh dlm jiwa tatkala visual modul SEKSA KUBUR yg menampar kuat hati.
Jiwa direntap kasar dgn soalan BERSEDIAKAH AKU UTK MATI? Sy menunduk dlm diri. Merasa hati sudah terlalu kotor dek urusan dunia yg fokusnya bukan REDHA Ilahi. Sy menyesali diri yg lalai lupa meletakkan Allah dalam setiap aspek hidup sy. Sy yg ujub,fakir,hina dan lalai. Astagfirullahala'zim... Ampunkan dosa saya ya Ghofur...
ESQ mengajar sy yg ada cara utk berjaya yg lebih baik dr segala cara yg sy dapati dr buku-buku R.Covey,Tolle atau Byrnes.Lebih baik berbanding motivasi Robin atau Oprah.
Demi Allah yg mencipta langit dan bumi,menguasai seluruh alam,kalam Mu,Al-Quran tetap yg pertama dan terserah kpd manusia utk mengkaji dan mengaplikasikannya...Semoga aku ditempatkan dlm org2 yg soleh dan solehah.
DEMI MATAHARI
Demi matahari dan sinarnya di pagi hari,
Demi bulan apabila bulan a/p ia mengiringi,
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam a/p ia menutupi,
Demi langit beserta seluruh binaanya,
Demi Bumi serta yg ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaanya...
Allah...subhanallah...
Allah mengilhamkan
sukma kefasikan dan ketakwaan
Beruntung bg yg mensucikannya,
Merugi by yg mengotorinya.
Subhanallah...
Menyentuh setiap aspek dgn delicate menyebabkan kursus 12 jam selama 2 hari itu membuatkan sy tetap rindu dgn penyampaian yg menyedarkan.Sistem teknikal yg diambil berat dan serius melancarkan perjalanan ceramah.
Malah contoh terus kpd nabi Ibrahim,nabi Musa dan Nabi Muhammad s.a.w khususnya menjadi jiwa sgt damai. 99 nama Allah yg menjadi core menyedarkan bahawa Allah ada dlm setiap ciptaan/makhluknya. Al-Latif utk si rembulan yg lembut sinarnya.
Al Wadud utk cinta yg merupakan fitrah setiap manusia.
Dari surah Ar-Rahman:
[25] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[26] Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. [27] Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
[28] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[29] Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Dia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
[30] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[31] Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!