Monday, June 29, 2009

Pulangnya seorg hamba

BERITA MENGEJUTKAN

Benarlah ajal itu ketentuan Tuhan yg mutlak. Ia tidak dilewatkan sesaat atau dicepatkan walau sesaat.


Berita dari seorg rakan kuliah yg kini sdg menghadiri Simposium Pelajar Farmasi Asia Pasifik (APPS) di USM mengejutkan saya. Beliau memberitahu seorg rakan kuliah kami kemalangan dan kini sudah kembali ke rahmatullah.


Jenazah beliau akan dikebumikan esok pagi usai solat jenazah di surau Ar-Rahman seksyen 8. Petang yg hening menjadi kelam buat kami semua rakan kuliah beliau. Saudara Ashraf yang kami panggil sebagai Acab B sudah kembali kepadaNya.



SMS diforward kepada rakan kuliah agar turut mendoakan rohnya selamat dan dicucuri rahmat oleh Maha Pencipta. Teringat saya pada kes-kes kemalangan pelajar di luar negara. Sudahlah jauh dan sukar bertemu keluarga,inikan pula pergi buat selama-lamanya.


RAKAN YG BAIK

Arwah yg saya kenal seorang yg baik. Hatinya di tempat yg betul. Seorang yg cemerlang dalam pelajaran dan ikhlas hatinya dlm berkawan.

Takziah buat keluarga beliau yg kehilangan satu-satunya anak mereka. Mama yg turut mendengar berita mengucap panjang dan menyatakan simpati. Kehilangan seorang anak bukan sesuatu yang mudah buat ibu bapa. Apatah lagi anak tunggal.


Memuhasabah diri agar belajar dari peristiwa. Saya menukar rancangan pagi esok. Melawat surau Ar-Rahman seksyen 8 usai subuh jam 6 pagi. Teman kuliah yg ada di Shah Alam mesej akan tiba di surau itu lepas subuh.

Wakil pelajar kami saudara Paan dan beberapa rakan kuliah lelaki bakal berkumpul malam ini dan bertolak ke surau Ar-Rahman awal paginya. Menunaikan tanggungjawab sebagai saudara sesama Islam itu tugasan yang murni. Kelak bagaimana kita bakal disembahyangkan nanti?

Takziah buat keluarga dan yg mengenali arwah.Al-fatihah buat arwah...


“Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”

(QS. Al-Jumu’ah [62]:8)

Saturday, June 27, 2009

waking up on Saturday- Ahchoo!! Er?

CRAZY SPRING CLEANING

2 days.

4 rooms.

Dad's Lab and 3 stores.

Tonnes of cookware,files and triple full cupboard of bed sheets,carpets and catering stuff. Only me and my little sis. Don't even imagine it.





We've been staying in Shah Alam for 20 years and really have our own home here for 3 years. Sometimes Allah knows better and even how Mum and Dad planned to stay at Pahang, it just never happened.


I just hope I that I don't have to move so many times during my career day. I heard many stories of people have to move so many time due to workplace and career demand. But who knows? Maybe I'll venture out here and there before really settling down.


And please, not a feminine,but settling down is never,and not only mean getting married. Enough said.


SHORT GOODBYE


Tired and close to exhaustion there is still so much to be done. There are boxes for babe and me to be packed. Clothes,books,toiletries and many more survival kit for hostels.




pic: I want my morning kiss NOW!! or else...

Oden really gave us hard time. He knew something going on. And part of me believe he understand that he is not going to see us that much after this.

So he gave his final act of fun and outrageous behavior for attention. Countless time he jump on my bed,purring for the morning kiss on his forehead. Intentionly getting in babe's box and spending more time inside the house than outside. The hugs and kisses we gave him seem not enough.



Now with Nabilah at UITM pursuing study in accounts, he direct his attention seeking act fully to me. He understand all this short goodbye we gave him. And sometimes I too felt he understand how truly we love him as he to us.




Loving Oden,the enormous ginger fat cat maybe seem foolish. But hey, who are us to judge? To all cat lovers I salute you for keeping those felines safe and loved. =)


SELSEMA ****/SWINE FLU


Now Shah Alam is under threat of swine flu. Waking up this morning for Subuh I let out a unexpectable sneeze.


Gee...


p/s: No, I don't go anywhere outside Malaysia. And yes, i cancelled all trips to the heavily infected coutry. And yes, I did kiss Oden on his forehead. And by the way, Oden is a CAT. meow...

Sunday, June 21, 2009

Rafflesia di puncak

RAFFLESIA

Nama yang menarik.


Spontan respon saya apabila mendengar nama bakal tempat tinggal nanti. Seperti apa perasaan saya ketika ini? Ingin tahu,excited dan macam-macam bercampur baur.Semester depan yg memberi cabaran tersendiri dari segi suasana dan pengisian akademiknya. Sudahkah saya bersedia?


Fakulti Farmasi kini di Puncak Alam,tidak lagi di pusat UITM,Bandaraya Shah Alam. Nama yg hampir serupa,tetapi tidak sama. 1/2 jam perjalanan dari rumah ke sana bakal mengisi rutin mingguan. Mama sudah pesan agar kereta yang diamanahkan hanyalah bertujuan untuk pelajaran.

Bukan main-main.

Saya angguk dan termeterailah janji saya pada mama. Mungkin bagi anda apalah sangat sekadar janji kerdil seorg anak dgn ibunya lagi2 melibatkan kenderaan. Tetapi untuk saya ia satu perkara besar.Kerana saya selalu saja akan 'dibalas segera' jika melanggar amanah pemberian Mama.

Mungkin Allah mahu saya ingat selalu bahawa ibubapa wajib dihormati.Apatah lagi amanah dari seorang yang melahirkan dan membesarkan saya. Terima kasih kepada kedua ibubapa sy yg sudah mula menaruh kepercayaan dan menyedarkan saya tentang besarnya tanggungjawab memikul sebuah amanah.


MELATI UNTUK ADIK


Macam dilanggar garuda bilik adik. Saya yg menolongnya pun naik sesak nafas melihat timbunan nota dan buku.Habis semua buku SPM dimasukkan ke dalam kotak yg diambil dari tempat adik bekerja,kedai bakeri Bagus. Kemudian beralih ke timbunan kertas-kertas ujian dan kertas dari kelas tuisyen.

'Mak aih... banyak jugak nota-nota budak ni...' komen sy dalam hati.

Sepanjang hari dihabiskan utk mengemas dan menyusun semula barang-barang di biliknya dan bilik saya juga. Juga perlu menyiapkan barang-barang untuk ke tempat baru. Hampir berubah 360 darjah bilik bujang kami berdua.

"Kakak, nampaknya Mama dengan Daddy tinggal berdua je lah. Kita dua dah duduk hostel. " Seloroh adik. Saya setuju dalam nada yang berat. Senyum lemah saya dibuatnya.



Mama sudah menyatakannya buat pertama kali setelah Adik menerima tawaran ke UITM. Kini adik mengingatkan saya kembali kepada kenyataan itu. Itulah kenyataannya. Siapa kata kita akan bersama selamanya?


HARUMNYA PUNCAK KEJAYAAN

Saya menyambut Mama pulang dari mengambil Wan dari kampung Pahang semalam. Wan akan tinggal dengan kami sehingga awal Ramadhan. Kemudian kedua ibubapa dan nenek saya akan berada di kampung sepanjang Ramadhan sehingga Syawal tiba.

Makanya adik dan saya pandai-pandailah survive. Semalam sebelum tidur saya melawat Wan di bilik yg memang sudah tersedia ada di rumah kami. Melihat urat-urat tua yang bertambah dan tindak balas yg semakin lambat, sebak pula rasanya.

Kitaran hidup yang pasti. Sy berbual-bual sebentar sebelum masuk tidur ke bilik sendiri. Wan pula meminta saya menemani tidur di bilik sekali. Esoknya pula saya perlu ke fakulti untuk persiapan terakhir dan sedikit perbincangan. Dengan berat hati sy menolak kerana bertimbun nota perlu dihadam. Berjanji dalam masa 2 hari lagi selesailah kerja saya dan saya boleh menemani beliau sepuas-puasnya.

Syukur Wan memahami,malah mahu cucu-cucunya belajar lebih tinggi lagi. Menutup daun pintu semalam membuatkan sy sedar akan sesuatu.

Sesungguhnya saya berdoa amat-amat, andai tinggi mana pun puncak kejayaan saya nanti, saya tetap mahu berbakti menjaga orang tua saya.

Rafflesia di puncak, baunya tidak harum. Semoga kejayaan saya tidak sebegitu. Moga-moga.

Thursday, June 18, 2009

Once there was a town boy...

"Abah pernah kayuh basikal dari Negeri Sembilan ke Universiti Pertanian Malaysia. Kawan abah dulu Dr. Gowhd tumpang di belakang basikal. Bayangkan... The value of education is priceless and that's why I want my children to experience more than I could. "

"I WANT YOU TO BE BETTER THAN ME"

Itu pesan abah atau panggilan Daddy jika kami berbual dalam bahasa Inggeris. He is a smart man, my dad. Waktu di sekolah dulu abah is the only anak kampung melayu yang berada dalam kelas pertama dan selalu skor matematik.


Abah yg eccentric. He has many theories,could read books and memorize most of the content after one read and he could talk about anything. From history,biology to the most fascinating physic theories of any mechanical stuff.

Abah yg saya kenal bukannya sempurna,he has his weakness too. In fact saya percaya Abah sering admit his mistakes and allow open conversation but being the most brilliant man he's not much a listener. Mom does it for us. She's the good listener and Dad very much the good advisor.

Saya percaya Abah had done his best in raising us. Alhamdulillah,we are grateful for his act of resposibilities,his maturity in giving us lessons in life and mostly his unconditional love. Not a perfect dad but THE BEST. =)



THE TOWN BOY

" Mama, you married a 'town boy'. Let him enjoy all the mamaks and kopitiaming as he should in his golden years. He is never going to be the gardening stay at home husband you longed for... It's just who he is..."



Itu nasihat Along ketika Mama membandingkan Daddy dengan uncle Mat, jiran sebelah. Abah sudah pencen hampir 2 tahun lebih dan gemar 'kopitiaming' atau spend time exploring the city hawkers. Yup,uncle sebelah rumah memang suka berkebun dan sering saja kelihatan di rumah sesudah pencen.


But my Dad is more the adventurous type of guy. He grew up in PJ,the bustling neighbourhood with all the cities excitement. Worked in KL and has a knack of exploring cities hawkers. He loves those atmosphere. Had been travelling around country and bought books on local delicacies and where you can find them in Malaysia. Books on photographs,Malay pantun, histories,and anything.



He had his library or I called it his 'Lab' due to masses of books and magazine.He jot down ideas and thought from reading and always with his gadget tech during his time in his 'lab'.

Typical dad. I usually comment. But I knew that's who he is. There this 'town boy' somewhere inside my golden age Dad....


BETTER GENERATIONS

We have not known much leisure in life. We are not taught of luxury. Dad always the simplest flexible guy I ever know.

He once told us :

" When I got the letter from Malay College of Kuala Kangsar( MCKK), I had the letter thrown in the dustbin. My father was very poor,he can't afford to pay my study fees. Only after a week my brothers realised the letter and even so,they still can't do anything about it. We had no money for RM 10 fees..."

He had the chance. But he can't afford to be the burden to his family. We are the lucky ones. Dad used to say. We had better things in life but still we can't accomplished his success. He had better success because he was not born to have many things but still can succeed.


That's when I realised the true meaning of wealth from my Dad. It is the simple gestures, the ability to appreciate knowledge and chances in life, the ability to improve from time to time and become a better person without the material possesion.

Wealth is more than ability to make more money. It is the ability to appreciate what you already have and the REAL things you CAN'T BUY. Love,family,peace and many more the material can't give you.

hehe..of course not this bike...


My Dad is the only bank manager who ride a 'kapcai' bike to go to work. He used to joke about his bike and sometimes let us ride around. But most of the time he always arrived 11 pm to the house,exhausted and then must worked harder during Raya season.


He still had his kapcai bike though. Dad is sentimental even for a guy. That bike helped him feed his 4 children. His real wealth is to care for us.
Thank you Dad, for all the things money can't buy....


WHEN TOWN BOY MEETS 'KAMPUNG' GIRL

My parents are not the lovey dovey couple.But they are stronger than ever. 33 years of marriages .33 years of learning differences,battling the hard truth reality of life in marriages and they are still together.


I still watch them quarrel. But there this funny things happen when old couples fight. They argue yes,but they respect and consider each other opinion. And it always resolve when one of them put a white flag then both worked out to find the win/win situation.

I guess differences are needed to make you grow up in relationship. To complete and to learn what truly matter in life. The sacrifises they made for us to earn our life now are more than what we could imagine.

Now my Dad is enjoying much of his golden age. Soon my Mum will retired from teaching and they will have more time together. Mum had always wanted a quiet stay at home time after her pension,but I knew Dad already plan the whole Malaysia Tour for both of them with our old family van.

Well,I guess that's what happen when the 'town boy' meets 'kampung girl'...

p/s: Happy Fathers' Day Dad!! =)

Friday, June 12, 2009

Riang-riang Corp. Part II - au revoir

RUANG PENDEWASAAN

Riang-riang corporation yg tercipta oleh harapan 5 orang remaja yang sudah dewasa. Ia penuh realiti. Membawa haluan masing-masing merupakan satu cara pendewasaan. (but we still know how to fave fun, remember growing up is NOT growing old...hehe..^^)


Ia membina pengalaman. Ia membina lebih ramai kenalan. Dan segala yg dikutip sepanjang 'ruang pendewasaan' itu kami kongsi bersama ketika masa mengizinkan kami berjumpa. Mungkin cuma sekali atau 2 kali cuma dalam setahun.

Namun ia tetap sgt dihargai dan dinanti.

Masa merupakan hukum alam yg paling menarik pada diri saya. Ia merupakan suatu anugerah Allah untuk manusia dan sgt misteri. Tidak boleh diulang semula malah bersamaan nilainya dengan emas.

Justeru kami memang tahu tiada gunanya kami mengulang masa lalu. Sekarang ialah masa yang kami ada.

That's why there's a saying:


Yesterday is a past,

Tomorrow is the future,

Today is a gift-which is why they called it the present. =)

-Bill Keane

MENGUCAPKAN SELAMAT TINGGAL



"There are things are not meant to be together.

Sometimes you just have to let go."


Di hujung talian dia senyap. Dia sudah menangis entah yg keberapa kali saya pun tidak tahu. Sy bukan pakar dalam hal ini,namun bila yg menangis itu seorang lelaki dan hampir sudah hilang arah, saya rasa sebagai rakan sewajarnya sy kata sesuatu yg menenangkan.


Bukan membunuh harapan tetapi menenangkan.

Ini saja yg mampu saya katakan pd seorg teman yg telah ditinggalkan kekasihnya. Dia sedih menangis macamana pun,keadaan tetap sama. Itu kenyataan jika anda ingin hidup. Kita mesti melalui saat-saat sukar dalam hidup. Barulah kita boleh menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.


Ini baru belajar untuk menerima jodoh itu ketentuanNya. Belum diuji dengan dugaan yg berat-berat lagi seperti kehilangan anak atau perang di Palestin.


Untuk benar-benar bahagia di dunia kita mesti tahu bersyukur dan memandang remeh dunia. Letakkan akhirat di hati. Tahu dan sedar bahawa akhirat itu yg kekal abadi.

Bukan mudah. Ya.

Saya sendiri mengakuinya sukar. Cinta pertama saya ialah cita-cita. Dan untuk melepaskan impian menjejaki kejayaan Along bukanlah satu perkara yg mudah bagi saya. Namun bukankah menerima qadha dan qadar itu salah satu rukun Iman?

Manusia memang selalu berfikir bahawa dia sangat layak untuk menerima apa yang diinginkannya. Manusia juga selalu mahu dan anggap bahawa apa yang ada pada dirinya akan kekal bersama dengannya.

Tiada satu pun yg kekal. Cinta datang dan pergi. Manusia mati. Bunga layu. Harapan bertukar. Cita-cita boleh dikemaskinikan.


Dalam sebuah buku cerita karya David Ball yg menceritakan perang salib bertajuk The Sword and Scimitar; beliau ada menulis ayat yg paling sy minati:


Allah works in the most mysterious way..

Kerana ia memang benar. Hanya Dia saja yang Maha Mengetahui dan Maha Mencukupi.Tidak manusia.


MENGEJAR HARAPAN BARU

Saya bersyukur riang-riang corp masih keep in touch. Walau jarang namun ia sudah memadai. Ia merupakan sebuah penghormatan untuk menjalinkan silaturahim dan masih lagi utuh walau jarak dan masa memisahkan.


Dan masing-masing yang sudah harapan dan impian baru saya ucapkan tahniah. Juga kepada yg sedang dalam perjalanan menggapai impian yg terpendam lama saya sertakan doa keberkatan dan kata-kata semangat buat kamu.


Buat rakan-rakan UITM yg lulus semua paper semester lepas, tahniah saya ucapkan. Sujud syukur mengiringi solat Zohor usai melihat keputusan. Puji-pujian buat Dia yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Semoga kita dapat mengejar kejayaan bersama di tempat baru nanti. Mana tahu saya bakal merakam memori dan pengalaman baru untuk dikongsi ketika 'meeting tahunan' Riang-Riang Corporation. InsyaAllah.

Buat masa ini au revoir Riang-Riang Corp!! ^^

Tuesday, June 9, 2009

Riang-Riang Corp. part I- putusnya cinta

RIANG-RIANG SHAREHOLDERS


Saya masih hingusan sgt ketika itu. Homeroom saya Al-Farabi, warna biru. Berada di tingkat 2 paling hujung. Bilik nombor 6 rasanya. Dengan 20 orang satu bilik berkatil kembar.

Aneh betul mengenangkan memori. Jarang sgt sy bernada dramatic.


Pertama kali saya kenal Nina ialah di bilik 6 ini yang 10 tahun kemudian merupakan sahabat yg sudah punya kehidupan sendiri. Bakal berumahtangga,InsyaAllah katanya. Kemudian menjadi rapat dengan Piema, yg merupakan seorang yg paling cantik rupa dan hatinya. Beliau memang punya pengalaman hidup yg sukar juga.

Kemudian Ikmal yg saya kenal dari Piema merupakan seorang yg realistik,fokus dan agresif dlm akademik.Lalu membawa kepada Syazana, tahfizah dan mempunyai bersin yg 'kiut' (hehe...dia bersin mmg comel..) dan merupakan mentor rohani kami.

Terhasillah riang-riang corporation. Shareholdersnya 5 orang ini yg terdiri dengan ceritanya tersendiri. Haha... seperti Laskar Pelangi pula. ( pelangi ada 11 warna, kami ada 5 ja, x cukup pula...)

Kenapa saya bernostalgia??

Heh. Semalam apa kena pun saya tak tahu. Portable hard drive yg berabuk penuh seinci itu sy buka dan lihat2 isinya. Ke files movie yg sarat dgn cerita filem 2007 dan saya delete utk clear hard drive tersebut.



'Eh?? Siapa punya idea masukkan filem The Lion King dalam hard drive nih? Ececeh.... lama tak tengok. Meh tengok sikit.....'




Macam oden je...hehe...

Hohoho. Dengan double klik maka sy pun habiskan filem animasi 2D itu dgn sengih-sengih sendirian mengenangkan betapa saya dulunya peminat cerita kartun. Aduh... seronok bangat sekali sekala layan kartun nih. Walhal saya ada ja kerja untuk diselesaikan. Apo kono eh jang? Buang tebiat ke apo?

Ala... xpe. Sekali sekala...(masih senyum2 malu kucing ketika menulis entry ini... XP hihi...)


CINTA BERKECAI

SEMASHUR
Tahun 2000-2002

Tidak pasti bermulanya bagaimana. Saya diterima ke asrama penuh tepat Julai 2000. Lalu mendaftar masuk ke Sekolah Berasrama Penuh Menengah Sains Hulu Selangor.Pendeknya Semashur.

Menjadi yang pertama menjejak dan membesar dengan sekolah itu sukar sy gambarkan perasaan kerana saya tidak sempat menghabiskan sisa-sisa sekolah menengah di semashur. Sebaliknya 2002 saya keluar dari sekolah berasrama penuh yang sekian lama saya impikan demi menyelesaikan PMR dengan menumpang sekolah harian di seksyen 2, SMKSAAS (Sek Men Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah).

Saya perlu keluar demi kesihatan yang sangat menduga ketika itu. Dan saya begitu sedih dan menangis di pangkuan Mama kerana harapan ingin menjejak kejayaan Along sudah gagal. Impian saya iaitu tamat belajar di SBP lalu diterima universiti samada di dalam atau luar negara hancur.

Dalam pemikiran naif seorang budak yg berumur 15 tahun hanya satu saja yg diingatnya. Cita-citanya berkecai. Itu saja.

Dia tidak faham dengan makna kekecewaan. Tidak faham erti hikmah di sebalik kejadian. Tidak faham bahawa Allah sedang menduganya demi memberi sebuah nikmat bergelar kesabaran. Tingkatan 3 yang penuh sejarah. Mencarik keimanan yg setahun jagung cuma.

Dan putuslah sudah sebuah chapter dalam buku kehidupan saya.

CARTE BLANCHE

ada 4 saja,kerana yg seorang lagi berkerja...(itu kad pelajar USM yg lama.Sengaja blurkan gambarnya...)


Riang-riang corporation goyah lalu membentuk identiti dan mencari jalan tuju masing-masing. Emal menjadi mahasiswa UTP yg punya prestasi cemerlang di UTP, Syazana berada di New Zealand dalam bidang Fizik, Piema merupakan tulang belakang UIAM yang aktif dan sangat sukakan biologi serta Nina terus dihimpit 1001 dugaan kehidupan usai menjadi pelajar Diploma biologi di Unisel kini bekerja sbg jurutol.

Dan saya menjadi mahasiswi yg dirempuh cabaran dari menjadi pelajar RPKJ, lalu memilih matrikulasi atas dasar kesihatan,terus ke USM dan kemudian pindah universiti lagi dan akhirnya kekal di UITM sebagai pelajar fakulti Farmasi.


is that the catwoman down there mate??


Terasa aneh sekali memikirkan bahawa kami pernah bersama,begitu rapat.Menyambut hari jadi saya yang ke-14 bersama,mendengar cerita tentang surat cinta dibakar,pernah dikejar Ustaz Zul kerana merayau keluar. (kami jalan-jalan je ye... bukan buat jahat tau!).


Juga pada aktiviti tidur dalam kelas serta acara makan-makan. Sy sgt ingat pada lokar piema yang lengkap dgn termos. Gila betul...haha...=D. Juga emal yg 'mengejar' abang Panda dambaan beliau demi mencuri pandang dari jauh. (kekal sampai sekarang... sy rasa kisah cinta beliau memang menariklah..hehe...)Nina yg sukar sy jejaki kini. Serta Syaz yg perlu sy kenali lebih dalam lagi.


"Kita sudah berubahkah emal?"


Emal senyap menaip kekunci komputer. Sy yg menumpang di UTP demi kursus ESQ berpeluang memberi nafas baru dalam persahabatan yg kami bina 10 tahun ini.


"Jika berubah lebih baik tak ada salahnya anum... Asalkan segalanya berakhir dgn kebaikan..."

Dan sy terus melipat baju untuk dikemaskan dalam beg. Sy faham. Dalam persahabatan amatlah salah jika kita meminta lebih dari sepatutnya dari seorg rakan. Dia,kita dan kamu manusia.Kita bebas memilih cara kehidupan masing-masing. Independence. Tetapi sy percaya bahawa org yg benar2 berjaya ialah orang yg juga tahu INTERDEPENDENCE. Tak ada manusia yg boleh hidup sorang-sorang.


Tak percaya?



FITRAH MANUSIA BERSILATURAHIM...


Persahabatan ialah bentuk interdependence yg mesti ada prinsip hormat-menghormati. Mesti ada originality dan toleransi dalam hubungan. Give and take pendeknya. Pokoknya dia ada prinsip tersendiri dan kita juga sama. Cukuplah dengan kefahaman bahawa persahabatan yg ikhlas terbina dgn rasa hormat menghormati, sikap bertoleransi dan mempunyai kefahaman yg tinggi bahawa tiada manusia pun yg sempurna.

terima kasih sahabat dari SMKSAAS yg memahami kondisi saya...^^

Untuk ini, sy mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya dan yg mengenali sy. Terima kasih kerana menerima saya seadanya. Maafkan saya jika sepanjang perkenalan sy terguris hati kamu kerana memang saya akui betapa tidak sempurnanya saya ini sebagai hamba Dia. Juga pada yg baru dibina persahabatan,selamat bersilaturahim di bawah naungan rahmatNya.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda “Baragsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia menjalinkan silatur rahim.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Malah, dengan menjalinkan hubungan silatur rahim, Allah akan melapangkan rezeki dan memanjangkan umur kita. Manakala sebaliknya, orang yang memutuskan silatur rahim, Allah akan mempersukarkan rezekinya atau tidak memberikan keberkahan kepada harta yang dimiliki.


“Barangsiapa yang suka agar diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menjalinkan hubungan tali silatur rahim.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Malah di sana terdapat pula hadis yang berbentuk ancaman kepada mereka yang memutuskan silatur rahim sebagaimana berikut

“Tidak masuk Syurga mereka yang memutuskan silatur rahim.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim


sumber kupasan hadis: an-nawawi blog


to be continued...

Riang-riang Corp. Part II

p/s: ada unsur drama bersirikah? Juga untuk rakan bloggers^^,terima kasih. Terima kasih.^^

Saturday, June 6, 2009

DURI di tengah-tengah masyarakat.

TIDAK SEDAP HATI


" Salam, saya *encik Saiful dari *Yayasan Selangor. Adik ni dapat biasiswa ni. Berapa A dia dapat ye kak?"
Mama berbicara terus pada telefon. Lalu dengan gembira Dia memanggil saya di bilik untuk berkongsi.


Saya respon bersahaja kerana saya tahu lebih elok adik memohon biasiswa yang bakal ditawarkan selepas dia daftar nanti. Namun saya katakan pd mama agar bertanya pada adik dulu. Ini hidupnya. Dia yang mesti memilih dan membuat keputusan samada mengambil biasiswa ini atau biasiswa yg lainnya.


Sungguh hati saya tidak sedap mendengar tawaran ini. Entah kenapa. Tetapi sy anjurkan juga pro dan kontra dalam perbincangan pemilihan biasiswa adik.


Kemudian saya terus ke sofa membaca akhbar seperti biasa.Mama dan Daddy terus berbicara dengan adik di telefon untuk mempertimbangkan tawaran. Sy sudah jalankan tanggungjawab dgn memberi buah fikiran dan beberapa cadangan. Selebihnya adiklah yg layak menentukan.


TIPU BIASISWA


" Man tidak jadi masukkan duit ke dalam akaun ini, Ani." Kata Daddy yang baru balik dari Bank.


Saya yang duduk di ruang menonton rumah mengerut dahi memandang. Mama terhenti dari kerjanya.


"Lihat ni. Ini nombor akaun persendirian. Saya sudah kerja bank selama 30 tahun, takkanlah disuruhnya bayar yuran pengajian ke akaun persendirian? Mustahil!! " Daddy menunjukkan bukti salinan slip bayaran. Tertera nama pemilik akaun sebenar.



Saya dan mama terkejut. Memang mustahil!! Bagaimana pula boleh akaun yang diberikan nombor oleh org berkenaan dikatakan akaun UITM pula? Kata * En. Saiful tadi akaun ini milik UITM. Dia meminta bayaran segera kerana katanya adik perlu selesaikan yuran demi mendapatkan tawaran biasiswa ini.



Katanya lagi jika adik tidak bayar cepat,bermaksud dia tidak terima tawaran ini. Sbb itu Daddy segera selesaikan sungguhpun dalam borang kemasukan yang sah tertera jelas UITM mempunyai akaun di Bank Islam bukan bank lain. Malah saya belum pernah mendengar bayaran dibuat terus kepada akaun persendirian sepanjang menjadi pelajar UITM sendiri.Musykil ni!



Mujur Daddy bertanya pada pihak bank. Mujur Daddy dan Mama tidak bertindak melulu dengan menelefon Uncle Teh dahulu,staff UITM sendiri sebelum membuat keputusan dan ke bank bagi menyiasat perkara sebenar. Lalu terbongkar yang sebenarnya kami hampir ditipu oleh tawaran biasiswa!!


LAPOR POLIS






Mama bertindak menelifon orang terbabit dan ternyata bukan *En. Saiful menjawab, * Raju yang dari mana pula menjawab. Malah berputar belit jawapannya sehingga mama benar-benar marah dan tetap berkeras mahukan jawapan dari mana pihak penipu ini mendapat informasi dan nombor telefon rumah kami.



Klik!! Dimatikan pula telefon.


Kami sekeluarga berang dengan insiden ini. Ada juga manusia yg mahu mengambil kesempatan dengan menipu sebegini? Sungguh keji! Berani pula menipu konon dari yayasan selangor.


Syukur Allah menyelamatkan kami dari malapetaka. Cuma saya bimbang bukan kami saja ditipu. Bagaimana dengan keluarga lain? Yang benar-benar memerlukan wang demi pengajian dan ditipu kononnya mendapat biasiswa? Tetapi setelah deposit yuran yg diminta pd akaun penipu tadi baru sedar bahawa duit sudah dikebas lari?



Kami mujur diselamatkan kerana Daddy pernah menjadi pegawai bank selama 30 tahun. Sudah arif dunia perbankan malah tahu betapa manusia itu lemah berhadapan dgn wang yang bukan sikit jumlahnya. Daddy yang memegang amanah andai diseleweng satu sen di bawah jagaannya bakal dipersoalkan Allah di akhirat jua.Dan jika staf bawah beliau yg tidak amanah kredibiliti Daddy juga yg menjadi taruhan nanti.


Segera mama menelifon saudara di Bukit Aman. Dilaporkan kejadian terbabit. Turut diberi no. akaun dan nombor telefon yg diterima. Saya berdoa agar tiada siapa teraniaya. Semoga Allah melindungi dari segala mara bahaya...



BERHATI-HATI


Kepada adik-adik yg bakal mendaftar dan memohon biasiswa saya doakan agar kalian berjaya dalam permohonan dan dapat mengharungi kehidupan universiti dengan baik. Kepada yg pernah mendengar bahawa universiti ini mudah saja atau boleh honeymoon, saya nasihatkan ikutlah jika anda mahu terus menjadi mahasiswa/i yang tidak berkualiti.




Universiti ialah sebuah medan pengajian yang sgt meneronokkan,mencabar malah jika dimanfaatkan sepenuhnya anda bakal belajar bukan apa yang terdapat dalam buku sahaja. Teguk segala pengalaman dan bina EQ,SQ di samping IQ yang terlatih dari sekolah yg rutinnya berbeza berbanding di Universiti.



Gunakan biasiswa untuk membeli buku pelajaran atau motivasi atau apa sahaja buku bermanfaat,bukan menukar handphone siri baru atau belanja sakan di sale kerana mahukan kasut trendy. BEZAKAN KEMAHUAN DAN KEPERLUAN.




Be a wise consumers.^^


Retikan menjadi GOOD TEAM PLAYER dan ikhlaskan hati belajar kerana Dia. Ibnu Sina tidak gilakan wang atau kuasa mahupun pengaruh ketika menulis kitab Qanun Fit Tib. Juga Al-Khindi, Khawarizmi, Ibnu Khaldun dan tokoh kesayangan saya, Ibnu Battuta. Mereka merupakan contoh atau idola sebenar yang tahu menghargai setiap peluang jika diberikan tempat anda sekarang.




Maka,REBUT PELUANG DAN GUNAKAN ia sebaik-baiknya. Berhati-hati dalam setiap langkah meniti perjuangan membina kejayaan. Dan setelah itu JAGA KEJAYAAN kerana mendapatnya mudah,menjaganya yang sukar. Mustahil? Tidak. Boleh dilakukan? Ya. Nak ke tak nak?


p/s: Jika kamu mendengar bahawa universiti ialah honeymoon years, maka kamu TIDAK mendengarnya dari saya. Noktah!!

Thursday, June 4, 2009

he ended it with simply; He Died.

BERJALANLAH SESOMBONG-SOMBONGNYA!




Menunggu di ruangan hospital PPUM yg sesak dgn kereta,org melintas dan jalan ditutup akibat pembinaan bangunan ialah rutin yg sudah sebati. Hospital ialah universiti kehidupan yg paling bagus secara peribadi.



Ia realiti. Ia tidak memerlukan lakonan atau props utk memerlukan simpati. Tidak perlu anak wayang bagi menyentuh hati-hati yg mahu sedar kekuasaan Ilahi.Bukan mudah mahu benar-benar 'mendengar' dan 'melihat' setiap 1001 kisah yg ada di hospital ini mahupun hospital lainnya. Berada dekat dgn kesakitan,kematian dan kesusahan lebih menyedarkan berbanding kenikmatan yg lainnya.





'Saya sudah lupa kah? Saya lalaikah?' Hati-hati bertanya. Dan sy menghirup nafas pagi di ruang menunggu ground level PPUM dgn kekesalan teramat.


'Adakah saya lupa bahawa nanti saya tetap akan mati juga?'


'Adakah sy lupa lalu tersilap cakap, tak tertahan marah dan mungkin menganggap sudah cukup segalanya lalu lupa syukur dan taubat kepadaNya?'


'Andai kematian yg saya takuti,mungkin sy patut sedar bahawa kematian itu hanyalah satu langkah bertemu Dia lalu bakal dipersoal ttg seluruh hidup saya.'


'Maka adakah saya sudah bersedia?'


Dan setiap kali soalan itu muncul,sy kesal dgn semua kesilapan dan berharap dpt membetulkannya semula. Sunggu manusia ini begitu kerdil!! Tukas sy pada diri. Senyum lemah sy melihat 2 tangan yg suatu masa nanti bakal menjawab setiap soalan oleh Rabb.


'Sesungguhnya sy sangat memohon keampunan dan kasihan dari Mu Tuhanku...'


MIGRAINERS.


2 hari ini sy benar-benar merehatkan diri. Akibat mencuba ubat baru HCQ beserta prednisolone,membuat badan semacam membantah. Hydrocychloroquine ialah ubat yg mampu memberi stress pd mata.



ei? bila Kechik suka lepak2 ni??

Dan untuk org kaki migraine macam saya, HCQ is not a very friendly drug. Splitting headaches. Itu yg saya experience malam semalam. Dan malam-malam berikutnya.


Migraine yg sgt sakit.


Namun for the sake of not too depending on prednisolone sy kuatkan juga demi introduce HCQ pd badan. Dua2 drugs ini ada pros and cons nya. Which one better? Heh. Ironi. Mana2 drugs pun taken for along time will produce if not great maybe slight toxic effects. Unless ada case hypersensitivity then it ill be a different case.


Menahan sakit berdenyut-denyut yg teramat pd kepala, sy tutup perlahan-lahan pintu bilik,lampu dan meletakkan buku cerita di tepi katil. Membaca doa,surah Al-Fatihah dan Ayat Qursi, sy mohon amat agar Allah kurangkan sakit kepala. Sesungguhnya Dia sebaik-baik penyembuh....


SESUDAH KESUSAHAN AKAN DTG KESENANGAN


Janji Allah ialah janji pasti. Maka hanya dgn janji Dia sy berpegang. Semalam sudah berlalu. Hari ini segalanya hilang bagai tidak pernah berlaku apa-apa pun semalam.


Sy duduk senang menghibur diri dgn buku cerita kembali. Tergelak kecil dgn perangai Oden yg selalunya menemani sy di hujung katil dalam saat-saat yg sgt sukar dalam hidup saya. Oden mmg selalu begitu. Adakalanya manusia juga lupa yg haiwan juga berperasaan.





Malah mungkin lebih tahu apa itu simpati dan kasihan berbanding sesetengah manusia yg sy kenal.Namun sy tak peduli semua itu. Sy sudah lali dgn skeptikal.


Sy amat faham perbezaan antara 'Things you can control and things you can't control'. Maka sebaik-baiknya sy fokus lebih pd yg membantu. Dan Alhamdulillah things does get better and better each time.


Dan kematian itu pasti. Akhirat itu pasti. Janji Allah itu pasti.


Semoga tergolong dalam yg mentaatiNya. amin.


p/s: Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.


Muda sebelum tua.Lapang sebelum sibuk.Sihat sebelum sakit.Kaya sebelum miskin.Hidup sebelum mati.

Monday, June 1, 2009

Kotakan Janjimu June!


June.

Lembaran kertas penuh tulisan,
Entah mana,siapa, apa dan kenapa,
ia perakam memori yg setia.


June.
Aku terlalu larut dalam kesibukan,
kadang-kadang terasa kesepian,
Juga tak tersedar kehilangan,


June.
Engkaukah yg berjanji masa mengubat segalanya?
Kononnya ia mujarab untuk luka?


Atau


Engkau telah lupa
pada janji2 manis sebuah kenangan
Tatkala kita mahu mencipta kejayaan
Lalu menongkah masa dgn kudrat yg ada,
demi segala yg bergelar juara?



June....
aku lelah menjadi sentiasa yg memaafkan
andai tiada janji Dia yg bersama dgn org yg sabar,
Dgn apa lagi aku berpegang tatkala iman senipis kulit bawang?



June...
Sudahlah monolog lama,
Teruskan usaha tanpa peduli apa siapa kata,


Dan demi Yang Mencipta Masa,
kan ku kota setiap janji pada diri
terutama menjadi hamba Nya yg sejati.


p/s: June=Jun. Entah kenapa sy enggan menukar ejaan June kepada Jun.(saya sudah cuba). Rojak? Oh tidak. Sy mahu menguasai kedua-kedua bahasa. Win/win situation.